DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, May 01, 2010

Siapakah penyebab seorang ex- Menteri Luar gagal dalam SOAL hubungan LUAR negara bila jadi PM?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya DAH malas nak mengUNGKIT keLEMAHan kepimpinan PM ke-5.. Pada KITA, apa sahaja keROSAKkan yang telah dilakukan, seharusnya menjadi tanggung-jawab kerajaan ketika INI untuk memperbaikinya.. Ini kerana, mereka yang mengGALAS kepimpinan negara ketika INI jugaklah yang telah meLETAKan seorang pemimpin yang LEMAH sebagai PM ke-5.. Malah, mereka jugak bersama-samanya dalam KABINET terdahulu dan dilihat bersatu menyanyikan KOIR 'SAYA SOKONG' setiap kali keLEMAHan kepimpinan PM-ke-5 diKRITIK..

PM ke-5 sebelum menjadi Perdana Menteri sebenarnya TELAH lama menjadi Menteri Luar di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.. Seharusnya beliau mempunyai kewibawaan dalam dasar-dasar LUAR negara dan bolehlah diHARAPkan untuk menjaga kepentingan NEGARA ini dalam soal hubungan DIPLOMATIK, tuntuhan pertindihan WILAYAH, hubungan perdagangan dua hala dan banyak lagi.. Malangnya, apabila beliau jadik PM, banyak keLEMAHan dalam soal dasar luar negara terdedah hinggakan keLEMAHan tersebut dipersoalkan kembali pada hari ini.. Ini kerana, banyak keputusan yang melibatkan dasar luar negara yang diPUTUSkan oleh beliau dilihat meRUGIkan negara ini..

Kita terkejut apabila Tun Mahathir menDEDAHkan dalam BLOGnya bahawa status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion di Laut China Selatan kini dikatakan menjadi milik Brunei sebagai menyelesaikan isu tuntutan dan pertindihan sempadan kawasan Limbang di Sarawak..

http://chedet.co.cc

Dengan KATA lain, untuk menyelesaikan masalah tuntutan berTINDIH antara Malaysia dan Brunei di kawasan Limbang, PM ke-5 dilihat telah memutuskan untuk menyerahkan kawasan yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M yang dikatakan mengandungi 1 bilion tong kepada Brunei.. Namun demikian, Brunei pulak diLIHAT tidak menGUGURkan pun tuntutan kawasan Limbang seperti yang diDAKWA oleh PM ke-5.. Sehubungan dengan itu, Tun Mahathir telah meminta penjelasan Wisma Putra berkenaan SOAL perundingan yang tidak disertai pegawai Petronas kecuali pegawai Kementerian Luar dan penasihat luar negara PM ke-5..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

PM ke-5 pulak mengatakan bahawa perjanjian berhubung tuntutan dan pertindihan sempadan Limbang antara kerajaan Malaysia dan Brunei yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 tidak merugikan Malaysia dari segi sumber pengeluaran minyak di kawasan itu.. Antara lain, beliau mengatakan hak kedaulatan bagi sumber di kawasan ini kini menjadi kepunyaan Brunei. Bagaimanapun, bagi kawasan ini, perjanjian akan membenarkan Malaysia menyertai aktiviti komersial iaitu membangunkan sumber minyak dan gas di kawasan itu bagi tempoh selama 40 tahun..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Dalam SOAL ini, WAJAR Wisma Putra tampil dan memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku.. Malah, seharusnya Wisma Putra jugak menDEDAHkan siapa yang terlibat dalam perundingan Malaysia - Brunei seperti yang diMAKSUDkan..

Seperti KITA katakan, adalah PELIK apabila seseorang yang berpengalaman sebagai Menteri Luar membuat keputusan yang TIDAK memihak kepada negaranya semasa menjawat jawatan PM.. Sebenarnya, banyak lagi perkara-perkara yang meLIBATkan soal hubungan luar yang diPUTUSkan secara PELIK.. Antaranya:-

1) Isu pembinaan Jambatan BENGKOK di Selat Tebrau yang diBATALkan tanpa sebab?

2) Isu FTA Malaysia - Jepun di mana Jepun 'BEBAS' mengEKSPORT barangan mereka ke negara ini sedangkan Malaysia nak EKSPORT sayur ke Jepun pun berSYARAT?

3) Isu penjualan MV Augusta kepada syarikat Gevi SPA yang tidak diketahui asal-usul dengan harga 1 Euro..

4) Isu penjualan saham-saham GLC Malaysia kepada agensi pelaburan Singapura dan kemudian dibeli kembali oleh agensi pelaburan Malaysia..

Kalau kita LIHAT keputusan yang telah diPUTUSkan dalam isu-isu di atas, seolah-olah kita dapat rasakan ada SESEORANG yang MEMPENGARUHI PM ke-5 untuk membuat keputusan sedemikian RUPA.. Dengan kata lain, keputusan diambil bukan kerana kepentingan NEGARA, sebaliknya kerana hendak mengUNTUNGkan pihak-pihak tertentu mungkin menerusi pemBAYARan 'CONSULTATION FEES' , KOMISEN dan sebagainya..

Kita diFAHAMkan bahawa kerajaan menggunakan KHIDMAT para KONSULTAN untuk merundingkan atau menasihati dalam membuat keputusan.. Malah, ada jugak kedengaran KONONnya KONSULTAN itu mendapat 'LESEN' kerana wujudnya hubungan dengan salah seorang 'AHLI KELUARGA' PM ke-5.. Kita NAK tanya, BERANIkah kepimpinan PM ke-6 DS Najib menDEDAHkan siapa sebenarnya yang menjadi 'PUPPET MASTER' terhadap semua keputusan di atas? Jika diDEDAHkan, beranikah pulak DS Najib menyiasat dan mengambil TINDAKKAN terhadap mereka? Bukankah DS Najib nak amalkan KETELUSAN dalam pentadbiran?

Wallahualam..

3 comments:

antihipokrit said...

Apa yg Najib berani? Teloq pun dah pecah. Dgn Cina pun penakut.. Inikan nak siasat benda besar2. Aku dah menyampah dengan kepimpinan UMNO yang aku dah sokong bertahun2. Skg ni aku tunggu dan lihat saja. Kalau tak berubah jugak, GE 13 aku buat Undi rosak.

Anonymous said...

Kata Dollah dia buat keputusan dengan Cabinet APPROVAL lebih awal lagi. Harap SPRM dapat siasat untuk mengesahkan Cabinet Approval ini dan semua menteri yang terlibat ketika itu harus membuat penjelasan yang telus.

Anonymous said...

lepas 40 thun apa jadi? dapat habuk je ke? bongok punya dollah..sakit nyaa hati!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS