DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 16, 2010

ISU penggunaan nama ALLAH -> Para Menteri jugak harus diawasi agar tidak buat kenyataan BODO..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jika kerajaan benar-benar SERIUS dalam isu penggunaan nama ALLAH yang membangkitkan keMARAHan umat Islam, seharusnya bukan rakyat sahaja yang dilarang mengeluarkan kenyataan yang dlilihat boleh memanjangkan POLEMIK isu ini, malah para Menteri yang takde KAITAN pun sepatutnya TUTUP mulut dan menyerahkan kepada menteri-menteri yang bertanggung-jawab untuk menyelesaikan isu ini.. Dalam kabiner 1 Malaysia sekarang ini, bukankah sudah ada Menteri seperti Datuk Jamil Khir, Datuk Mashithah, DS Hisham malah MP Besut pun LAYAK untuk mengendalikan soal ini?

Kita KHUATIR apabila menteri yang takde kena mengena memandai-mandai BUKAK mulut dalam isu ini, dia bukan sahaja ibarat 'MENCURAHKAN PETROL KEPADA API PUNTUNG ROKOK', malah kenyataannya itu akan menJEJASkan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan keadaan.. KOT la memang dia ada NIAT macam tuh, tak tau la.. Almaklumlah, dia ni bukan jenis yang boleh dipercayai sangat.. Asalkan dia dapat 'POLITICAL MILEAGE', cakap je lah apa yang patut..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Apa yang kita khuatirkan, AKIBAT dari kenyataan menteri ini, ISU ini akan berlarutan dan tuntutan terhadap penggunaan nama ALLAH SWT oleh agama bukan Islam akan kembali kedengaran di kemudian hari.. Dalam KONTEKS Sabah dan Sarawak, kita tidak TAHU sekuat mana nama ALLAH itu terpahat dalam hati penganut Kristian di sana.. Namun, dalam Al-Quran jelas memperincikan sifat-sifat ALLAH SWT yang jelas pulak bertentangan dengan sifat-sifat nama Tuhan orang Kristian.. Seharusnya kerajaan MENGKAJI sejauh mana kebenaran fakta tentang penggunaan nama ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak ini atau ini hanya DAKYAH songsang semata-mata..

Adalah jelas sekali nama ALLAH itu tidak dipakai di Vatican, Orthodox Rusia, Anglican di England, Katolik di Brazil, Protestan di US atau mana-mana pun negara yang penganut Kristiannya ramai.. Hanya di negara-negara Islam sahaja kita lihat ada usaha untuk menggunakan nama ALLAH bagi penganut Kristian.. Untuk apa tujuan mereka guna nama ALLAH selain bertujuan untuk menarik umat Islam menjadi Kristian -> Atau dengan bahasa KASARnya dipanggil 'MEMURTADKAN UMAT ISLAM'? Adakah Menteri tuh sedar perkara ini sebelum membuat kenyataan?

Sebab itulah kita SARANkan hanya Menteri yang sepatutnya sahaja diBENARkan membuat kenyataan dalam isu penggunaan nama ALLAH ini.. Malah, bukan main banyak lagi badan-badan Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM atau Majlis Raja-Raja yang lebih BERHAK membuat kata PUTUS dalam soal ini termasuk dalam konteks Sabah dan Sarawak.. Walaupun IKIM sekarang ni bawah tanggung-jawab bekas PM ke-5 yang KUAT TIDO, namun mereka juga berhak menasihati kerajaan dan berperanan dalam soal ini..

Menteri yang kita MAKSUDkan inilah yang MERAPU bukan main dalam isu Biro Tatanegara (BTN) hari tuh.. CEPAT aje dia 'SETUJU' dengan pihak pembangkang bila dikatakan BTN itu bercorak PERKAUMAN? Sampaikan panggil bekas PM Tun Mahathir sebagai 'RACIST' lagi tuh.. Itu tak masuk lagi soal KREDIBILITI dia yang dipersoalkan terutamanya dalam isu pemberian permit TEKSI, ketidak-hadiran MP BN untuk undi usul luluskan bajet, isu pemberian EX-Gratia dan banyak lagi.. Kerja sendiri TAK TERJAGA, sibuk nak jaga isu orang lain?

Layakkah Menteri yang mempunyai KREDIBILITI sebegini TERUK turut sama ambil kesempatan memperkatakan isu penggunaan nama ALLAH oleh agama lain?

Seharusnya PM dan TPM wajar memastikan hanya mereka yang benar-benar LAYAK sahaja mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan dalam isu penggunaan nama ALLAH oleh agama lain ini.. Jangan dok biarkan yang tergolong kategori 'BAHLOL' tu pun tumpang sekaki.. Suruh diorang PULIHkan 'AKHLAK' anak sendiri lagi BAIK.......

Wallahualam..

4 comments:

Anonymous said...

Aku sangsi ada ke menteri melayu yang tidak bodo sekarang ni?

wavedancer said...

Tolong perhatikan bahawa menteri tak berfaedah ini akan membuka mulut sialnya setiap kali PM keluar negara. Dia rasa tak ada orang lain setanding dgn dia selepas PM. Tlg maklumkan kpd PM supaya bawa dia bersama setiap kali PM keluar negara.

tokapi said...

Salam bro.. hang salah fakta.. apa plak JAKIM dok under mantan PM no 5 tuu? Yang tu IKIM la.. bukan JAKIM...

JAKIM dok under JPM.. la ni menteri bertanggungjawab kat JAKIM ialah Jamil Khir Baharom..

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia..

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

Harap hang lebih hati2 ngan fakta pasneh.. tq....

Pemerhati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TQ Tok Api.. Sudah pun diperbetulkan typo error tuh..

Wavedancer, mungkin Menteri yang dimaksudkan tuh perasan dia jadik orang no.3 dalam kabinet 1 Malaysia tu kot?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS