DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, January 13, 2010

Pok Nik yang asyik kena 'TIPU'.. Kalau dulu Husam, sekarang dengan Saifudin Nasution..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

ADA satu TEKA-TEKI untuk tatapan para pembaca semua..

Dalam ramai-ramai MB kat Malaysia nih, MB manakah yang paling banyak kena TIPU dalam menjalankan tanggung-jawab sehariannya sebagai Menteri Besar dan jugak pemimpin parti?

JAWAPAN:- Pok Nik MB Kelantan la... Sapa lagi...

Selama lebih hampir 20 tahun Pok Nik jadi MB Kelantan, RASAnya tak pernah sekali pun Pok Nik dilihat berjaya mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri dengan BAIK.. Malah bukan setakat pentadbiran kerajaan negeri, tanggung-jawabnya sebagai Mursyidul AM PAS nampak tunggang-langgang pasal kuat sangat keluar 'FATWA' dan suka 'BERANGAN' jadik Tuhan hinggakan boleh tentu orang ke syurga atau neraka!

Pok Nik selalu kena TIPU pasal Pok Nik mudah ALPA dan CUAI dalam tugasnya.. JOM kita lihat antara KRONOLOGI Pok Nik kena tipu selama ini yang antaranya menyebabkan kerajaan negeri keRUGIan berjuta-juta RM:-

1) Kegagalan penswastaan bekalan air negeri Kelantan dengan Syarikat Thames Water dari England.. Perjanjian berat sebelah memihak kepada company mat saleh tapi nak 'cover' punya pasal merayu bantuan geran pinjaman pulak dengan Tun Dr. Mahathir?

2) Kegagalan kes mahkamah melibatkan tuntutan kawasan balak di Kelantan melibatkan sebuah syarikat dari Singapura.. Dok salahkan kerajaan BN sebelum ini walhal yang buat 'agreement' kerajaan PAS sebelumnya?

3) Kegagalan mewujudkan bandar Pelabuhan Darat di Kuala Krai, projek ternakan kambing JAMNAPRI, pusat pendaratan minyak dan gas di Tumpat, mewujudkan kemudahan prasarana baru seperti pasar di Pasir Mas dan banyak lagi.. Projek banyak tak siap, tapi peruntukan dilesapkan dek Lebai PAS?

4) Pok Nik tak melawat Sultan Kelantan yang gering di Singapura tapi boleh pulak percaya dan buat permohonan mintak Sultan Kelantan dengan dirawat di KL kononnya atas permintaan rakyat Kelantan?

5)Terpengaruh dengan hasutan Lebai PAS ERDOGAN untuk tuntut royalti minyak tapi sampai sekarang takde sesiapa pun antara mereka nak failkan kes ke mahkamah?

Itu kegagalan Pok Nik akibat selalu kena TIPU oleh Lebai-Lebai PAS yang menghasutnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.. Bagaimana pulak dengan Pok Nik sebagai Mursyidul AM PAS yang selalu kena TIPU khususnya dengan GENG ERDOGAN yang keSETIAan mereka bukannya kepada PAS pun?

1) Punya MARAH dengan Ustaz Nasha kononnya memandai menganjurkan kerajaan perpaduan.. Punyalah dia SOKONG Husam Musa yang nak bertanding lawan Ustaz Nasha semasa pemilihan parti PAS tahun lepas.. Akhirnya hari ini kita lihat Pok Nik dan keluarganya pulak kena HENTAM dengan balaci-balaci Husam Musa yang tak puas hati dengan penglibatan keluarga Pok Nik khususnya menantu dia dalam urusan kerajaan negeri..

2) Pok Nik percaya mati-matian bila YB ADUN Bukit Lanjan yang bersekedudukan dengan jantan Melayu memberitahu dia kena aniaya apabila gambar 'AKSI TERLAMPAU'nya didedahkan dalam internet! Yang ADUN 'terlampau' nih pulak pergi JAJA sana-sini depan orang Islam lain KONONnya dia dah jumpa Pok Nik dan 'DISUCI'kan daripada DOSA bersekedudukan oleh Pok Nik?

3) Pok Nik TERANG-terang kena 'KENCING' dengan PKR bila Saifuddin Nasution yang dianggapnya sebagai ahli PAS dan diberi kawasan ahli Parlimen Machang tiba-tiba dilantik pulak oleh Penasihat PKR sebagai Setiausaha Agung PKR yang baru.. Bagaimana seorang ahli dan YB PAS boleh menjadik pulak Setiusaha Agung parti lain? UNTUNG le dia dapat 'fulus' daripada dua parti serentak? Yang SENGIH kerang BUSUK cuma Pok Nik le!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm&arc=hive

Lepas nih macam mana pulak la Pok Nik ni nak kena tipu, hanya Tuhan saja yang tahu.. Pok Nik sepatutnya SEDAR bahawa betapa BAHAYAnya dia menjalin hubungan dengan PKR.. Dalam KONTEKS yang kita paparkan, jelas sekali hubungan baik Pok Nik dengan PKR hanya menguntungkan PKR sedangkan Pok Nik sendiri menerima AIB dan MALU aje di mata masyarakat!

Pok Nik harus menghargai nasihat kawan dan lawannya yang menasihatkan dia supaya berhati-hati dengan PKR.. Tun Dr. Mahathir sendiri secara tidak langsung banyak memberi nasihat secara 'SINIS" kepada Pok Nik dalam soal ini.. Mungkin kerana Pok Nik ini sering mengaku dia keturunan Raja Jembal Kedai Lalat yang BEBAL, langsung dia tak ambik kisah nasihat orang lain.. Akhirnya,dia sendiri jadik mangsa PKR yang semakin hari semakin banyak mengumpulkan kelemahannya agar PAS nanti cuma menjadi 'TUKANG BASUH BERAK' kepada PKR dan Penasihatnya!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

PORK NIK bebal sebab dah makan taik menantu dia.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS