DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, March 06, 2011

Mintak Lebai PAS TANYAkan kat Pok Nik, apa HUKUMnya terhadap penduduk DUN Kerdau & DUN Merlimau yang menolak 'DAKWAH' oleh PAS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum apa-apa, kita INGIN ucapkan TAHNIAH kepada calon-calon UMNO/BN di DUN Kerdau dan DUN Merlimau di atas keJAYAan mereka yang amat CEMERLANG kerana meMENANGi PRK di kedua-dua kawasan tersebut.. Berikut adalah KEPUTUSAN penuh PRK bagi DUN Kerdau dan DUN Merlimau:-

DUN KERDAU

Barisan Nasional :5060
PAS: 2336 - Majoriti :2724 -

DUN MERLIMAU

Barisan Nasional :5962
PAS: 2319 - Majoriti :3643 -

Baiklah, sekarang kita KEMBALI kepada tajuk BLOG.. Baru-baru INI Pok Nik 'ALAIHISSALAM' menyatakan bahawa PAS akan terus menggunakan isu AGAMA dalam KEMPEN pilihanraya, kerana perBUATan itu merupakan sebahagian kerja 'DAKWAH' seperti yang diLAKUkan oleh Nabi Muhammad SAW.. ->KLIK<-

Istilah DAKWAH adalah istilah AGAMA.. Apa-apa agama pun ada ISTILAH ini.. Dalam ISLAM, maksud DAKWAH dalam ISTILAH Syari'e ialah:-

"Sebuah usaha baik perkataan maupun perbuatan yang mengajak manusia untuk menerima islam, mengamalkan dan berpegang teguh terhadap prinsip-prinsipnya, meyakini aqidahnya serta berhukum dengan syari’at-Nya."

Secara MUDAHnya, apabila seorang ISLAM mengajak seorang bukan ISLAM untuk menerima ISLAM atau mengubah cara HIDUPnya kepada ISLAM, maka itu boleh dipanggil sebagai DAKWAH..

Namun demikian, Pok Nik pulak telah mengISTILAHkan DAKWAH dalam KONTEKS politik PAS iaitu mengajak orang menerima PAS atau lebih tepat lagi mengundi PAS dalam pilihanraya.. AGAKnya, kalau tak ada pilihanraya, 'DAKWAH' ala-ala Pok Nik pun tak JALANlah? Sedangkan dalam ISLAM kerja-kerja DAKWAH bukannya berMUSIM atau kena tunggu pilihanraya sebaliknya kena dilakukan sepanjang masa? Apa punya menyelewengla OTAK orang TUA nih? HE!HE!HE!

BAIKlah, jika keputusan PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau diRUJUK, boleh tak kita KATAkan bahawa penduduk di kedua-kedua DUN telah menolak DAKWAH oleh Lebai PAS? Dalam ISLAM, jika seseuatu pihak menolak DAKWAH ISLAM, maka sudah tentulah HUKUMnya tidak ISLAM atau KAFIR.. Oleh kerana Pok Nik dan Lebai PAS telah MENYAMAkan kerja-kerja 'DAKWAH' mereka KONONnya sama dengan kerja-kerja DAKWAH ISLAM seperti mana yang Rasulullah SAW lakukan, maka APA kah HUKUM terhadap penduduk DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang menolak calon PAS dalam pilihanraya sebentar tadi? Boleh tak mana-mana Lebai PAS tanyakan kat Pok Nik? HE!HE!HE!

Sebelum ini semasa menJAWAB tulisan BLOG Tun Dr. Mahathir, Pok Nik menyatakan agar diKEMUKAkan BUKTI bahawa dia mengKAFIRkan orang.. ->KLIK<-

Jika ditanyakan kepada Pok Nik JAWAPAN tentang soalan pasal 'DAKWAH' tadi, SEKALIGUS kita akan dapat BUKTI tentang bagaimana Pok Nik telah mengKAFIRkan orang mungkin secara TIDAK langsung - TAK gitu? Habislah penduduk DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang tidak menerima 'DAKWAH' oleh orang TUA nih dan Lebai-Lebai PAS seANGKATan dengannya! Apa kata penduduk DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang telah menolak 'DAKWAH' Pok Nik dengan memberi keMENANGan kepada calon UMNO/BN? Itulah, elok-elok Mufti Perak bagi TEGURAN, diperSETANkan pulak? HE!HE!HE!

Pok Nik sebenarnya tidak PETAH bermain kata-kata walaupun dah bergelumang dalam dunia POLITIK sejak sekian lama.. AKIBATnya Pok Nik sering terSALAH mengGUNAkan ISTILAH dan akhirnya kenyataannya sering MENIKAM balik dan meRUGIkan PAS sendiri.. Mungkin sudah sampai MASAnya dia menjalani TERAPI pertuturan atau pergi jumpa mana-mana pakar kat HUSM Kubang Kerian untuk betulkan 'BALANCING' otaknya.. Kalau TAK, peluang PAS dalam mana-mana pilihanraya akan terus di'SPOIL'kan oleh orang TUA nih! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS