DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, August 06, 2012

MASALAH bekalan AIR Kelantan bukan kerja Pok Nik - EH? Dia buat kerja ke selama nih?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TIDAK ramai yang tahu masalah BEKALan AIR di Kelantan ketika ini sangat-sangat KRITIKAL.. Bayangkan kalau BEKALan AIR ke rumah pun diCATU hinggakan dalam 24 JAM, anda hanya boleh menDAPATkan BEKALan air hanya untuk 4 atau 5 JAM sahaja? Itu bukanlah AIR yang keluar lancar sebaliknya boleh diKATAkan umpama AIR yang meleleh macam lembu KENCING.. Setakat ini apakah yang telah diLAKUkan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' untuk menyelesaikan MASALAH ini? Apakah peRANCANGan yang telah dilakukan oleh Pok Nik untuk meningkatkan KAPASITI BEKALan AIR sejak penSWASTAan BEKALan AIR di Kelantan pada dekad 90-an? Takkan nak KATA kat ARAB pun takde AIR?

"Bukan KERJA ambo!" Itulah kata Pok Nik sebelum ini.. ->KLIK<-

Sebenarnya, tak ada seorang pun TAHU apa sebenarnya KERJA Pok Nik sebagai MB selain dok MAKAN GAJI BUTA! Sejak dia menJAWAT JAWATAN MB pada TAHUN 1990 lagi, apakah KERJA yang dia telah LAKUkan? Apakah MASALAH INFRASTRUKTUR dan PRASARANA di Kelantan yang pernah diSELESAIkannya? Cuba kita pakat TENGOK:-

1) MASALAH BANJIR DAN HAKISAN

Setiap kali berlaku BANJIR, Pok Niklah orang yang paling LIAT untuk meninjau keadaan.. ALASAN dia KONONnya tak boleh kena air HUJAN.. ->KLIK<-

Begitu jugak dengan MASALAH HAKISan PANTAI.. Ada ke patut hanya SURUH orang buat BENTENG pakai batang pokok NYOR? ->KLIK<-

2) MASALAH JALAN ROSAK DAN PEMBINAAN JAMBATAN

Jalan ROSAK di Kelantan hanya diTURAP bila Lebai-Lebai DUNGU PAS rasa PRU dah DEKAT.. Kalau TAK, jangan HARAPlah nak 'MAINTENANCE' terMASUKlah di kawasan Pok Nik sendiri.. ->KLIK<-

Begitu jugak dengan pemBINAan JAMBATAN Palekbang yang sampai HARI ini hanya jadik TUGU yang untuk Lebai-Lebai DUNGU PAS menyuarakan keTAKSUBan mereka kepada Pok Nik! ->KLIK<-

3) MASALAH PENGANGKUTAN

MASALAH pengangkutan BAS di Kelantan sebenarnya langsung TIDAK berubah.. Cuma KONTRAKTOR aje yang berubah ikut kehendak Lebai-Lebai DUNGU PAS.. ->KLIK<-

4) MASALAH PEMILIKAN TANAH DI HULU KELANTAN

Lebai-Lebai DUNGU PAS memang PAKAR dalam bab 'MenCILOK' hasil USAHA orang lain.. Ini bukan PERKARA baru seperti melalui inisiatif Ladang RAKYAT malah telah WUJUD sejak PAS mula memerintah Kelantan pada awal dekad 60-an lagi.. Inilah jugak penyebab PAS tumbang pada tahun 1977 kerana RAKYAT Kelantan meRUSUH pasal peMILIKkan TANAH - TRAGEDI hitam PAS yang sengaja diSEMBUNYIkan dek Pok Nik.. Hingga HARI ini BEKAS ke'GANAS'an Lebai-Lebai DUNGU PAS terhadap TANAH masih berbekas seperti berikut.. ->KLIK<-

5) MASALAH PEMILIKAN RUANG NIAGA DAN RUMAH

Memang RAMAI puak-puak DUNGU yang terPESONA dengan terBINA banyaknya KONDO-KONDO MEWAH dan rumah BESAR di sekitar Kota Bharu.. Namun, TAHUkan anda HARGA setiap UNIT rumah tersebut menyamai HARGA rumah di sekitar Lembah KELANG? ->KLIK<-

Begitu jugak dengan MASALAH peMILIKkan ruang NIAGA yang mana Lebai-Lebai DUNGU PAS hanya TAHU ROBOH kemudian BINA semula tanpa memikirkan SAIZ RUANG yang diJANJIkan kepada PENIAGA.. ->KLIK<-

Jelaslah di sini Pok Nik dan Lebai-Lebai DUNGU PAS hanya tahu menCETUSkan MASALAH kemudian berLAKON pulak KONON-KONONnya ZUHUD untuk disebarkan dalam MEDIA.. KeZUHUDan depan KAMERA yang EKSKLUSIF untuk memperDAYAkan golongan yang mana MAK BAPAKnya TIDAK mengajar perkasa ASAS tentang ISLAM semasa mereka kecil.. Sebab itulah kita LIHAT banyak golongan yang sering diLABELkan JAHIL oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS akhirnya MASUK PAS setelah REZEKI mereka terSEKAT.. Itu kerana mereka ENGGAN mengakui REZEKI itu milik Allah SWT..

MASALAH demi MASALAH menimpa Kelantan di bawah REJIM DIKTATOR peMAKAN GAJI BUTA Pok Nik.. Hakikatnya, Pok Nik bukanlah seperti NABI Yusuf AS yang menDAPAT WAHYU untuk menyimpan BEKALan MAKANAN sebelum KEMARAU meLANDA Mesir.. Pok Nik jugak bukanlah mana-mana WALI yang mana DOA mereka akan diMAKBULkan oleh Allah SWT.. Pok Nik hanyalah seorang TUA yang meNAMPAKkan dirinya sebagai ZUHUD sedangkan HAKIKATnya dia jugak TIDAK menolak untuk hidup dalam keMEWAHan tanpa bersusah-payah menadah AIR seperti RAKYAT Kelantan lain pada ketika ini.. Semakin LAMA Pok Nik berTAKHTA, semakin banyak TEMBELANGnya Allah SWT tunjuk!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS