DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 06, 2010

Hanya mereka yang TIDAK ada PRINSIP yang akan KEKAL dalam PKR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin telah diPECAT daripada PKR.. Menurutnya, dia menerima keputusan pemecatannya daripada PKR dan masih berpegang kepada PRINSIPnya yang enggan bertolak ansur dalam isu penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan gereja.. Difahamkan dia TIDAK akan merayu berhubung dengan keputusan pemecatannya dan kita jugak TIDAK tahu samada dia akan mengosongkan kerusi Parlimennya seperti bekas MP DUN Penanti yang masuk UMNO baru-baru ini atau enggan berbuat demikian.. Apa pun, itu terpulang kepada BUDI bicaranya sendiri..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

MP MP Kulim - Bandar Baharu diPECAT kerana enggan bertolak ansur dalam isu penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan gereja.. Kita TIDAK tahu sejauh mana keTULUSannya memperjuangkan ISU ini namun jika soal PRINSIP diri yang menjadi SEBAB, MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jugak diPECAT dari UMNO kerana mempertahankan PRINSIPnya yang enggan menerima penggugurannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas tanpa sebab.. Dengan KATA lain, dalam POLITIK ni orang yang berPRINSIP dilihat kurang 'diHARGAi' berbanding orang yang 'berFULUS' macam Ketua Pemuda UMNO! HE!HE!HE!

Beberapa pemimpin BESAR negara sebenarnya mempunyai PRINSIP walaupun adakalanya PRINSIP mereka dilihat bertentangan dengan 'TREND' POLITIK semasa.. Arwah Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Dato Jaafar Albar dan Dato Harun Idris dilihat KUAT berpegang kepada PRINSIP masing-masing.. Begitu jugak dengan Tun Dr. Mahathir, Ustaz Nasharuddin, TS Harussani Zakaria, TS Isa Samad dan beberapa orang lagi dilihat sebagai orang yang kuat berpegang kepada PRINSIP atau tetap penDIRIan.. Selalunya, orang yang berPRINSIP ini terBUKTI akan menjadi pemimpin BESAR dan mempunyai ramai pengikut.. Namun, itu semuanya perancangan Tuhan..

Siapa pulak pemimpin POLITIK yang diLIHAT tidak ada PRINSIP? HE!HE!HE!

Kalau nak bagi CONTOH, berlambak-lambak.. Pok Nik MB Kelantan, Penasihat PKR, Pengerusi DAP, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Penerangan UMNO, Ku-Li, Ahmad Awang, Husam Musa, Tun Dolah, Musa Hitam dan ramai lagi para pemimpin POLITIK dewasa INI adalah golongan yang TIDAK ADA PRINSIP atau tidak mempunyai pendirian.. Nak KENAL golongan macam ini SENANG aje.. Kalau mereka yang mengatakan "SEKEJAP BOLEH, SEKEJAP TAK BOLEH" tuh termasuk dalam golongan INIlah! Bukan PAYAH pun nak jumpakan? HE!HE!HE!

Sebenarnya, golongan yang TIDAK berPRINSIP ini terpaksa bergantung SOKONGAN kepada golongan yang ada PRINSIP setiap kali pilihanraya.. Anda boleh lihat apa yang jadi kepada UMNO dan BN apabila mereka membelakangi pandangan dan teguran Tun Dr. Mahathir semasa pilihanraya UMUM 2008 lalu.. Itu tak masuk lagi bagaimana Pok Nik dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terpaksa bergantung kepada orang seperti Zulkifli Nordin, Datuk Ibrahim dan ramai lagi untuk menampakkan Pakatan Rakyat ini diDOKONGi oleh mereka yang berPRINSIP dan berwibawa..

Dengan KATA lain, sokongan atau UNDI yang diterima oleh Pok Nik dan rakan-rakan bukanlah 'SOLID' sebaliknya kerana bergantung kepada kewibawaan tokoh-tokoh yang berPRINSIP tersebut.. Kalau bukan Ustaz Nasharudin turun padang saat-saat akhir di DUN Manek Urai, mungkin PAS kalah akibat perpecahan sesama mereka.. Samalah jugak dalam UMNO.. Kalau bukan kerana TS Isa, adakah UMNO akan menang DUN Bagan Pinang?

Sudah TENTU tidak wajar untuk meminta mana-mana pemimpin POLITIK yang keluar parti atau diPECAT untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat selagi tiada UNDANG-UNDANG untuk meWAJIBkan mereka berbuat demikian.. Mana anda TAHU mereka dipilih oleh RAKYAT kerana RAKYAT nampak keTEGASan mereka memperTAHANkan PRINSIP yang mereka perjuangkan atau kerana mereka ambil TAHU hal rakyat? Mana TAHU kerana PRINSIP pemimpin tersebutlah yang memBOLEHkan parti yang mereka wakili memenangi kawasan yang ditandingi? Jika rakyat RASA tertipu pun, pilihanraya berikutnya mereka boleh TUKAR pemimpin kerana itu HAK mereka..

Tapi RASAnya dalam PKR nih dah tak ada dah PEMIMPIN yang ada PRINSIP dan berWIBAWA.. Semuanya jenis ada KES - Ada 'menJUBOR' orang, ada bersekedudukan dengan 'JANTAN simpanan', ada yang KORUP, ada bekas BANDUAN dan banyak lagilah.. Yang muka kurang JAHAT dalam PKR pun cuma tinggal macam 'NENEK LAMPIR' MP Ampang dan 'TOKEY BABI TONYOK' MP Kelana Jaya! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

4 comments:

fS-86 said...

Perasan tak, takde orang nak amik port undian kat atas sebab semua jawapan macam taik!!!

Anonymous said...

macam 'taik' ... tepat sekali ... malah kesan/bau taik kaw-kaw-sat-ji-liau.

pengemar taik akan kekal.

yalah .. Penasihat nya ... penagih kroniq jubur-taik jantan.

suka perhati said...

Salam bro!
Bagi saya Zul Kulim tu pun salah satu contoh orang yang tidak ada PRINSIP jugak, nampak angin semacam je!! mentang-mentanglah pemimpin UMNO ni dilihat terlalu terbuka dan sangat mudah menerima sesiapa saja yg ditendang dari parti-parti lain!! si Zul tuh nampak gaya cuba jual mahal!! kononnya tidak akan sekali-kali masuk UMNO sebaliknya akan menyertai PAS.Ape bezanya PAS dengan PKR? pi mai, pi mai tang tu jugak!! tak habis sandiriwara lagi ke? ikut die lah nak pi mana-mana pun! buat menyemak aje!! saya harap blogger-blogger pro UMNO tak payahlah duk tolong support die tuh!! buat habis ko boreh je!! biarkan die terjun dengan labu-labunya.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Anon 3:10,

Tak sangka LUBANG TAIK yang KOTOR pun masih diGERUDI oleh peminat TEGARnya kan?

KAH!KAH!KAH!

En. Suka Perhati..

Dari AWAL lagi kita dah TAHU yang YB Zul tak akan menyertai UMNO.. Pasal baginya UMNO tidak selari dengan PRINSIP dirinya..

Kalau dia menyertai PAS pun ada IMPLIKASI jugak.. Lupa ke Khalid Samad tu dari PAS? Malah, YB Zul akan dimusuhi oleh GENG ERDOGAN nanti..

Apa pun LANTAK dia lah..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS