DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, October 07, 2010

Tu la.... Makin banyak TANGGUH perbicaraan kes menJUBOR, makin banyakla yang akan terBONGKAR nanti!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Umpama babak KLIMAKS dalam sesebuah drama.. Pada petang seMALAM sudah HEBOH dikalangan beberapa BLOGGERs menyatakan ada satu sidang akhbar akan dilakukan oleh seorang lagi pembantu PERIBADI kepada Penasihat PKR yang diKAITkan dengan kes 'menJUBOR'nya.. Pada mulanya, RAMAI yang menyangka ini adalah satu lagi KES baru.. Rupa-rupanya, ini adalah SAMBUNGAN kepada kes 'menJUBOR' yang kedua dan masih lagi dalam perBICARAan.. Sidang akhbar KALI ini dilakukan oleh pembantu peribadi bernama Rahimi Osman yang juga merupakan RAKAN kepada Saiful Bukhari, MANGSA kepada Penasihat PKR..

Pendedahan oleh Rahimi telah membuka satu lagi lembaran BARU kepada perkembangan kes 'menJUBOR' kali kedua ini.. Menurut laporan beberapa MEDIA yang membuat liputan sidang AKHBAR tersebut, Rahimi telah membuat LAPORAN POLIS menyatakan bahawa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.. Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua adalah untuk meminda kandungan akuan bersumpah pertama, untuk melibatkan PM, DS Najib Abdul Razak dan isteri DS Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut."

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar,"

Menurutnya, dua peguam Anwar - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli - menahannya di hotel tersebut selama beberapa hari bersama seorang rakan. Dalam laporan itu lagi, Rahimi mendakwa mereka telah memintanya menandatangani akuan bersumpah itu walaupun "Saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya".
Menurut LAPORAN POLIS itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Anda boleh rujuk BLOG Neutral Daily untuk mendapatkan laporan PENUH tentang intipati sidang akhbar tersebut..

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/10/video-neutral-sidang-media-rahimi-osman.html



Kenyataan yang dibuat oleh Rahimi ternyata mengejutkan banyak PIHAK.. Malah, kenyataannya ini akan mengundang beberapa perSOALan kerana:-

1) PKR pada bulan depan akan mengadakan Pemilihan Parti di peringkat Pusat.. Adakah kenyataan ini akan digunakan oleh pihak-pihak yang bertanding untuk menukar kepimpinan parti tersebut yang selama ini diKUASAi oleh 3A?

2) Kenyataan ini juga boleh dikatakan untuk dijadikan MODAL kempen semasa PRK DUN Galas dan juga pilihanraya DUN di Sarawak..

3) Atau adakah kenyataan Rahimi ini kerana dia BENAR-BENAR menyesal setelah melihat sahabatnya Saiful Bukhari dianiayai?

Apa pun, sidang akhbar ini telah diGANGGU oleh beberapa GANGSTER balaci UPAHAN yang jelas tidak MAHU penDEDAHan lanjut dikemukakan oleh Rahimi.. Kita berHARAP agar pihak berkuasa dapat menJAMIN keselamatan individu seperti Rahimi ini terutamanya apabila kita INGAT balik tentang TRAGEDI Sosilawati dan 3 yang lain diBUNUH.. Jika kita rujuk balik sidang akhbar P. Balasubramaniam dahulu, takde siapa pun mengGANGGUnya walaupun akhirnya dia sendiri memBUKTIkan dia berBOHONG kerana enggan menghadapi siasatan POLIS?

Sidang akhbar oleh Rahimi ini jugak menDEDAHkan beberapa PERKARA yang seharusnya dipandang SERIUS oleh mereka yang mahukan keSTABILan di negara ini khususnya orang Melayu Islam..

1) PenDEDAHan tentang penglibatan beberapa peguam yang berDAFTAR dengan BAR COUNCIL untuk membuat kenyataan PALSU menerusi akuan berSUMPAH.. Apa jenis peguam yang berselindung di sebalik BAR COUNCIL nih? PemBUNUH pun ada, pemBELIT pun ada jugak?

2) Kehadiran beberapa GANGSTER kaum India yang mengGANGGU sidang akhbar memBUKTIkan bahawa PKR memberikan perlindungan kepada pembuat KACAU dan pihak yang suka mencetuskan huru-hara terutamanya bekas anggota pertubuhan HARAM Hindraf.. Sampai bila KDN harus berDIAM diri? Nak tunggu sampai negara ini jadi macam Sri Lanka semasa zaman pemberontakan Tamil Eelam?

Sebenarnya, semakin LAMA Penasihat PKR menangguhkan kes 'menJUBOR'nya dengan mereka-reka alasan bukan-bukan, semakin BANYAK penDEDAHan yang akan berlaku.. Jalan terbaik untuk memBERSIHkan namanya hanyalah masuk MAHKAMAH dan menghadapi perBICARAan seperti sepatutnya.. Namun sesudah beberapa TAHUN, kita tahu dia ENGGAN berbuat demikian.. Almaklumlah, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.. Apa pun, kita yakin pendedahan LANJUT oleh Rahimi pasti akan memberikan lebih banyak 'KISAH MENARIK'..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS