DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 02, 2010

Nampaknya Pok Nik kena jual 'SELIPAR BERKAT' dia le untuk bayar tuntutan BALAK RM800 juta tuh..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TIDAK ada Menteri Besar yang LEBIH malang pada ketika ini selain daripada Pok Nik kita MB Kelantan.. Sudahlah berlaku keKACAUan dalam pentadbiran kerajaan negeri akibat campur tangan ahli keluarganya, kali ini Kerajaan Negeri Kelantan pulak terpaksa berhadapan dengan tuntutan SAMAN sebanyak RM800 juta oleh sebuah syarikat Singapura -> tuntutan dari ZAMAN berZAMAN yang sengaja 'diDIAMkan' sejak bergenerasi..

Kepada UMAT Islam yang lain, sesungguhnya apa yang menimpa Pok Nik pada hari ini adalah AKIBAT perangai 'BURUK'nya yang suka menggunakan elemen-elemen agama Islam seperti DOA dan SOLAT HAJAT untuk meminta Allah SWT menurunkan BALA terhadap orang Islam lain.. DOA dan SOLAT HAJAT, jika disalah-gunakan hanya akan mendatangkan BALASAN balik kepada mereka yang menganjurkannya.. La ni mungkin Allah SWT dah BAYAR 'CASH' depan mata dia.. Silap hari maunye masuk ICU lagi Pok Nik kita nih..

Kita jugak TIDAK menyangka bahawa kes penGADAIan tanah balak di Hulu Kelantan oleh kerajaan PAS bawah Datuk Asri lebih 40 tahun dahulu rupanya masih ada lagi SISA-BAKInya pada generasi hari ini.. Dengan kata lain, isu yang menyebabkan DARURAT diishtiharkan di Kelantan dan tumbangnya kerajaan PAS akibat keMARAHan rakyat negeri sendiri pada tahun 1977 masih lagi mengHANTUi kerajaan Kelantan pada hari ini.. Memang Lebai PAS nih semuanya kategori YAKJUJ wal MAKJUJ!!

Pok Nik dan Lebai PAS seDUNGUnya tak payah tuding jarilah kepada orang lain.. Siapakah yang mula-mula sekali membuat perjanjian yang dimaksudkan pada tahun 1964? Bukankah kerajaan PAS Kelantan? Bukankah kerajaan PAS Kelantan masa itu BERHAK sepenuhnya menyemak segala TERMA dan SYARAT dalam perjanjian tersebut? JIKA ada yang tak kena pada hari ini, kenapa pulak Pok Nik dan rakan-rakan Lebai PAS seDUNGUnya nak menyalahkan orang lain pulak?

Memang BENAR apabila BN mentadbir Kelantan pada tahun 1975, (semasa PAS bersama BN), perjanjian yang jelas meRUGIkan rakyat Kelantan tersebut diBATALkan oleh MB Mohammad Nasir ketika itu.. Namun, Datuk Mohammad Nasir adalah dari PAS jugak! Tindakkan Datuk Mohammad Nasir itu diSOKONG RAKYAT Kelantan walaupun Lebai PAS lain dalam kerajaan negeri masa tu memBANTAHnya..

Maka berlakulah pemecatan Datuk Mohammad Nasir sebagai MB Kelantan dan sebagai ahli PAS oleh para exco PAS ketika itu.. Itulah punca penyebab PAS 'diTENDANG' keluar dari BN dan arwah Tun Hussein Onn terpaksa mengishtiharkan darurat di Kelantan pada tahun 1977 akibat RUSUHAN oleh rakyat Kelantan yang berSETUJU dengan tindakkan Datuk Mohammad Nasir menebus kembali tanah balak tersebut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Dengan KATA lain, 'TAIK' PAS dalam kes BALAK ini sebenarnya dibawak dari tahun 1964 oleh PAS sendiri!!

Jadik bagaimana pulak Pok Nik dan Lebai PAS seDUNGUnya nak membayar RM800 juta? Nak GADAIkan apa pulak? Banyak sangat HASIL kerajaan negeri nak BAYAR RM800 juta tuh? Atau nak jual SELIPAR sendiri yang dikatakan sangat diREBUTI oleh Lebai PAS seDUNGUnya kerana dikatakan membawa 'BERKAT'?

Pok Nik memang GAGAL sama sekali sebagai seorang pentadbir Kerajaan Negeri! LUPAkah dulu Pok Nik jugak GAGAL dalam KES penswastaan perkhidmatan bekalan air di Kelantan kepada sebuah syarikat British bernama Thames Water?

http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12485&Itemid=460

Bukankah Kerajaan Pusat bawah Tun Dr. Mahathir yang memberikan pinjaman mudah RM600 juta kepada pentadbiran Pok Nik untuk menyelesaikan masalah pengurusan bekalan air di Kelantan?

http://ads.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12962&Itemid=50

Bukankah itu satu bentuk sumbangan oleh pentadbiran Tun Dr. Mahathir kepada Pok Nik yang seharusnya dihargai oleh Pok Nik dan Lebai PAS seDUNGUnya dalam kerajaan negeri? Namun, apa yang bentuk penghargaan yang diZAHIRkan oleh Pok Nik dan Lebai PAS seDUNGUnya kepada Tun Dr. Mahathir?

-> Mengatakan Tun Dr. Mahathir tak pandai baca Al Quran?
-> Meng'ENDORSE'kan penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir melalui buku SHIT?
-> Meng'ENDORSE'kan penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir apabila seorang arwah Lebai PAS memFITNAH Tun menonton video lucah dengan cucunya?
-> MemBIARkan Lebai PAS 'half past SIX' menghina Tun Dr. Mahathir dengan gelaran MAHAZALIM, Firaun dan sebagainya?

Inilah senarai balasan yang Tun Mahathir dapat bila beliau membantu Pok Nik menyelesaikan masalah pentadbiran kerajaan negerinya akibat ketidakcekapan pengrusan Pok Nik sendiri..

Sekarang dengan masalah tuntutan SAMAN sebanyak RM800 juta oleh syarikat Singapura, Pok Nik nak mintak tolong siapa? 'PIGGY' dan parti RACISTnya? Atau 'Grand Master'nya dari Singapura yang Pok Nik tunjuk isyarat 'BAGUS' bila bergambar dengannya? Entah-entah ini pun sebahagian perancangan si 'Grand Master' dan 'PIGGY' untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu Islam melalui ketidakcekapan Pok Nik! Almaklumlah, yang mintak RM800 juta tu pun syarikat Singapura kan?

Mungkin Pok Nik boleh mintak Tengku Razaleigh membantunya? Almaklumlah, Ku-Li pun antara individu yang bersama-sama menJATUHkan kepimpinan PAS tahun 1977 dahulu dengan menggunakan isu BALAK tersebut.. Lagi pun kawasan balak tu kan kawasan Parlimen dia? Bila nak mintak 'ROYALTI' Petroleum pandai cari Ku-Li, takkan kes balak ni pun tak reti nak cari dia?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS