DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, March 17, 2009

UMNO harus bersedia menghadapi SABOTAJ ahli-ahlinya sendiri selepas Perhimpunan Agung parti


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pernah tak kita membayangkan apa tindak balas ahli-ahli UMNO yang dikenakan kesalahan kerana mengamalkan POLITIK WANG?

Pernah tak kita juga terfikir apa tindak balas ahli-ahli UMNO sekiranya KALAH pemilihan parti terutamanya kategori LALAT TAIK yang masuk UMNO kerana nak dapat projek, kontrak dan sebagainya?


Adakah UMNO benar-benar UTUH untuk menghadapi mereka ini semua yang jugak adalah ahli-ahli UMNO sendiri? Sekiranya benar begitu, syukurlah kerana UMNO memang benar-benar telah pulih.. Bagaimana pula kalau sebaliknya? UMNO merupakan komponen terbesar dalam BN kena ingat bahawa BN terpaksa menghadapai 3 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.. Itu belum termasuk lagi DUN Bukit Lanjan di kemudian hari.. Adakah UMNO bersedia untuk menghadapi ahli-ahli yang KECEWA dan MARAH akibat tidak dipilih dalam pemilihan parti kali ini?Barisan pimpinan baru parti bakal memikul tanggungjawab yang berat bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai di Sarawak..

Bagaimana pula sekiranya mereka yang tidak terpilih atau KALAH dalam pemilihan parti kali ini MEMBERONTAK, MEMULAUKAN atau lebih teruk lagi menSABOTAJ peluang BN dalam 3 pilihanraya kecil dikemudian hari? Adakah UMNO cukup mantap untuk menghadapi kemungkinan sedemikian rupa? Setakat manakah pengaruh mereka dalam kepimpinan UMNO dan adakah pucuk pimpinan UMNO mampu menyekat mereka sekiranya mereka ingin menSABOTAJ parti akibat tak puas hati dengan kekalahan mereka? Agak-agak berapa kerat antara para LALAT TAIK ini yang benar-benar berhemah dan bersikap seperti arwah Tun Ghaffar Baba sekiranya mereka tidak terpilih atau tidak ada jawatan? Setuju atau tidak, golongan inilah penyebab UMNO ditolak rakyat ketika pilihanraya umum ke-12 tahun lepas? HE!HE!HE!

UMNO pernah berpecah dan diHARAMkan akibat tindakkan ahli-ahlinya sendiri yang mementingkan diri sendiri dan perut mereka semasa pemilihan parti.. Walaupun akhirnya ahli-ahli UMNO bersatu kembali, namun sekiranya berlaku perpecahan sekali lagi, rasanya UMNO akan hancur terus.. Ini kerana UMNO bukan sahaja berpecah-belah, malah orang Melayu yang menjadi penyokong kuat UMNO akan merasakan UMNO tidak lagi relevan dan UMNO tidak mahu memperjuangkan nasib mereka lagi.. Jika ini berlaku, kuasa politik Melayu juga akan lemah dan orang Melayu akan kembali menjadi bangsa yang ketinggalan dalam segenap aspek.. Mungkin orang Melayu bimbang dan sedar hakikat ini lebih awal berbanding ahli-ahli UMNO sendiri!

Sejak dulu lagi Blog ini telah beberapa kali mengajak ahli-ahli UMNO agar menolak golongan LALAT TAIK daripada menjadi ahli UMNO.. Malah seruan ini turut dipanjangkan ke dalam beberapa forum yang ada hubung kait dengan UMNO.. Namun, kerana sifat LALAT TAIK yang gemarkan benda-benda busuk, memang payah nak ubah tabiat golongan macam ini.. Mereka bukan sahaja tidak menghayati perjuangan UMNO, gagal memahami disiplin parti dan mematuhi tata etika dalam parti, malah tujuan mereka menjadi ahli UMNO tidak lebih untuk rapat dengan orang-orang tertentu agar mudah dapat kontrak atau peluang bisnes bagi memBUNCITkan lagi PERUT mereka.. Selagi wujud golongan sebegini dalam UMNO, tukarlah pemimpin 100 kali pun, UMNO tetap dok macam tu jugak! Nanti yang tinggal dalam UMNO cuma bendera parti aje..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS