DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, March 16, 2009

Untungnya jadik Ahli Parlimen - Perangai macam nih pun cuma kena.......


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini bersetuju dengan tindakkan yang telah dikenakan kepada seorang Ahli Parlimen pembangkang yang begitu BIADAB dan menjadikan Dewan Rakyat serta institusi Parlimen negara kita macam sarkas! Walaupun begitu, secara peribadi Blog ini berpandangan 'HUKUMAN' terhadap Ahli Parlimen sepertinya adalah masih lagi RINGAN dan boleh dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.. Tidak ada sesiapa pun boleh menjamin bahawa Kes Mahkamah seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen pembangkang ini tidak boleh 'dipermainkan' lagi dalam Dewan Rakyat.. Lepas ni mungkin ada lagi Ahli Parlimen pembangkang yang akan 'mendendangkan' Kes Mahkamah tersebut..

Dewan Rakyat lulus usul gantung Gobind 12 bulan
16/03/2009 1:20pm

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Goibind Singh Deo (DAP-Puchong) selama 12 bulan berikutan kenyataannya pada 12 Mac lalu yang menghina Dewan.

Gobind juga pada masa penggantungannya itu tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli Parlimen.

Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum itu dibahaskan selama hampir sejam.

Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan proses pengundian, semua anggota pembangkang bertindak keluar Dewan.

Akhirnya usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara.

Dalam usul yang dibentangkan Nazri, Gobind perlu dikenakan tindakan tersebut berikutan kenyataannya mendakwa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan selain beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kenyataan Gobind itu merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan. - Utusan


Kalau kami rakyat biasa memperkatakannya dan melakukan seperti apa yang Ahli Parlimen pembangkang ini lakukan, sudah pasti kami akan didakwa atas kesalahan MENGHINA MAHKAMAH, AKTA HASUTAN atau diSAMAN.. Sebaliknya apabila Ahli Parlimen seperti ini melakukan sedemikan rupa, dalam Parlimen pulak tuh - hanya digantung daripada menghadiri persidangan selama 12 bulan, tidak diberi elaun dan ditarik balik kemudahan sebagai Ahli Parlimen.. Dengan kata lain, macam kes budak kena gantung sekolah pasal buli budak sekolah aje la..

Kita tak fikir Ahli Parlimen lain akan ambil pengajaran terhadap 'HUKUMAN' yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen pembangkang ini.. Akan ada lagi dua tiga orang Ahli Parlimen yang pasti buat kacau.. Itulah agaknya MENTALITI Ahli Parlimen kita? Betullah kata seorang bekas pegawai PTD yang Pemilik Blog ini kenali - "Semua orang nak masuk POLITIK dan nak jadi Ahli Parlimen walaupun sekali kerana dah boleh dapat PENCEN sampai mati sedangkan orang biasa yang kerja makan gaji pulak terpaksa berhempas-pulas semata-mata nak hidup"..

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa gantung dua belas bulan aje ?
Buang mase aje.
Patut gantung terus (bukan dari POKOK di IPOH),tapi gantung dari paremen sampai Pilihan Raya yang akan datang.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Kami rakyat marhaen nak tanya Singh, lepas ni tolong jengok-jengok golongan termiskin di Malaysia. Sila ambil peduli (prihatin) pendidikan mereka, rumah mereka, makan minum mereka , masalah sosial mereka dan penganggurang ayang banyak dikalangan mereka. Siaaaapa rakyat marhaen dan termiskin di Malaysia? Orang Melayu! Data dari EPU- economic planning unit , JABATAN PERDANA MENTERI TAK PERNAH BERBOHONG.

KALAU NAK PERJUANG SAMA RATA- TOLONG BANTU RAKYAT MARHAEN. JANGAN ASYIK BANTU YANG KAYA SAJA.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ahli Parlimen pembangkang berkelakuan seolah-olah mereka yang jadi kerajaan sekarang dalam Dewan Rakyat.. Semuanya akibat dipengaruhi oleh ketua mereka yang terkenal sebagai individu gila kuasa.. Apa nak jadi agaknya..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS