DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, July 31, 2014

Ada sesiapa ke boleh kasi tau yang UMNO Selangor berJUANG untuk apa di Selangor ini seBENARnya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun KRISIS penukaran MB Selangor di'GEGAR-riuh'kan sehingga cuba menutup INSIDEN MH17, namun ianya TIDAK memBERI apa-apa MAKNA pun kepada UMNO Selangor.. Dengan KATA lain, UMNO Selangor masih DUNGU dan KEKAL dengan SLOGAN 'DUIT tak TURUN'nya walau MB Selangor diTUKAR pun.. BANYAK jugaklah ANALISA pasal KRISIS UMNO di Selangor ini yang telah kita BACA.. Antara yang paling menarik ialah daripada BLOG Helen ANG seperti ini..



Walaupun demikian, bukanlah ANALISA ini TIDAK bagus.. SOALnya, apakah UMNO Selangor itu sendiri mampu berFIKIR dan mengANALISA apa yang cuba disampaikan ini demi kePENTINGan UMNO dan jugak RAKYAT Selangor sendiri?


Selagi para 'PUAKA' dalam PerHUBUNGan UMNO Selangor itu terdiri dari mereka yang SAIZ PERUTnya 2/3 daripada SAIZ seluruh BADAN mereka sendiri, kita langsung tak PERCAYA bahawa UMNO/BN akan kembali menjadik kerajaan di Selangor.. UNIKnya di Selangor, anda boleh dapati bahawa MCA beKERJA untuk DAP La'anatullah manakala Pemuda UMNO pulak beKERJA untuk PKR.. Jadik, yang UNDI PAS pulak ialah mereka yang terKELIRU antara perJUANGan UMNO dan PAS itu sendiri.. Oleh itu, hanya orang GILA aje yang meRASAkan UMNO mampu kembali GEMILANG di Selangor walaupun PKR menukar MB GAGAP ini..


Kalau DS Najib sendiri yang pernah menjadik PENGERUSI Perhubungan UMNO Selangor sebelum PRU-13 lalu pun boleh diTIPU, apatah lagi orang lain? Jadik? Apakah anda meRASAkan akan MUNCUL seorang lagi DATUK Harun IDRIS di Selangor untuk memBERIkan keMENANGan kepada UMNO/BN? Jika kita mengira KERUSI DUN yang diMENANGi oleh UMNO di Selangor, kita dapati bahawa DUN terSEBUT diMENANGi jika para 'PUAKA' dalam PerHUBUNGan UMNO itu berjaya memBUATkan 'DUIT kembali TURUN' di DUN-DUN terSEBUT.. Kalau diSONGLAP oleh mana-mana KETUA BAHAGIAN, alamatnya MENANG kelabu ASAP aje la..

Bolehkah UMNO Selangor diBERSIHkan? Sudah terLAMBAT.. DS Najib hanya menSIA-SIAkan DUIT PERUNTUKAN aje jika cuba memBERSIHkan mereka dalam UMNO Selangor.. Kita dah SEBUT bahawa UMNO Selangor JAUH lebih ROSAK berBANDING UMNO Kelantan, UMNO Terengganu dan UMNO Kedah.. Jadik, tak payahlah untuk UMNO/BN berANGAN-ANGAN untuk menawan semula Selangor.. Lagi BAIK jika perhatian diBERIkan kepada menguatkan UMNO di NEGERI-NEGERI lain kerana berJUTA-JUTA pengUNDI LUAR di Selangor inilah yang akan meROSAKkan peluang UMNO/BN di NEGERI-NEGERI lain apabila mereka PULANG mengUNDI..


PECAHnya UNDI UMAT Melayu/ISLAM dan 'SOLID'nya UNDI KAUM 'AH-Beng' kepada DAP La'anatullah meRUPAkan keKUATan PR di Selangor.. Memang tak diNAFIkan bahawa Selangor ini LAMBAT laun mungkin akan jadik seperti Gaza yang diBOM setiap HARI atau Tebing BARAT yang diPAGARi TEMBOK ZIONIS.. Namun begitu, nak KATA macam mana lagi kalau dah UMNO Selangor sendiri memBELAKANGi perJUANGan UMAT Melayu/ISLAM dan SIBUK nak menonjolkan SEMANGAT nak KAUT 'FULUS' semata-mata? Di mana dia PELAPIS dalam UMNO Selangor? Nak TUNGGU dia nih REKRUTkan dulu?  Lagi BANYAKlah HABIS DUIT!


Oleh sebab itu, jika diTAKDIRkan berLAKU pemBUBARan DUN akibat KRISIS PR di Selangor, UMNO langsung tak akan dapat keUNTUNGan apa pun.. Ye la.. UMNO bukan KUAT mana pun.. Adalah meMALUkan jika UMNO kena MENGEMIS pulak SOKONGan PAS di Selangor untuk menumpang KUASA.. Dari ASPEK lain, ianya mungkin BAGUS untuk penyatuan UMAT Melayu/ISLAM.. Namun begitu, apakah keDUA-DUA belah PIHAK ini JUJUR dan saling memPERCAYAi? Apakah TIDAK akan ada 'PUAKA' dalam mana-mana PerHUBUNGan UMNO atau PAS yang akan mengGANGGU kerana 'DUIT tak TURUN' ke dalam KOCEK mereka?

Wallahualam..

2 comments:

Jane Duncan said...

Kita patut baling tahi pada pemimpin UMNO yang dah tipu kita ! Sekarang kesnya RIRO! Kalau dah rubbish in... tentunya rubbish out....!

don kaduk said...

sekarang umno yg diatas sedang berlumba-lumba untuk cari simpanan masa depan selepas pru-14 nanti...

perlis yg 'sekenit' tu pun laa ni gaduh nak buat airport...
kah..kah..kah..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS