DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, May 18, 2011

SAKSI pemBELAan yang mana dapat NAFIkan keWUJUDan DNA 'LELAKI Y' dalam DUBUR mangsa JUBORnya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya perBICARAan kes 'menJUBOR' Penasihat PKR hampir sampai kepada detik-detik KEMUNCAKnya.. Hakim Datuk Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah membuat KEPUTUSAN wujudnya prime facie terhadap kes tersebut.. Penasihat PKR yang diSYAKki sebagai 'LELAKI Y' telah diminta untuk mengemukakan hujah pemBELAan bagi dirinya.. Untuk itu, diFAHAMkan Penasihat PKR melalui peguamnya telah memohon beberapa SAKSI pemBELAan bertahap VVIP untuk diSOAL balas oleh peguamnya.. Soalnya, apakah yang Penasihat PKR ingin BUKTIkan?

Dalam kes 'menJUBOR' ini, DNA 'LELAKI Y' yang terdapat dalam dubur mangsa adalah sePADAN dengan DNA Penasihat PKR yang terdapat pada botol air, tuala dan berus gigi yang digunakkanya semasa dalam tahanan LOKAP polis.. DiULANGi, DNA 'LELAKI Y' ini diperolehi dalam DUBUR, bukannya dikutip atas lantai, atas tilam atau pun dalam jamban.. Kalau ikut LOGIK akal, bagaimanakah hendak diKAITkan para saksi VVIP dengan penemuan bukti DNA tersebut? Apa KAITAN para saksi VVIP dengan penemuan DNA milik 'LELAKI Y' yang diSAHkan sepadan dengan Penasihat PKR dalam DUBUR mangsa JUBORnya? Kalau nak TUDUH ada PIHAK sengaja LETAK dalam DUBUR mangsa pun, pihak pemBELAan GAGAL memBUKTIkannya sepanjang perBICARAan berlangsung?

Tidak HAIRANlah ada di kalangan saksi-saksi yang diKATAkan bakal diPANGGIL pada 6 Jun ini sebagai SAKSI pemBELAan kelihatan begitu GEMBIRA.. Ini kerana lebih MUDAH untuk mereka memBUKTIkan bahawa DAKWAAN Penasihat PKR KONONnya mereka turut berKONSPIRASI adalah KARUT semata-mata.. ->KLIK<-

Adalah jelas tujuan saksi-saksi ini diPANGGIL hanya untuk mengaitkan mereka dengan tuduhan KONSPIRASI disamping cuba mencabar KREDIBILITI mereka di hadapan RAKYAT dengan isu-isu yang tiada KAITAN pun dengan perBICARAan kes 'menJUBOR' ini.. Kalau pihak pemBELAan memanggil saksi-saksi seperti pakar DNA, pakar FORENSIK atau pakar sakit MENTAL tu adala jugak LOGIKnya? Sekurang-kurangnya mungkin kepakaran mereka ini diperlukan untuk terus mereka-reka tuduhan KONSPIRASI! HE!HE!HE!

Seperti yang kita KATA, tujuan memanggil saksi-saksi tersebut adalah hanya untuk menambah SEDAPkan cerita KONSPIRASI mereka bagi tujuan POLITIK.. Di sini sahaja seharusnya pihak MAHKAMAH meletakkan GARIS pemisah antara PROFESIONALISME perundangan yang diDOKONG oleh undang-undang sedia ada dengan POLITIKING melampau yang pastinya mengGANGGU perlaksanaan keadilan.. Pihak MAHKAMAH seharusnya menyedari akan WUJUDnya soalan-soalan yang tidak RELEVAN dengan kes perBICARAan ini akan dikemukakan untuk tujuan POLITIK.. Malah, setakat ini perjalanan perBICARAan kes ini sudah banyak kali terGANGGU akibat keLEMAHan pihak MAHKAMAH sendiri enggan mengenakan tindakkan menghina MAHKAMAH terhadap pihak-pihak yang berterusan memPOLITIKkan isu ini..

Bukti-bukti seperti DNA adalah bukti SAHIH yang diperakui oleh semua MAHKAMAH di serata dunia.. DNA jugak adalah buktinya keESAan Allah SWT yang menJADIkan manusia ini berbeza-beza.. Oleh itu, kalau pemBUKTIan dari segi DNA dipertikaikan, seharusnya pihak yang mempertikaikannya mengemukakan BUKTI yang lebih KUKUH.. Kalau terpaksa mintak 'KERJASAMA' Pok Nik 'ALAIHISSALAM' untuk panggil MALAIKAT langit ke-7 sebagai SAKSI sekalipun, panggil aje la! Itu pun kalau dia tak terSALAH panggil 'KAWAN' dia dari NERAKA.. Memanggil beberapa orang saksi yang tidak ada KAITAN pun dengan penemuan DNA Penasihat PKR dalam dubur MANGSA harus diLIHAT sebagai usaha untuk memperlekehkan undang-undang negara seterusnya memperBODOHkan RAKYAT..

Samalah jugak dengan kes video SEKS yang diKAITkan dengan indvidu yang SAMA dalam kes 'menJUBOR' ini.. Kenapa mereka yang diTUDUH tidak mengemukakan BUKTI yang lebih KUKUH untuk menCABAR bukti sedia ADA seperti menampilkan seseorang yang MUKAnya seperti MUKA 'LELAKI Y' dalam video SEKS tersebut? Setakat ini BUKTI seperti rekod dalam TWITTER, Facebook dan jam Omega semuanya GAGAL diBUKTIkan sebaliknya pihak yang menuduh pulak terus-menerus mengKANTOIkan bukti-bukti tersebut.. Sampai bila nak berBOHONG dengan mengatakan ianya adalah KONSPIRASI?

Ada pihak yang mahu pemBUKTIan dilakukan mengikut hukum ISLAM.. Yang BANGANGnya, mereka tidak sedar pun bahawa ISLAM menetapkan garis panduan secara ASAS dan ISLAM langsung tak menghalang jika WUJUDnya BUKTI yang lebih KUKUH seperti DNA untuk menasabitkan seseorang dengan keSALAHan jenayah.. KONONnya nak 4 orang SAKSI tetapi mereka LUPA seorang pemimpin kanan PAS yang pernah diTANGKAP berKHALWAT di Hotel Perdana, Kota Bharu 11 tahun lalu jugak akhirnya diBEBASkan walaupun ada lebih dari 4 orang SAKSI? Perkara yang terang-terang ada dalam RAKAMAN CCTV pun dipertikaikan, apakah JAMINAN bahawa jika 4 orang SAKSI dikemukakan sekalipun mereka akan AKUR?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS