DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 01, 2011

FORMULA '6 JAHANAM' tidak sebegitu mengGERUNkan seperti FORMULA 'POLITIK WANG'..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Wah! Wah! Wah! Ada FORMULA '6 JAHANAM' pulak dah dikemukakan oleh 'BOSS' Pemuda UMNO.. KONONnya FORMULA tersebut diGUNAkan oleh pembangkang untuk menJAHANAMkan Sistem DEMOKRASI, menJAHANAMkan Sistem PenTADBIRan, menJAHANAMkan MARUAH NEGARA, menJAHANAMkan Sejarah NEGARA, menJAHANAMkan jati diri BANGSA dan akhir sekali menJAHANAMkan Ekonomi NEGARA.. Hebat BENAR FORMULA '6 JAHANAM' ini sampaikan boleh LUPUT terus sesebuah NEGARA? Namun demikian, BENARkan sebegitu hebat FORMULA itu? ->KLIK<-

Baiklah, memang sejak dulu lagi 'BOSS' Pemuda UMNO suka beRETORIK dan suka MERAPU seolah-olah dalam dunia MANUSIA ini cuma dia seorang yang TURUN dari KAYANGAN.. Memang meLUCUkan apabila filem P.Ramlee diJADIkan MODAL untuk FORMULAnya yang dikemukakan semata-mata untuk menarik PERHATIAN para perWAKILan UMNO.. Lebih meLUCUkan apabila ianya disebut seolah-olah dia meRASAkan dia BERHAK menyebutnya dan dia patut diLIHAT lebih 'BERSIH' daripada pembangkang.. Ianya seMACAMlah menDENGAR pemimpin PKR MERAPU di Pulai Spring KONONnya sampai tahap nak jadik MAHARAJA di NEGARA ini..

Namun demikian, ada satu FORMULA yang kita PERCAYA 'BOSS' Pemuda UMNO ini tak akan BERANI sebut di hadapan para perWAKILan UMNO.. FORMULA ini cukup DAHSYAT hingga tahap keMUSNAHan yang diBAWAnya bukan sahaja boleh meLUPUTkan terus sesebuah NEGARA, malah boleh mengHANCURkan terus TAMADUN sesebuah bangsa seperti bangsa Melayu ini.. Apakah FORMULA yang mampu mengatasi semua FORMULA '6 JAHANAM' tersebut? Apa lagi kalau bukan FORMULA 'POLITIK WANG'? Yang lebih menakutkan tuh, kita BERANI kata hari ini dalam PAU, tak ada sesiapa pun dalam UMNO yang TAKUT dengan 'POLITIK WANG' atau BERANI menyebutnya dalam perBAHASan..

Pelik tapi SINIS, UMNO lebih sibuk nak memerangi FORMULA '6 JAHANAM' pembangkang berbanding memerangi FORMULA 'POLITIK WANG' dalam parti sendiri? Mungkin ketika era parti berTERASkan NASIONALISME menjadi LIBERALISME, FORMULA 'POLITIK WANG' meRUPAkan FORMULA yang dikeTAHUi UMUM diBENCI oleh RAKYAT tetapi terpaksa 'diTERIMA' secara paksa oleh UMNO kerana keTAGIHan? Kiranya macam 'MAT PIT' ketagih HEROIN la.. Maka oleh sebab itu kita LIHAT sejak peRASMIan oleh TS Muhyiddin semalam hingga ucapan DASAR setiap Sayap UMNO, tak ada seorang pun BERANI sebut pasal FORMULA ini? Itukan TANDAnya FORMULA ini begitu menakutkan?

Kita PERCAYA UMNO lebih TAHU tentang FORMULA 'POLITIK WANG' ini berbanding RAKYAT di luar sana.. Sudah tentu 'MAT PIT' yang ketagih DADAH lebih tahu DADAH apa yang dia mahu berbanding pihak yang mahu memulihkannya.. Pada RAKYAT, mereka tidak takut langsung dengan FORMULA '6 JAHANAM' itu kerana mereka yakin boleh mengatasinya seperti mana mereka melawan KOMUNISME.. Namun demikian, RAKYAT tidak mampu berbuat apa-apa pun jika FORMULA 'POLITIK WANG' merebak dalam UMNO kerana ianya 'LIMITED' kepada ahli-ahli dan para pemimpinnya.. RAKYAT di luar hanya mampu berDOA agar mereka yang ROSAK dek FORMULA ini tiada dalam kePIMPINan NEGARA.. Kalau ada jugak, terpaksala....

Sebenarnya FORMULA '6 JAHANAM' tadi meRUPAkan elemen di dalam FORMULA 'POLITIK WANG' yang kita sebut tadi.. Ini kerana, untuk menDAPATkan FORMULA '6 JAHANAM', anda hanya perlu ada FORMULA 'POLITIK WANG' sahaja.. Ini adalah TEORI yang telah pun diBUKTIkan sejak UMNO/BN keHILANGan majoriti 2/3 dan 4 buah NEGERI kepada PR.. Kenapa TIDAK? Hanya dengan FORMULA 'POLITIK WANG', anda telah berjaya menJAHANAMkan Sistem DEMOKRASI, Sistem penTADBIRan, MARUAH NEGARA, Sejarah NEGARA, jati diri BANGSA dan jugak Ekonomi NEGARA.. TEORInya mudah ibarat kita susun DOMINO dan petik satu untuk tumbangkan ratusan yang lain! KESAN daripada FORMULA ini masih terasa seperti dalam ISU berikut.. ->KLIK<-

Apa pun, apa yang kita NYATAkan ini sudah tentu tak akan MUDAH diTELAN oleh para perWAKILan UMNO.. Tak KISAHlah.. Apabila tiba MASAnya, 3.4 JUTA ahli UMNO pun akan terpaksa terima HAKIKAT bahawa lebih 12 JUTA RAKYAT yang mengundi pada PRU-13 nanti akan menentukan jatuh bangun UMNO atau mana-mana parti POLITIK di NEGARA ini.. Sehingga tiba saat tersebut teruskanlah beRETORIK dan berFORMULA apa yang patut.. Kalau diTAMBAH dengan sikit-sikit 'SKILL' LAKONan pun OK jugak.. Kot la ada RAKYAT yang akan terPESONA dengan LAKONan MURAHan sesetengah pemimpin UMNO.. Tambah pulak 'BOSS' Pemuda UMNO pun suka bab-bab berLAKON atau jadi MODEL sambilan nih? PUBLISTI beb.. Siapa yang tak MAU? Apatah lagi orang POLITIK!

Wallahualam..

2 comments:

anti bohmau said...

TUAN,

ORANG LAIN BERUCAP, AMBO BOLEH TENGOK DARI AWAL SAMPAI ABIH.

TP BILA KOJOL NI BERUCAP, DIA MULA BUKA MULUT SJ, AMBO TUKAR CHANNEL.

MAAFLA KJ, AMBO TAK BOLEH LUPAKAN KAMU YG PELAHAP MAIN DUIT & BAGI2KAN DUIT MASA PEMILIHAN DULU! WALAU APAPUN YG KAMU DAH BUAT & CUBA NAK BUAT, LUKA AMBO TETAP TAK TERUBAT BABE!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HA!HA!HA!

Sabo je la..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS