DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 20, 2010

Sikap BERAT sebelah kerajaan terhadap akhbar bukan bahasa Melayu sangat menyakitkan HATI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BUKAN menjadi satu rahsia lagi bahawa beberapa MEDIA dan akhbar bukan Melayu khususnya dalam bahasa Cina dan Inggeris yang diKUASAI oleh kaum tertentu sering memutar-belitkan FAKTA dan adakalanya dilihat cuba melakukan PROVOKASI secara tersirat terhadap pihak-pihak yang INGIN mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.. Malah, perkara ini sering diDEDAHkan dalam akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Malaysia atau melalui penulisan Dr. Ridhuan Tee.. Keadaan INI jelas memBUKTIkan bahawa siapa sebenarnya RASIS dan KIASU dan siapa pulak yang PATRIOTIK atau NASIONALIS..

Media dan akhbar bukan Melayu boleh diLIHAT sepakat atau sekata apabila mengHENTAM pihak-pihak yang INGIN mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.. Apabila pihak-pihak yang INGIN mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera menyuarakan pandangan mereka, PANTAS dan MUDAH sekali mereka semua diLABELkan 'PERKAUMAN' bukan sahaja oleh MEDIA dan akhbar bukan Melayu, MALAH oleh parti-parti POLITIK yang KONONnya mendakwa memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti UMNO dan PAS! Apakah bila ada PIHAK cuba mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan maka sudah LAYAK diLABELkan 'PERKAUMAN'?

Semalam, Presiden PERKASA dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sun kerana mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan namanya.. Menurutnya, tindakan itu juga diambil ekoran laporan akhbar tabloid berkenaan yang mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihatkannya kerana bersikap ultra Melayu dan melampau dalam memperjuangkan hak bumiputera..

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/18/mstar_berita/20100318174820&sec=mstar_berita

Menurut Datuk Ibrahim Ali:-

"Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda mengatakan saya ultra Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya Tuanku menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini"

Di sini nampaknya ada USAHA terancang MEDIA dan akhbar bukan Melayu untuk meLAGA-lagakan pihak-pihak yang INGIN mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini seperti PERKASA.. Malah jika BENAR seperti yang dinyatakan, mereka sampai sanggup memutar-belitkan kenyataan Sultan Selangor.. Hingga TAHAP macam ni pun nampaknya kerajaan masih TUNGGU dan LIHAT?

Sebelum INI pun apabila akhbar China Press berBOHONG dengan mengatakan Ketua Polis Negara(KPN) sudah hantar surat LETAK jawatan, pihak akhbar terbabit hanya diberikan AMARAN sahaja..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

TIDAK mustahil langsung mereka akan mengulangi perbuatan seSERIUS begini kerana Kementerian Dalam Negeri(KDN) kini diterajui oleh seorang yang 'PEMAAF', jauh berBEZA dengan keTEGASan arwah datuknya seorang pengasas UMNO dan arwah BAPAnya, mantan PM ke-3.. Betul kata secebis lirik lagu kumpulan Raihan - "Iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa"

Itu baru dua akhbar bukan Melayu yang sebenarnya mewakili kepentingan satu KAUM yang berhasrat menerapkan nilai-nilai KIASU dan RASIS dalam kaumnya.. Belum lagi kita memperKATAkan tentang media-media ALTERNATIF seperti Harakah, Suara Keadilan dan banyak lagi yang hari-hari dok buat PROVOKASI dan cerita BOHONG.. Yang terang-terangan takde ETIKA pun KDN keberatan nak bertindak, apatah lagi yang ada AGENDA tersirat seperti akhbar bukan Melayu yang sebenarnya mewakili kepentingan satu KAUM tertentu? LUPAkah kita bahawa ISU penggunaan nama ALLAH SWT oleh agama lain pun sebenarnya berPUNCA daripada AGENDA tersirat pihak-pihak tertentu melalui penerbitan akhbar?

Secara JUJURnya, kenalah kita AKUI.. INIlah MALANG dan SIAL yang akan menimpa pihak-pihak yang INGIN mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.. Bukan sahaja kena berhadapan dengan segala MACAM bentuk PROVOKASI dan tuduhan oleh akhbar bukan Melayu yang sebenarnya mewakili kepentingan satu KAUM tertentu, mereka jugak menghadapi PENENTANGAN daripada 'MELAYU BERBULU MAT SALEH' samada dalam parti POLITIK atau dalam agensi-agensi kerajaan.. Almaklumlah, 'MELAYU BERBULU MAT SALEH' nih jenis nak 'MASYUUUKKK!' aje apabila 'DISUAP' oleh kaum-kaum bukan Melayu yang ada AGENDA tersembunyi..

SARANAN -> PERKASA MUNGKIN PATUT MINTAK KDN BERIKAN KEBENARAN UNTUK MEREKA TERBITKAN AKHBAR SENDIRI..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Celik mata mesti Menipu, mesti Pura2... pandai tipu pandai pura2 dapat Duit...ada Duit ada Kuasa...ada Duit beli tanah... sudah ada duit ada kuasa mesti bikin duit, ciplak sana ciplak sini... Memantat tarak lupa... dah banyak Duit boleh Mentekedarah besar...Olang lespek maa !!!

Tuhan tarak penting boleh kowtim. Kasi bikin kotak merah taruk tepi highway ka, tepi longkang ka, bawah pokok ka, tuhan manyak senang hati. Moyang-Datuq-Neneq kat sana dunia pun hati senang...sudah hantar Mercedes maa !!!

Anak-Cucu mesti kasi belajar macam Datuq-Neneq-Bapaq-Emaq bikin. Sudah pandai, pegi mana Negala boleh hidup...boleh kontrol ...bangsa Cina maa !!!...Bangsa Cina tarak lupa punya !!! Tapi ini cara tak boleh guna di China, semua bangsa cina sana tahu ini cara. Boleh mati wooo !!!

Tapi ini cara boleh guna di Tanah Melayu... Melayu Mudah Lupa... konfius.... Tanah Melayu ke Tanah Besar China.

Ada melayu sudah jadi bangsat maa !!! Itulah melayu-keparat berjiwa kosong.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS