DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 03, 2012

'KAMBING' pun kena ada sijil SPM dulu baru LAYAK berANGAN jadik PM! KAH!KAH!KAH!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH! 'KAMBING'? Siapa 'KAMBING' tuh? KAH!KAH!KAH! Ooo.. 'KAMBING' tuh adalah 'NICKNAME' terbaru untuk MP PAS Pokok Sena RUPAnya.. Siapa yang BERIkan GELARan 'KAMBING' tuh? Ooo.. Datuk Hassan ALI rupanya.. Kenapa dia BERIkan GELARan 'KAMBING' itu? Tentu ada SEBABkan? RUPAnya MP Pokok Sena itu telah memFITNAHkan Datuk Hassan ALI KONONnya UMNO menerusi Kementerian Belia dan SUKAN telah menaja 'ROADSHOW' dan NGOnya yang berNAMA 'JATI' tuh.. ->KLIK<-

Kenapa agaknya 'KAMBING' ye? MP Pokok Sena nih pernah ke menTERNAK KAMBING Jamnapri macam seorang ADUN di Kelantan? RASAnya kalau tengok 'RESUME' dia, KARIER dia yang paling CEMERLANG pun cuma setakat MENOLAK TROLI kat 'AIRPORT' aje.. Nak kata dia CONTOH Lebai PAS yang belajar agama TINGGI macam DS Hadi AWANG, Datuk Harun DIN atau pun DS Hassan ALI, tak pernah la terBACA pulak.. Itu pun ada BAHLOL mana pernah LANTIK dia sebagai PENGARAH GLC di KEDAH sebelum dia LETAK jawatan.. Jadik apa KAITAN 'KAMBING' dengan MP PAS Pokok Sena ini?

Orang MELAYU kita BIASA menyamakan sesuatu keBODOHan itu dengan HAIWAN seperti 'LEMBU'.. Jarang pulak kita dengar diSAMAkan seperti 'KAMBING'.. 'KAMBING' nih biasanya diSAMAkan dengan orang yang MALAS nak MANDI.. Salah satu SIFAT 'KAMBING' nih pulak ialah TAKUTkan AIR.. Kalau kena HUJAN, memang KEMBUNG perut 'KAMBING' nih.. Apa pun, daging KAMBING tetan SEDAP kecuali untuk mereka yang ADA darah TINGGI.. Mungkin perUMPAMAan yang cuba diMAKSUDkan oleh Datuk Hassan ALI ialah MP Pokok Sena ini 'MALAS' dan 'PENAKUT'? Kalau itu yang dia MAKSUDkan, mungkin ada keBENARannya..

Ya.. Dia memang 'MALAS'.. Tak PERCAYA? Suruhlah dia TUNJUKkan sijil SPM dia jika ADA? ZAMAN sekarang orang macam dia nih memang tak LAYAK pun jadik PEMIMPIN.. Dah la 'MALAS', 'BODOH' pulak tuh.. Datuk Hassan ALI ada PhD, dia sijil SPM pun ENTAH ada ke TIDAK.. MB KEDAH DS Azizan BELAJAR sampai 'OVERSEA', dia cuma takat mampu TOLAK TROLI kat 'AIRPORT' aje.. Jadiklah.. Cumanya yang KELAKAR tuh, dia ada HATI jugak nak jadik PM? KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-

Oii.. MALU weh kalau NEGARA ada PM yang tak ada SIJIL SPM! KAH!KAH!KAH!

PEMIMPIN macam ini biasanya akan diBERIkan tempat di dalam PAS.. Orang yang berPELAJARan seperti Datuk Hassan ALI, Ustaz NASHARUDIN atau pun Datuk Harun DIN biasanya akan diPINGGIRkan walaupun terBUKTI mereka ini berILMU.. Satu-satunya MODAL untuk PEMIMPIN begini 'SURVIVE' dalam PAS ialah dengan memperBODOHkan seRAMAI mungkin Lebai-Lebai PAS itu sendiri.. Kerana itu gamaknya Penasihat DAP begitu MARAH bila diSURUH jadik Presiden PAS? ->KLIK<-

Kenapa Penasihat DAP ini MARAH sangat bila diSURUH jadik Presiden PAS? Yelah.. Kerana dia pun TAHU Lebai-Lebai PAS ini begitu BODOH lagi DUNGU! Bukankah MP Pokok Sena yang diKATAkan 'KAMBING' itu BUKTI terBAIK betapa BODOHnya PAS? Siapa tak MARAH kalau diSURUH jadik Presiden kepada parti POLITIK yang ahli-ahlinya begitu DUNGU? Walaupun Penasihat DAP dan ahli-ahlinya peMAKAN BABI, pada mereka PAS itu lebih HINA daripada MAKHLUK itu yang mereka rasa SEDAP bila meMAKANnya.. Haa.. NAMPAK tak betapa HINAnya PAS tuh?

Nasib baik Datuk Hassan ALI cuma bagi perUMPAMAan takat 'KAMBING' aje bukannya BABI! Kalau TAK, jenuh le kena SAMAK bila jumpa Lebai PAS! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Orang Pokok Sena tak sebut KAMBING tapi sebut KAMBIN kerana boleh dikatakan lidah orang Kedah memang macam tu, Mahpuz pula akan disebut MAPUT saja, maka jadilah Maput Kambin.

Cuma yang aku rasa tekejut bila ada yang kata Maput ni sijil SPM pun takdak, betoi ke? kalau betoi kira cukup2 terok le....!

Maput awat hang lekeh sampai macam tu? buat malu kami saja.

Tok Batin Balin said...

Tak kan seorang Wakil Rakyat takdak Sijil SPM kut? betol ke?.

Kalau aku jadi Mahpuz, la la juga tarak tangguh2 lagi aku tunjuk sijil SPM aku, bukan takat tu saja, siap tunjuk Ijazah sekali! biar depa tekejut besak...!

Yang dok meseroi takut takdak sungguh, yang tu koman sepana le..!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS