DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 23, 2010

La.... Datuk Puad baru nak 'SOUND' ke MALAUN nih? Dah terLAMBATla Datuk....


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini kalau anda baca Utusan Malaysia, anda akan terjumpa TULISAN Datuk Puad Zarkashi yang mengisahkan tentang ke mana HALATUJU Perhimpunan Agung UMNO(PAU) ke-61 selepas INI.. Yang paling penting, setakat manakah para perwakilan dan ahli-ahli UMNO khususnya mereka dalam Pemuda UMNO menyemat semangat perhimpunan ini di dalam DIRI mereka atau adakah mereka ini juga SAMA seperti Dewan Pemuda Lebai PAS yang pernah diIBARATkan sendiri oleh Presidennya sebagai 'BUIH PEPSI COLA'.. Adakah mereka yang menghadiri PAU kali ini jugak bersikap begitu? Sama-samalah kita TUNGGU dan LIHAT..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Yang MENARIKnya, dalam beberapa perenggan terAKHIR tulisannya Datuk Puad ada 'SOUND' sikit kat Pemuda UMNO khususnya Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tuh.. Kenyataan Datuk Puad meRUJUK kepada ucapan WAKIL Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang yang mahu Pemuda UMNO mengelakkan 'Sindrom penafian'(DENIAL SYNDROME). Justeru, katanya pergerakan itu JANGAN menafikan tuduhan bahawa Pemuda UMNO turut menyumbang kepada persepsi negatif terhadap parti UMNO.

Datuk Puad menambah lagi dalam TULISANnya,

"Amat tepat sekali apabila Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam ucapan penggulungannya menegaskan Pemuda UMNO mesti menolak 10 perkara termasuk budaya politik ‘sate’ iaitu cucuk, bakar dan kipas. Ini semua merosakkan imej pergerakan itu dan inilah persepsi rakyat. Tetapi Khairy jangan lupa teguran Pemuda Bukit Gantang itu apabila mengatakan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah institusi. Maka tanggungjawab Khairy untuk memastikan institusi itu terpelihara dan bermaruah. Kalau imej Ketua Pemuda UMNO terjejas maka rosaklah imej institusi itu. Padahnya Pergerakan Pemuda UMNO akan menjadi liabiliti kepada parti dan inilah cabaran besar Khairy."

HE!HE!HE! Datuk.. Datuk.. Kenapalah Datuk baru 'SOUND' pasal ni SEKARANG? Untuk makluman Datuk, "DAMAGES AND CASUALTIES ALREADY DONE BY HIM".. Jadik kenyataan Datuk Puad boleh dianggap sudah 'Ketinggalan BAS' la sedikit.. Untuk mengetahui apakah "DAMAGES and CASUALTIES" yang telah dilkakukannya, HARAPlah Datuk kerap membaca BLOG-BLOG tertentu atau rujuk kepada para pemimpin veteran parti..

Selanjutnya, Datuk Puad mengatakan lagi:-

"Khairy perlu melaksanakan semangat kepimpinan melalui teladan. Dia mesti memulakan pada dirinya terlebih dahulu iaitu menjauhi 10 perkara negatif yang dia sendiri gariskan. Termasuk di dalamnya budaya ‘masuk frame’ dan budaya 'punch card' di mana pastikan pemimpin nampak kehadirannya tetapi balik lebih awal sebelum pemimpin beredar dari majlis (check in dan check out). Kalau ini berjaya dilakukan oleh Khairy, beliau bukan sahaja semakin matang tetapi usahanya mengubah imej Pemuda UMNO akan menjadikan beliau berjasa besar kerana menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO. Ingatan Pemuda UMNO Bukit Gantang itu amat penting. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Panas di Perhimpunan Agung UMNO tetapi kembali sejuk apabila balik ke medan perjuangan. Sebab itu soalan beliau: "Di mana Pemuda, apabila raja-raja dihina” perlu diambil perhatian"..

HE!HE!HE! Datuk INGAT Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG nih jenis manusia yang boleh diJADIkan TELADAN ke? Cuba Datuk RUJUK balik sejarah HIDUP dia terutama sekali semasa dia MULA menyertai UMNO.. Kita cukup YAKIN, antara manusia yang dia jadikkan TELADAN baginya adalah Penasihat PKR yang merupakan MUSUH no.1 UMNO ketika ini.. Cuba tengok KARIER POLITIK mereka dan cara mereka dapat JAWATAN dalam UMNO, SAMA tak?

Kita sangat YAKIN apa yang dikemukakan oleh Datuk Puad dalam Utusan Malaysia hanya akan dipandang SEPI oleh mereka yang berkaitan.. BIASAlah Datuk.. Dalam UMNO pun, PANGKAT dia lagi TINGGI dari Datuk, ada ke dia nak ambil KISAH apa yang Datuk CELOTEHkan ni? Jangan HARAPlah.. Kalau Datuk mengHARAPkan perUBAHan seperti yang Datuk harapkan darinya, SAMAlah macam kita mengHARAPkan Israel memulangkan kembali Palestin.. Jadik, tak usahlah jadik umpama PUNGGUK(bukan PUNGKOQ) meRINDUkan bulan..

Mereka dalam Pemuda UMNO ingat KONONnya mereka tu meWAKILi suara generasi muda.. Sedangkan generasi muda yang Datuk lihat pada hari ini 100% menolak kepimpinan UMNO selagi mereka melihat bagaimana WANG dan HUBUNGAN KELUARGA memainkan PERANAN untuk menentukan kenaikkan PANGKAT seseorang dalam parti.. Adakah Datuk ingat dalam Malaysia ini cuma graduan OXFORD sahaja yang dirasakan patut diHARGAi oleh UMNO? Sedangkan RAMAI lagi graduan bukan OXFORD yang berKORBAN dan menyabung nyawa demi memBANGUNkan negara tetapi di pandang SEPI oleh UMNO? Kalau takat graduan Sains POLITIK dari Oxford tu apalah sangat.. Kat Malaysia ni pun berLAMBAK-LAMBAK!

Wallahualam..

2 comments:

Hariz Hussein said...

salam Tuan..

penulisan yang sangat2 menarik
harap dpt diberi tunjuk ajar...
saya telah memasukkn blog Tuan dlm blog pilihan saya..
harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

hariz hussein
blogger sesat jalan bertanya
http://mencandat.blogspot.com/

santia said...

I like Dinar.and its revaluation of currency.
Dinar

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS