DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, October 29, 2009

Gula-gula HACKS pemberian DS Zambry kepada DS Nizar yang 'MERAGAM' semasa sidang DUN Perak


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

BAGAIMANA ANDA MEMUJUK ANAK-ANAK KECIL ANDA YANG MERAGAM ATAU BUAT PERANGAI DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI?

Mungkin lain ibu-bapa, lain caranya.. Namun, rasanya ibu bapa kita zaman dahulu sering memujuk anak-anak kecil yang MERAGAM dengan memberikan gula-gula atau 'coklat' sebagai satu cara untuk memujuk mereka.. Biasanya anak-anak ini akan terdiam atau berhenti MERAGAM apabila disuakan gula-gula oleh ibu bapa mereka.. Mungkin begitulah jugak cara ibu bapa DS Nizar zaman dahulu memujuknya apabila dia MERAGAM..

Semalam semasa sidang DUN Perak, sekali lagi DS Nizar dan kuncu-kuncuya yang sebahagian BESAR adalah daripada 'PARTI RACIST KIASU' cuba membuat KECOH dan menarik perhatian UMUM terhadap tuntutan mereka.. Tindak-tanduk mereka yang cuba menimbulkan KEKECOHAN atau MERAGAM seperti anak-anak kecil mendapat PUBLISTI meluas media-media yang turut membuat liputan sidang DUN semalam.. Rasanya anda semua pun tahu apabila menonton dan membaca media-media yang dimaksudkan..

Namun, kali ini nampaknya tindakkan mereka dilihat GAGAL meraih simpati sesiapa pun.. Malah, tindakkan mereka yang dipaparkan menerusi media hanya menjadi bahan LAWAK JENAKA kepada sesiapa yang mengikuti perkembangannya sidang DUN Perak semalam.. Apa yang lebih LUCU lagi apabila kita membaca bagaimana MB Perak ketika ini DS Dr.Zambry 'MELAYAN' tindak-tanduk DS Nizar dan KUNCU-KUNCUnya daripada 'PARTI RACIST KIASU' yang MERAGAM semalam..

‘‘Dulu mereka begitu biadab dengan menyerang kita sampai tahap luar batasan dan naik atas meja. Apabila masyarakat tidak suka dengan perangai itu, kali ini mereka cuma menjerit-jerit sahaja.

‘‘Saya seperti biasa sentiasa senyum terhadap mereka. Malah Nizar bersalaman dengan saya dan sempat ambil gula-gula Hacks saya,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

DS Nizar seolah-olah seUMPAMA anak kecil yang MERAGAM dan hanya menuntut perhatian aje! Apabila diberi GULA-GULA HACKS, maka diamlah dia!

KAH!KAH!KAH!

Syabas DS Dr.Zambry!

Wallahualam..

Tuesday, October 27, 2009

Setakat mana mereka ini mengambil BERAT tentang Laporan Audit Negara terhadap pentadbiran masing-masing?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Setiap kali Laporan Audit Negara dikeluarkan, pasti banyak isu-isu tentang 'KETIRISAN' atau 'KETIDAK-TELUSAN' berlaku dilaporkan.. Isu-isu sebegini bukan sahaja berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Pusat, malah turut membabitkan Kerajaan Negeri.. Adakah WAJAR isu-isu sebegini terus WUJUD sedangkan kita KONONnya sedang menuju ke arah negara maju?

--------------------------------------------------------------

Sebelum ini kita telah pun melaporkan tentang kenyataan Ketua Audit Negara yang tidak berpuas hati terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bawah pemerintahan Pok Nik kerana didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).. Bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.(KPK)..

Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.. Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm

SETAKAT INI KITA BELUM LAGILAH TERBACA RESPON ATAU MAKLUM BALAS RASMI DARIPADA POK NIK BERKENAAN SOAL INI.. AGAKNYA ORANG TUA TU MASIH SIBUK NAK BEREGM LAGI KOT? KRONI-KRONI ORANG TUA NIH DALAM KERAJAAN NEGERI KOT MANA PUN MASYUKK JUGAK!!

-------------------------------------------------------

Kemudian, menurut laporan The Star pulak, sebuah GLC milik Kerajaan Pusat iaitu Syarikat Prasarana Negara jugak dikhabarkan menerima laporan yang KURANG BAIK daripada Jabatan Audit Negara.. Ada 3 perkara yang menimbulkan persoalan dalam Laporan Audit tersebut iaitu:-

1)Pelaburan Syarikat Prasarana Negara dalam KL Infrastructure Group Bhd yang mengakibatkan kerugian.

2)Pembelian sebidang tanah di Balakong dengan harga yang lebih mahal daripada harga yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Kementerian Kewangan pada Julai 2008.

3)Terdapat kelemahan dalam isu pembelian bas-bas tambahan daripada syarikat yang tidak menerima kelulusan Kementerian Kewangan. Pembelian bas-bas ini menjadi persoalan kerana terdapat kepincangan daripada soal kualiti bas-bas terbabit yang seterusnya akan menjadi risiko kepada pihak pengguna.

Persoalan-persoalan ini adalah antara penyebab Syarikat Prasarana Negara mengalami kerugian terkumpul selama 3 tahun bernilai lebih RM800 juta.. Tiada siapa pun hendak menjawab atau mahu bertanggung-jawab dalam soal ini..

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/21/business/4943444&sec=business

ISU PENGANGKUTAN AWAM SEBENARNYA BUKAN BARU MALAH TELAH BERBILION RM DILABURKAN KONONNYA DENGAN ALASAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN.. NAMPAKNYA KERAJAAN PUSAT PATUT MENERAPKAN NILAI-NILAI 1 MALAYSIA JUGAK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN INI?

--------------------------------------------------------

Di Pulau Pinang pula timbul isu berlakunya penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri.. Laporan itu menyebut masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.. Penyiasatan audit itu melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.. Laporan itu menyifatkan penggantian tayar terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu adalah meragukan.. Namun, tindakkan pantas KM Pulau Pinang mengarahkan siasatan dilakukan oleh Pegawai Kewangan Negeri wajar diberikan kredit..

http://limguaneng.com/index.php/2009/10/22/teguran-ketua-audit-negeri-yang-kebanyakan-pada-pentadbiran-lama-terhadap-penukaran-tayar-rm-31064-dan-pembelian-minyak-tidak-ada-penyelewengan/

CUMA KITA TERTANYA-TANYA KENAPA KM PULAU PINANG MENGGUNAKAN ISTILAH 'PENTADBIRAN LAMA' APABILA MERUJUK ISU INI DALAM BLOGNYA? ADAKAH ISTILAH INI 2X5 SEPERTI ISTILAH 'KERAJAAN UMNO' YANG DIGUNAKAN OLEH BELIAU SEMASA BERDEBAT DENGAN TS KOH TSU KOON DI DBP DAHULU? JIKA BENAR, KIASU TETAP KIASU SELAMANYA!

-----------------------------------------------------------------

Apa pun, Jabatan Audit Negara wajar diberi PUJIAN kerana tegas dan telus menjalankan tanggung-jawab mereka.. Cuma kita terasa RALAT apabila negara ini masih lagi diselubungi dengan isu-isu sebegini melalui Laporan Audit yang dikeluarkan.. Ini sebenanrnya melambangkan keLEMAHan pentadbiran masing-masing..

Malah, ianya boleh dielakkan jika keGHAIRAHAN BERPOLITIK dihapuskan sebaliknya semua pihak yang terlibat menumpukan kepada menunaikan AMANAH terhadap rakyat yang memilih mereka sebagai kerajaan..

Wallahualam..

Sunday, October 25, 2009

Punya sibuk nak berEGM tapi TAK SEDAR Ketua Audit Negara bagi 'TANDA MERAH' dalam 'REPOT KAD'nya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita hairan dengan sikap para ahli POLITIK Melayu kita baik di pihak UMNO mahu pun di pihak PAS.. 2X5 sahaja.. Lupa tanggung-jawab kepada rakyat dan pengundi, lupa AMANAH kepada bangsa, agama dan tanah air dan lupa kepada tugas-tugas yang sepatutnya mereka lakukan.. Di pihak UMNO, ada sorang tu punyalah GILA kan PUBLISITI MURAHAN sampai nak jadik 'PART TIME' Model.. Apa faedah dia buat begitu kepada partinya, takde sapa pun tahu.. Di pihak PAS pulak, ada sorang tua tuh yang jugak TAK KALAH bab GILA PUBLISITI tapi tak tahu buat kerja, suka salahkan orang lain dan sepenuh masanya dihabiskan dengan berFATWA sesuka hati..

Apabila Pok Nik kita menginisiatifkan untuk berEGM seperti UMNO dan MCA, kita tidak nampak kewajaran untuk dia nak berbuat demikian.. ALASAN yang Pok Nik bagi untuk berEGM hanyalah kerana mahukan PAS dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan. Pok Nik mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin PAS yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu. Pok Nik menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali..

Kita tahu niat Pok Nik itu tidak lain kerana dia dipengaruhi oleh GENG ERDOGAN dalam PAS.. Kita memang tahu pun apa sebenarnya MOTIF puak-puak bernama GENG ERDOGAN nih.. Malah jelas sekali apabila ada GENG ERDOGAN yang dilihat beriya-iya menyokong saranan EGM Pok Nik ini walaupun tujuan EGM ini hanya nak SINGKIRkan orang sahaja..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Apa pun, Sama ada saranan untuk berEGM itu masuk AKAL atau macam orang hilang AKAL pun terpulang kepada pendirian ahli-ahli LEBAI PAS jugak.. Ye lah.. Ini bukannya pertama KALI pun ahli-ahli Lebai PAS diperBODOHkan atau kena perBODOHkan.. .. Setinggi mana pun ilmu seseorang atau sebanyak manapun sijil yang dipunyai, asalkan masuk PAS aje pasti hidup-hidup kena KENCING! Tu pasallah orang TAK SEKOLAH macam Mat Sabu dan Mahfuz boleh HIDUP dalam PAS! HE!HE!HE!

#################################################

Pok Nik sebagai Menteri Besar Kelantan SEDAR ke tak bahawa 'REPOT KAD'nya kepada Ketua Audit Negara ada 'TANDA MERAH'? Menurut Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri Kelantan didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).. Bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.(KPK)..

Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.. Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm

INI APA CERITA NI POK NIK? PUNYA SIBUK NAK BEREGM UNTUK HALAU ORANG TAPI DALAM MASA YANG SAMA DOK BELA PENYAMUN BALAK NI APA HAL?

Wallahualam..

Saturday, October 24, 2009

Gambar IKON fesyen terbaru jenama Pemuda UMNO Malaysia - sesuai untuk POSTER mana-mana pilihanraya!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

Dah takde kerja dah ke Pemuda UMNO Malaysia sampaikan Ketua Pemudanya ambik kesempatan buat 'PART TIME' jadik Model Sambilan kat majalah Harper's Bazaar Malaysia? Kalau nak carik PUBLISITI MURAHAN pun biarlah berpada-pada..Jangan keterlaluan sampaikan orang pun NAIK MUNTAH tengok kelakuan yang tak senonoh seperti ini..

Nasib baik le tak jadik model 'Front Cover' majalah sebaliknya sekadar menjadi model dalam sisipan khas untuk fesyen lelaki.. Kalau jadik model 'Front Cover', maunya jatuh jualan bulanan majalah tersebut! Karang tak pasal-pasal UMNO kena saman! KAH!KAH!KAH!

Kalau kita tanya apa FAEDAHnya dia buat begini kepada UMNO dan Pemuda UMNO yang diketuainya, aku rasa takde sesiapa pun LALAT-LALAT TAIK dalam Pemuda UMNO yang boleh bagi penjelasan.. Melainkan nak GLAMER dan PUBLISITI MURAHAN aje la.. Inilah sebenarnya yang berlaku dalam Pemuda UMNO Malaysia yang dah pun HANCUSS dan hilang semangat perjuangan asal untuk memartabatkan bangsa dan agama..

Nampaknya pihak lawan UMNO seperti PAS, PKR dan DAP tak perlu bersusah-payah nak cari idea untuk BANNER atau POSTER PROVOKASI dalam pilihanraya.. Kulit sisipan dalam majalah Harper's Bazaar Malaysia ini dah cukup untuk jadik bahan 'printing' bagi BANNER atau POSTER PROVOKASI tersebut..Tinggal nak kena tambah ayat-ayat yang sepatutnya sahaja sebagai bahan bacaan dalam BANNER atau POSTER PROVOKASI tersebut.. KAH!KAH!KAH!

UMNO digalakkan agar terus menyimpan malaun ni dalam parti mereka agar mereka dapat menyaksikan sendiri KEHANCURAN parti mereka.. Biarkan TS Muhyiddin dan DS Najib terus berkhayal berkompang sana-sini KONONnya UMNO sudah pulih dan rakyat kembali beri sokongan kepada parti tersebut.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Thursday, October 22, 2009

Mampukah SLOGAN 1 Malaysia membantu Melayu untuk menghadapi GLOBALISASI?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam pada kita sibuk berSLOGAN 1 Malaysia dalam semua perkara, persoalan yang patut kita tanyakan kepada diri kita orang Melayu ialah mampukah lagi kita berSLOGAN 1 Malaysia jika kita semua 'DITEWASKAN' oleh ancaman GLOBALISASI atau DUNIA TANPA SEMPADAN seperti yang sering dilaung-luangkan oleh para pemikir dari barat? Apakah kita sudah bersedia dan mampu berdiri teguh untuk menghadapi ancaman ini? Apakah kita semua benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan GLOBALISASI?

Maksud globalisasi menurut Kamus Dewan boleh didefinisikan sebagai ‘Fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat’. Manakala cendekiawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam KONTEKS sedemikian, baru-baru ini semasa menghadiri Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang tahap persediaan kita khususnya orang Melayu untuk menghadapi GLOBALISASI..

Beliau kemudian bertanya kepada audien, apakah kita akan terus survive dengan globalisasi ini atau terus hilang di muka bumi ini?

Apa yang beliau katakan di atas itu penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat. Apakah kita perlu terlalu bermurah hati? Orang Melayu ialah satu bangsa yang amat bermurah hati, suka memberi.

Singapura hilang, kata Tun, diserahkan kepada pemerintah negara itu sekarang dengan hanya 60,000 ringgit pada masa itu. Atau sekarang hanya bernilai tiga kaki persegi di pulau itu!

"Hanya orang yang lemah akan hilang tanah airnya. Ia mungkin tidak akan berlaku lagi, tapi ia boleh berlaku," nasihat beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Dalam syarahannya yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sempadan, Dr. Mahathir berkata: ''Kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya kepada negara supaya kita tidak terperangkap.

''Saya percaya ada udang di sebalik batu tentang konsep ini.Kalau kita terima bulat-bulat, mungkin kita boleh hilang kemerdekaan,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu diperkukuhkan dalam semua bidang agar dapat membentuk nilai hidup yang mampu memartabatkan bangsa.

Salah satu daripadanya, jelas beliau, meningkatkan jati diri dengan mengamalkan budaya rajin bekerja supaya tidak mudah dipengaruhi gejala rasuah.

Selain itu, katanya, orang Melayu perlu memastikan kuasa politik tidak lemah supaya tidak hilang hak-hak keistimewaan.


"Seterusnya orang Melayu perlu berwaspada dengan sebarang idea yang datang dari luar termasuk berupaya menolak perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Begitu sekali ingatan Tun Dr. Mahathir terhadap kita khususnya orang Melayu.. Sebagai seorang negarawan yang pernah hidup di bawah penjajahan British, Jepun, zaman pasca kemerdekaan hinggalah era moden, sudah tentu apa yang diucapkan oleh beliau adalah penuh dengan kesedaran dan mahu kita semua menyedari tentang bahaya yang akan dihadapi oleh kita di kemudian hari..

Soalnya, apakah tindakkan kita pada hari ini melambangkan PERSEDIAAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU DI TANAH AIR INI UNTUK MENGHADAPI GLOBALISASI?

- Dengan menghapuskan PPSMI
- Dengan membiarkan pemimpin PERASUAH berleluasa dalam parti milik orang Melayu
- Dengan menghapuskan beberapa kuota seperti biasiswa dan kontrak perniagaan untuk Bumiputera
- Dengan membiarkan saham-saham GLC negara 'dimilikki secara senyap' oleh syarikat-syarikat asing dari luar negara (BERNAS sebagai contoh)sementara ada pihak yang mengaut KOMISEN daripada aktiviti sedemikian?
- Dengan membiarkan individu yang tidak berpengalaman sebaliknya berkepentingan POLITIK menjawat jawatan di GLC yang sangat penting seperti PETRONAS?

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. Jangan nanti jika kita ditelan dek GLOBALISASI, orang Melayulah yang didahulukan untuk 'DIROMPAK' dan orang asing yang diutamakan untuk hidup nanti..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS