DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, May 17, 2011

1000 orang telah di'REJECT' masuk SYURGA oleh Pok Nik kerana DEMONSTRASI bantah Ladang Rakyat..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Rasanya dalam banyak-banyak JENIS orang Melayu dalam Malaysia, orang Melayu Kelantan sangat SENSITIF tentang soal TANAH.. Undang-undang TANAH di Kelantan jugak diKATAkan antara yang paling KETAT dalam Malaysia.. Tidak kurang jugak ada PIHAK yang mengatakan itulah PUNCA kurangnya pelaburan di Kelantan.. Memang tak diNAFIkan, keTEGASan orang Melayu Kelantan mempertahankan TANAH mereka menyebabkan mereka diLIHAT lebih KONSERVATIF berbanding orang-orang Melayu di negeri lain..

Isu TANAH jugak menyebabkan kerajaan yang memerintah Kelantan silih berganti antara UMNO dan PAS.. Lebai PAS tentunya masih INGAT peristiwa DARURAT 1977 di Kelantan akibat keMARAHan orang Melayu Kelantan terhadap mereka berhubung SOAL tanah di Hulu Kelantan.. Inilah sejarah HITAM Lebai PAS di mana MB Kelantan dari PAS iaitu Datuk Ishak Lotfi dikatakan mengGADAI tanah-tanah tersebut kepada peMILIKkan ASING sebelum ditebus kembali 10 tahun kemudian oleh Datuk Muhammad Nasir.. Tindakkan Datuk Nasir menebus kembali tanah-tanah tersebut menimbulkan keMARAHan Lebai-Lebai PAS di bawah kepimpinan Datuk Asri lalu menyebabkan Datuk Nasir disingkirkan dari jawatan sebagai MB Kelantan..

Pada masa itu, PAS berada dalam BN.. Tindakkan Lebai-Lebai PAS menyingkirkan Datuk Nasir sedemikian RUPA menyebabkan keMARAHan RAKYAT Kelantan dari segenap negeri.. Rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku di kesemua 10 JAJAHAN dalam Kelantan hingga akhirnya allahyarham Tun Hussein Onn terpaksa mengISYTIHARkan DARURAT khusus untuk negeri Kelantan.. KeMARAHan RAKYAT Kelantan terhadap Lebai PAS akhirnya diZAHIRkan semasa pilihanraya negeri yang menyaksikan Lebai PAS hanya mampu menang 2 DUN sahaja.. INIlah sejarah HITAM Lebai PAS di Kelantan yang cuba diSEMBUNYIkan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dan kuncu-kuncunya demi mengekalkan kuasa mereka..

Hari ini kita menyaksikan BANTAHAN yang seakan-akan SAMA cuma masih pada skala KECIL berhubung isu TANAH di beberapa kawasan di Hulu Kelantan.. Isu Ladang Rakyat benar-benar menjadi DURI dalam daging kepada REJIM Pok Nik yang telah 20 tahun dok makan GAJI buta!->KLIK<-

Ladang Rakyat menyaksikan bagaimana hak RAKYAT yang meneroka tanah tersebut untuk menDAPATkan GERAN diNAFIkan sebaliknya dijadikan sebagai milikkan kerajaan negeri dengan diNAMAkan sebagai Ladang Rakyat.. Yang menimbulkan keMARAHan RAKYAT ialah tanah-tanah yang diteroka mereka itu kemudiannya ditukar MILIK kepada pihak ketiga oleh beberapa Lebai PAS yang mahukan keUNTUNGan urusniaga dalam jangka masa SINGKAT.. ->KLIK<-

Inilah yang menyebabkan PAS diLUMPUHkan semasa PRK DUN Galas hingga kita menyaksikan Pok Nik terpaksa mengKANTOIkan dirinya dengan memBERIkan 'ZAKAT' kepada orang Asli semasa KEMPEN! HE!HE!HE!

Selepas beberapa ketika, RAKYAT yang merasakan diri mereka diANIAYAi oleh Pok Nik semakin BERANI menyuarakan BANTAHAN mereka secara terbuka.. Malangnya, mungkin pe'el perangai buruk GEDEBE Kedai Lalat yang diwarisi oleh keturunan Raja Jembal sepertinya, Pok Nik buat PEKAK aje terhadap tuntutan RAKYAT tersebut.. Sepertimana dalam isu-isu lain seperti isu bekalan AIR bersih dan isu Bazar 'Lubang KUBUR' Tok Guru, Pok Nik meRASAkan dia mampu meREDAkan keMARAHan RAKYAT hanya dengan menJANJIkan SYURGA yang dia sendiri pun tak pernah JEJAKkan KAKInya! Inilah menyebabkan berlakunya BANTAHAN secara terbuka oleh RAKYAT di Kota Darulnaim pada hari ini.. ->KLIK<-

Kita PERCAYA bantahan RAKYAT Kelantan ini ada ASASnya.. Siapa yang tak SAKIT hati apabila tanah yang diTEROKA mereka diNAFIkan hak untuk mereka dapatkan GERAN.. Sebaliknya tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri sebelum 'diLEPASkan' kepada pihak KETIGA! Orang ISLAM percaya bahawa asal-usul kejadian mereka adalah dari tanah sepertimana Nabi Adam AS diciptakan oleh Allah SWT.. Tak TAHUlah pulak kot DIKTATOR tua peMAKAN gaji BUTA ini meRASAkan dia tidak dicipta sedemikian RUPA dan dia rasa dia bebas naik turun ke LANGIT untuk masuk SYURGA! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS