DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, January 20, 2009

Daripada sebuah LCCT menjadi sebuah bandar - Kenyang betul 'BROKER' nih?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya isu LCCT-East masih belum SELESAI lagi.. Kali ini ada pihak menDAKWA isu LCCT-East cuba diPOLITIKkan oleh sesetengah pihak.. Benar ke? Atau sekadar dakwaan untuk cuba TUTUP keGAGALan menJAWAb persoalan yang dikemukakan? Kalau ikut laporan Agenda Daily, nampanya bukan takat bukak LCCT aje.. Nak buat siap dengan bandar sekali! Kenyang le sapa jadik BROKER tuh? HE!HE!HE!

Jangan politikkan isu LCCT

Cadangan Air Asia untuk membina sebuah lagi Terminal Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT)di Labu, Negeri Sembilan tidak harus dipolitikkan kerana ia bertujuan semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Apa yang nak kecoh? Kami bukannya guna duit kerajaan, kami hanya mahukan kebenaran membina satu lagi kemudahan pengangkutan, kata pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar apabila diajukan pendapatnya mengenai cadangan syarikat itu dipersoalkan beberapa pihak.

"Kami bukan hanya mahu membina LCCT, tetapi menjadikan Labu sebuah hub pengangkutan dan "Airport City (Bandar Lapangan Terbang) yang serba canggih dan lengkap dengan kawasan perumahan, sekolah, hospital, hotel, sistem pengangkutan yang tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

"Yang pasti, projek ini akan melahirkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, dan ini secara langsung dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Ia juga adalah inisiatif kami untuk memenuhi tanggungjawab sebagai syarikat swasta bagi menyokong pakej ransangan yang diumumkan kerajaan," katanya.

Datuk Aziz berkata terminal lapangan terbang di Labu itu dijangka siap pada 2011 sementara projek "Airport City", jika diluluskan akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan akan mengambil masa 10 tahun.

Menurutnya kos projek membina terminal di Labu itu dianggarkan RM1.6 billion dan Air Asia telah bersetuju untuk menjadikan Sime Darby sebagai rakan niaganya.

Mengenai cadangan mengadakan satu lagi LCCT di Batu Berendam, Melaka, Aziz berkata pihaknya telahpun berunding dengan Kerajaan Negeri Melaka.- 19/1/2009


Tu dia.. Kami bukan guna DUIT kerajaan kata dia.. Agaknya apa yang dimaksudkan dengan istilah GLC kalau bukan Government Linked Company? Perkataan Government tuh bermaksud 'LEMBU' agaknya? KAH!KAH!KAH!

Kalau buat LCCT kos dianggarkan sekita RM1.6 hingga RM3 bilion.. Kalau lengkap dengan BANDAR sekali maunya melonjak jadi RM10 bilion? Tak gitu? Fuhh.. Banyak benar duit Sime Darby? Seluruh dunia ada masalah ekonomi, Sime Darby aje kaya=raya? Oppss.. SILAP.. Bukan duit Kerajaan.. Walaupun pemegang saham utama Sime Darby adalah Permodalan Nasional Berhad(PNB), maka KONONnya bukan duit kerajaan.. Takpe.. Kami sebagai rakyat bukan tau pun apa itu PNB.. Yang kami tau Skim Amanah Saham seperti ASN dan ASB yang dikendalikan oleh PNB aje.. HE!HE!HE!

Sekitar sejam lebih perjalanan ke sebelah selatan, kita akan jumpa pulak LCCT baru kat Batu Berendam, Melaka.. Banyak gila LCCT? Dah jadik 3 pulak dah termasuk dengan LCCT-East nih.. Hebat betul projek nak kasi kenyang BROKER nih? Ingatkan bila IJN terlepas, dok diam aje? Jarak semua LCCT pulak sekitar 2 jam perjalanan kereta.. Boleh le 'set-up' satu lagi KORIDOR dan namakannya sebagai Koridor Pembangunan LCCT khusus untuk Air Asia! HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Moshe said...

GLC nak bersaing antara satu sama lain kot (Sime KLIA-east dgn MAHB KLIA) nanti akan adala mana2 satu ni yg akan mampus..ha..masa tu Government atau lembu yg akan bail out ?

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dulu Sime Darby bersaing dengan Golden Hope Pantation dan Kumpulan Guthrie.. Jadik digabungkan jadik entiti perladangan terbesar..

Mungkin yang ni pun patut gabung jugak kot? HA!HA!HA!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS