DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, January 29, 2010

PADAH lantik Penasihat Ekonomi Negeri dibayar RM 1 -> Selangor nyaris menjadi 'DARUL URUT'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa yang anda semua FAHAM dengan jawatan sebagai Penasihat EKONOMI? Kalau jawapan 'straight forward'nya ialah jawatan yang berperanan untuk memberi nasihat atau konsultansi kepada sesuatu organisasi untuk menjayakan aktiviti EKONOMI dan menjanakan pulangan hasil kegiatan ekonomi kepada organisasi tersebut.. Kalau seseorang itu menjadi Penasihat EKONOMI kepada sebuah kerajaan negeri, maka dia bertanggung-jawab untuk menasihati atau menyediakan garis-panduan bagaimana sesebuah negeri tersebut patut bergerak untuk menjanakan kegiatan EKONOMInya..

Masihkah anda INGAT lagi BERITA tentang Penasihat PKR dilantik sebagai Penasihat Ekonomi untuk Kerajaan Selangor? Kalau anda TIDAK ingat, sila RUJUK kepada URL di bawah

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23225:anwar-digaji-rm1-sebulan-sebagai-penasihat-ekonomi-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

KONON-kononnya dia tak ambik elaun sangatlah dengan Kerajaan Negeri Selangor.. Hanya bayar RM 1, dia 'SUDI' menyumbangkan khidmat NASIHATnya sebagai 'Pakar Ekonomi' untuk menjanakan kegiatan ekonomi di Selangor.. Malah, PUBLISITI meluas diberikan oleh media-media pro-Pakatan Rakyat KONONnya Penasihat PKR dilihat begitu 'HUMBLE' kerana sanggup menerima elaun RM 1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor..

Namun, HARI ini akhbar KOSMO dan SINAR HARIAN telah menDEDAHkan bagaimana di Selangor kini terdapat satu BENTUK kegiatan EKONOMI baru yang semakin POPULAR iaitu perniagaan rumah-RUMAH urut di negeri ini.. Malah, dikatakan pemBINAan rumah-rumah urut ini begitu berleluasa hingga SUKAR dikawal oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story5343975.asp

TAHNIAH kita ucapkan kepada Kerajaan Selangor kerana berjaya meWUJUDkan satu bentuk penjanaan EKONOMI yang BARU dan lebih canggih daripada apa yang pernah diUSAHAkan oleh kerajaan BN sebelum ini.. Kita PERCAYA, memang berBALOI Kerajaan Selangor membayar RM 1 kepada Penasihat PKR untuk jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri apabila melihat pertumbuhan RUMAH-RUMAH URUT begitu PESAT ni negeri ini..

Dalam pada itu, kita jugak SIMPATI dengan rakyat negeri Selangor yang nampaknya mungkin selalu menghadapi masalah SAKIT URAT, lemah sendi atau tersumbat sana-sini.. Ye la.. Kalau TAK kerana sakit-sakit sebegitu, takkanlah banyak rumah-RUMAH urut didirikan? Kalau dulu kita biasa dengar kat KL yang banyak rumah-RUMAH urut kat Chow Kit dan yang EKSKLUSIF pulak kat kawasan sekitar Bukit Bintang.. Sekarang ni nampaknya Selangor dah lebih GLAMER pulak dari KL bab banyak rumah-rumah URUT nih?Nampaknya, Wak dan Neng JAWA tukang URUT di sana kena cari BISNES lain la..

Malah, dengar khabarnya rumah-RUMAH urut di Selangor ini mendapat 'SPECIAL PROTECTION' daripada EXCO-exco kerajaan negeri sendiri? Ye la.. Kalau TAK, takkanlah bila Pihak Berkuasa melakukan serbuan, ada EXCO yang sanggup turun padang memperTAHANkan rumah-RUMAH URUT tersebut?

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=425215

HEBAT tuh.. Itu TANDAnya pembinaan rumah-RUMAH urut di Selangor menjadi kegiatan ekonomi UTAMA hinggakan tak boleh disentuh langsung oleh pihak berkuasa.. Itu tandanya Selangor dah setaraf dengan Haadnyai, Thailand.. Almaklumlah, kalau rumah-rumah URUT di sana dilindungi oleh GANGSTER atau KONGSI GELAP, apa kurangnya di Selangor yang mana rumah-rumah URUTnya ada penjaga 'UNDERWORLD'nya..

Kalau dulu rakyat Selangor boleh berBANGGA mengatakan negeri ini negeri terMAJU dalam Malaysia, nampaknya KALI ini pun mereka boleh berBANGGA kerana mempunyai Penasihat Ekonomi berNILAI RM 1 yang membiarkan perniagaan rumah-RUMAH URUT sebagai kegiatan ekonomi terbaru untuk negeri ini.. Jangan sek-sok tukar nama negeri jadi 'SELANGOR DARUL URUT' udah le!

CUMA kita RISAU jugak dengan Penasihat Ekonomi Selangor yang jugak berjawatan Penasihat PKR nih ->

CUKUP KE BAYARAN RM 1 TU UNTUK BELANJA MASUK MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN KES MENJUBOR ORANG NANTI? MUNGKIN KENA MINTAK SIKIT DENGAN YAHUDI NEO-CON KAT US LAGI..

Wallahualam..

2 comments:

ZAFAN said...

Lepas ni akan ada promosi urut serba RM1.00. Cuit sana RM1 cuit sini RM1. Tapi bila dah banyak cuit jadi la RM100.00 hehe. Orang bodoh je yang kata Anwar pakar ekonomi. Kalau tengok ceramah dia kat luar negara semua cerita pasal tamadun la, kebebasan agama la, deokrasi la, petik segala macam kata kata ulamak yang ntah apa apa..lepas tu buat ulasan sendiri ikut logik akal. Bukan ikut apa yang dah ditentukan agama..

Kadang kala nak difikirkan alangkan indahnya Malaysia ini jika takde manusia bernama Anwar Ibrahim..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Inilah MALANGnya negeri Selangor..

Negeri MAJU, tapi keKAYAan negeri asyik kena ROMPAK aje..

Kalau dulu ramai pemimpin UMNO negeri kena CEKUP dan dihadapkan ke mahkamah macam Saidin Tamby, Sharif Jajang dll..

Bila PKR ambik alih pun 2X5 aje.. Lagi TERUK ada pasal EKONOMI tak berjalan dah tu jadikkan pulak kegiatan macam RUMAH URUT ni sebagai sumber EKONOMI kerajaan negeri?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS