DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, March 19, 2009

Inilah dia contoh sebenar maksud PERIBAHASA "Ada UDANG di sebalik BATU" HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sekarang UMNO menghadapi pemilihan parti dan peralihan kuasa.. Pasti ada orang yang tak puas hati, pasti ada kalah menang dan pasti ada yang berDENDAM kerana tak dapat jawatan.. Samaada pemihan parti kali ini akan menguatkan UMNO atau melumpuhkan terus UMNO, kita tunggu ajelah lepas ini.. Kita sebagai rakyat jelata yang mengundi UMNO hanya mampu berharap agar kepimpinan yang bersih, mesra rakyat dan kuat dapat diwujudkan dalam UMNO selepas ini..

Ada sorang bekas pemimpin UMNO yang dulunya satu langkah aje lagi nak jadi PM tetapi terpaksa di'HALAU' keluar pasal aktiviti 'MELOMBONG' orang.. Sampai sekarang dia tak puas hati dan berdendam terutamanya dengan Tun Mahathir.. Ditakdirkan Tuhan, akibat UMNO dilemahkan oleh rakan 'senegeri' dia, maka dapatlah dia masuk Parlimen balik.. Bila dok dalam Parlimen, keje dia tak berhenti dok ajak orang LOMPAT masuk parti dia agar dia dapat jadik PM, dapat berkuasa, dapat jual KELENTONG lagi dan dapat segala-galanya impian keDUNIAannya..

Anwar dakwa Lembaga Disiplin UMNO tidak telus

KUALA LUMPUR – Keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kerana didapati bersalah menga-malkan politik wang kelmarin, dianggap tindakan yang tidak telus.

Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Lembaga Disiplin itu tidak adil kepada Ketua Menteri Melaka itu kerana membuat keputusan seminggu sebelum pemilihan parti sedangkan badan itu boleh bertindak lebih awal lagi.

“Kalau tanya soal ketelusan, tindakan penyelidikan itu harus dibuat secara teliti jauh sebelum daripada proses pemilihan kerana sekarang ini bila dibuat begitu, persepsi dan tafsirannya bukan dengan motif membersihkan kekotoran politik wang dalam UMNO, motif itu mungkin dipertikai,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, persepsi negatif orang ramai termasuklah ahli UMNO bahawa keputusan lembaga itu seperti ‘hukuman terpilih’ tidak dapat dielak kerana masa keputusan itu dibuat beberapa hari sebelum pemilihan UMNO diadakan.

“Saya ada bercakap dengan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen mereka (UMNO) yang menyokong apa saja cara untuk membasmi politik wang dalam parti itu, tetapi berasa sangsi dengan tindakan yang dibuat (Lembaga Disiplin UMNO) itu,” katanya.

Mengenai kedudukan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka, beliau berkata, perkara itu perlu di-pertimbangkan berdasarkan segala bukti dan adakah kesalahan itu bercanggah dengan undang-udang atau tidak kerana kesalahan Naib Presiden UMNO itu tidak didedahkan kepada umum secara terperinci.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sepatutnya bertindak sekiranya wujud bukti kukuh berlaku amalan rasuah.

“Tetapi ini tertakluk kepada fakta (Lembaga Disiplin UMNO), oleh kerana saya tidak ada maklumat tentang fakta, saya tidak mahu hukum,” kata beliau. - SINAR HARIAN


HE!HE!HE!

Rasanya mungkin ramai yang akan kata si polan dalam petikan akhbar tu MENYIBUK, tak tau jaga TEPI KAIN sendiri atau saja nak cari PUBLISITI MURAH.. Semua maklum parti yang mana dia jadik PENASIHAT tuh sendiri penuh dengan SKANDAL SEKS, lepas sorang-sorang YB parti dia terlibat.. Agaknya berapa ramai lagi budak-budak muda kita yang mengejar kuasa kena 'melabur demi nafsu' dalam parti nih, tak tau la.. Ye la.. Siapa yang tak nak pegang kuasa masa muda lagikan? HE!HE!HE!

Tetapi, para pembaca sekalian jangan tertipu.. Kita semua jangan tertipu.. Ada tujuan dia cakap begitu.. Bukan dia saja-saja menyibuk.. Ada le SEBAB dia cakap macam tuh.. Selepas 16 September 2008 yang memalukan, mesti ada tarikh yang baru kan? Tambah pulak lepas Pemilihan UMNO kali nih, mesti ada yang KECEWA, 'frust menonggeng'(Yang ni yang dia suka sangat agaknya HE!HE!HE!), ada yang nak BALAS DENDAM malah tak mustahil ada yang nak SABOTAJ parti sendiri pasal tak dapat JAWATAN! Jadik, inilah kesempatan terbaik untuk dia 'recruit' balik melalui LOMPAT PARTI dengan ajak orang-orang UMNO yang KECEWA tuh semua..

Biasala dia nih.. Bukan dia tak reti nak 'MENANGGUK DI AIR KERUH' kan? Tambah pulak dalam UMNO sekarang nih banyak yang jenis LALAT TAIK dok kejar JAWATAN atau dok sokong calon-calon tertentu agar boleh dapat KONTRAK dan PROJEK, lagi la SYOK dia 'MENANGGUK' tuh! Dalam POLITIK, apa sahaja boleh terjadi kan? HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Parti Kelentonr Rakyat lagi tak telus. Eli masih belum diambil tindakan. Sepatutnya diambil tindakan dari awal lagi. Tunggu apa? Anwar ni cakap ikut bontot, busuk.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adakah anda semua belum mengenali siapa sebenarnya mantan Timbalan PM yang benar-benar gilakan kuasa ini? HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS