DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, May 30, 2011

Kakitangan TNB & PEMANDU patut UNDI sama UMNO/BN pasal MASYUK hasil keNAIKkan tarif & RASIONALISASI SUBSIDI!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita amatlah mengHARAPkan agar kakitangan TNB dan jugak GLC-GLC seangkatan dengannya akan SUDIlah mengundi UMNO/BN semasa PRU-13 nanti.. Ye la, Secara MUDAHnya kalau TNB dapat hasil lebih hasil bil-bil ELEKTRIKnya, maka pendapatan kakitangannya pun bertambah la.. Tu tak masuk lagi BONUS dan 'BENEFIT' lain yang ditawarkan.. Bukankah itu TANDAnya kerajaan UMNO/BN berjasa kepada ribuan kakitangan TNB? Maka sewajarnyalah kakitangan TNB memBALASnya dengan mengundi UMNO/BN untuk PRU-13 nanti.. Janganlah bersikap diberi SUSU dibalas dengan TUBA!
->KLIK<-


Pegangan sedemikian seharusnya tidak diTUJUkan kepada kakitangan TNB sahaja.. Malah keseluruhan kakitangan GLC-GLC lain jugak harus mengambil perINGATan yang sama.. Bukan sahaja kakitangan di peringkat atasan, malah di peringkat BAWAHAN pun patut ada INGATan yang sama.. Almaklumlah, GLC-GLC ini walaupun memBERIkan KUALITI perKHIDMATan tahap biasa-biasa aje TETAPI bila nak 'DEMAND' hasil kutipan dari RAKYAT, bukan main hebat lagi.. Daripada 'BOSS' kat atas sampailah MACAI kat bawah, semuanya 2X5 aje.. Cuma diBEZAkan setakat banyak mana mereka mampu DAPAT je..

Kerajaan jugak patut 'TAKE NOTE' bahawa mereka jugak berTANGGUNG-JAWAB untuk memastikan kesemua kakitangan GLC-GLC ini wajar mengUNDI mereka semasa PRU-13 kelak.. Tak KISAHlah kalau kerajaan gunakan apa bentuk 'PSYCHO' pun asalkan kakitangan GLC-GLC tersebut sedar HASIL yang mereka MAKAN dan bagi kat anak BINI semuanya atas dasar kerajaan bagi PELUANG! Kerajaan jugak WAJAR menarik balik ganjaran atau memecat mereka yang masih lagi MENGUTUK atau mengKRITIK kerajaan tanpa ASAS sedangkan mereka bekerja di GLC yang mana PENDAPATAN mereka sentiasa diJAMIN oleh kerajaan? Bukankah kerajaan rela berKORBAN dengan tidak menjadi POPULAR di mata RAKYAT asalkan kakitangan GLC-GLC ini dapat terus MENGAUT hasil?

Sudah tentu MALU besar kerajaan UMNO/BN jika bersusah-payah meNAIKkan HASIL kutipan GLC-GLC tetapi sebagai BALASAN kakitangannya masih mengHINA, mengutuk atau tidak memBERIkan KHIDMAT yang sepatutnya kepada RAKYAT.. Yang lebih TERUK ialah apabila para CEO atau pihak pengurusan atasan GLC-GLC begitu berSUNGGUH menambahkan SAIZ perut mereka TETAPI kualiti perKHIDMATan dok macam tu jugak.. Itu belum diKIRA lagi yang sanggup 'CUCUK' sana-sini demi menDAPATkan KABEL POLITIK di kalangan para pemimpin UMNO/BN? Rakyat yang terpaksa memBAYAR untuk perKHIDMATan GLC-GLC ini pulak akan terus diBEBANi dengan soal-soal BODOH yang tidak ada pun di kalangan para CEO atau pihak pengurusan atasan GLC-GLC sanggup TURUN ke bawah untuk mencari penyelesaiannya? Yang BURUKnya nanti dah tentule UMNO/BN jugak..

Kita masih lagi berANGGAPan bahawa idea RASIONALISASI SUBSIDI sebenarnya lebih banyak meROSAKkan daripada memBANTU.. Ye la.. Kalau dah CEO dalam PEMANDU sendiri mengatakan negara ini akan BANGKRAP jika meneruskan pemBERIan SUBSIDI tanpa menunjukkan ASAS perKIRAan dia berkata sedemikian, dah TENTUla kita KHUATIR bahawa dia bercakap ikut SEDAP mulut tanpa mengambil kira banyak PERKARA.. Pada RAKYAT, yang MUSTAHAKnya ialah SUBSIDI tersebut diBERIkan kepada mereka yang LAYAK atau berGAJI cukup-cukup MAKAN dan mengambil KIRA suasana di mana mereka TINGGAL.. Kalau dah CEO dalam PEMANDU dan para ahli POLITIK yang KORUP dan menyusahkan NEGARA pun turut sama dapat SUBSIDI, esok pun NEGARA ni boleh HANCUR!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan.
Setuju sangat laa apa yg dikatakan tu.... kita patut mencium tangan yg memberi bukan menggigitnya, ya tak..

DS Idris Jalal ni dah main politik, masa dalam MAS dulu tak gitu, maklum lah terpaksa jilat bos yang lantik dia. W/pun dia berasal dari dari pendalaman Serawak, sekarang dia dah kaya, tidak tahu susah jerik rakyat, subsidi ni untuk rakyat jer, yang orang2 kaya baham jugak tak dikira subsisi. Saya teringat zaman dulu-dulu, ada subsidi berok, subsidi gigi palsu.. ya lah untuk rakyat dinamakan subsidi, tapi kalau harga gas, minyak yang murah untuk IPP yang menjual elektrik yang mahal pada TNB dinamakan apa?. subsidi? bukan, tapi dinamakan auta... hahahaa

Sam PPuteh

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Teringat pulak POSTING sendiri pasal agenda ILLUMINATI dan FREEMASON untuk menJAHANAMkan negara..

Entah-entah puak-puak nih dah masuk pun dalam kerajaan dok jadi Tuan Penasihat 20%!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS