DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, May 16, 2011

Pemuda UMNO tidak harus hanya jadi Kumpulan Pendesak - Kata BOSSnya yang sebelum nih menDESAK untuk jawatan Menteri..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

- Sejak bilalah pulak Pemuda UMNO ini menjadi Kumpulan Pendesak?

- Apakah DESAKan yang telah dilakukan oleh Pemuda UMNO?

- Siapakah yang telah diDESAK oleh Pemuda UMNO?


Kalau SEMUA perSOALan di atas tidak ada JAWAPAN, adalah lebih BAIK Pemuda UMNO pakat dok layan filem 'KONGSI' kat pawagam, lagi bagus! Kita percaya RAKYAT pun tidak nampak apa yang dikatakan sebagai DESAKan oleh Pemuda UMNO yang dikatakan demi RAKYAT.. Apatah lagi apabila ianya diSUARAkan oleh 'BOSS' mereka yang pernah diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG semasa pemilihan dalam partinya sendiri..

Menurut 'BOSS' Pemuda UMNO yang disanjung sampai langit ke-7 oleh 2,3 kerat kuncu-kuncu berBAYARnya,

"Tidak cukup bagi Pemuda untuk menjadi kumpulan pendesak sahaja tetapi akan turut menjadi penyedia penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan muda di negara ini," ->KLIK<-

Seperti BIASA, ayat yang diTUTURkan oleh 'BOSS' Pemuda UMNO ini mungkin sedap didengari TETAPI ianya hanyalah ibarat mengetuk tong dram KOSONG kerana langsung tak ada pengISIan.. REALITInya Pemuda UMNO di bawak kepimpinan 'BOSS'nya ini bukanlah Kumpulan Pendesak apatah lagi LAYAK untuk menjadi sebagai Penyedia Penyelesaian untuk menyelesaikan masalah golongan MUDA di negara ini..

Yang kita TAHU, jika ada DESAKan oleh Pemuda UMNO pun hanyalah untuk menDESAK DS Najib agar menabalkan 'BOSS' mereka itu sebagai salah seorang anggota KABINET taraf Menteri! Bukan begitu ke? Eh.. Kan baru aje DESAKan sedemikian diSUARAkan oleh Pemuda Bahagian Cheras baru-baru ini? Takkan dah jadik Melayu MUDAH lupa kot? Tak pe.. RAKYAT tak akan lupa dengan MENTALITI TAIK sedemikian rupa! Malah ini bukan kali PERTAMA pun RAKYAT cuba diperBODOHkan dengan ayat-ayat BODOH oleh 'BOSS' Pemuda UMNO nih! HE!HE!HE! ->KLIK<-

Kita tak NAFIkan golongan MUDA saban hari semakin menJAUHi UMNO/BN.. Mungkin wajar kita SEBUT bahawa 'TREND' ini bermula sejak zaman PM ke-5 lagi apabila 'BOSS' Pemuda UMNO ini yang jugak merangkap Menantu BABAH kepada PM ke-5 diKATAkan sering menCAMPURi urusan pentadbiran NEGARA bersama-sama kuncu-kuncu 'LEVEL 4 Boys'nya.. Kemuncak kepada 'TREND' ini apabila Menantu BABAH ini berjaya meMENANGi jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG.. Sedangkan dialah yang mendapat penCALONan paling sedikit di peringkat Bahagian UMNO?

Inilah GAMBARAN yang bermain dalam MINDA golongan MUDA terhadap UMNO/BN saban hari.. Selain itu, ramai golongan MUDA di negara ini masih HAIRAN bagaimana 'BOSS' Pemuda UMNO ini mampu beli SAHAM ECM Libra pada harga berjuta-juta RM sedangkan masa tu dia TIDAK pun ada peKERJAan tetap? Secara LOGIKnya, berapa RAMAIkah golongan MUDA di negara ini yang diBERIkan 'PELUANG' sepertinya? Adakah golongan MUDA lain di NEGARA ini tidak LAYAK mendapat apa yang diperOLEHinya? Atau ini semua hanya kerana 'BOSS' Pemuda UMNO ini mendapat LESEN besar sebagai Menantu BABAH kepada PM ke-5?

Bagaimanakah 'BOSS' Pemuda UMNO mampu membawa perMASALAHan golongan MUDA sedangkan dia sendiri SERING main jalan 'SHORT CUT' untuk dapatkan apa yang diHAJATinya? Bolehkah dia menyuarakan masalah keSUKARan golongan MUDA mendapat peKERJAan sedangkan dia sendiri dapat beli SAHAM semasa tidak ada peKERJAan tetap? Bolehkah dia menyuarakan masalah GAJI minimum yang RENDAH sedangkan dia sendiri tidak pernah pun meRASAinya dan sanggup LABURkan duit demi PANGKAT hingga diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG?

Mungkin 'BOSS' Pemuda UMNO ini merasakan dia boleh 'BULLSHIT'kan semua orang kerana KONONnya dia bijak sebab belajar di Oxford.. Malangnya, tak semua yang DATANG dari Oxford itu berMANFAAT .. Malah ada jugak yang membawa MUSIBAH kepada UMNO/BN dan jugak NEGARA seperti dirinya sendiri! Mungkin sebab itulah DS Najib akan beri 'LECTURE' di Oxford pada hari ini 16 Mei.. ->KLIK<-

Ini kerana DS Najib sendiri terpaksa bersusah-payah untuk memperBAIKi keROSAKkan yang disebabkan oleh lulusan Oxford merangkap 'BOSS' Pemuda UMNO ini terhadap partinya dan jugak NEGARAnya! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS