DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, October 17, 2013

'COUNTDOWN to DEATH' untuk UMNO pada PRU-14 jika tiada perUBAHan pada JAWATAN Naib PRESIDEN kali ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Korang PELIK tak kenapa 'CAI-CAI' kepada 'BOSS' Pemuda UMNO berIYA-IYA sangat untuk mengekalkan 'STATUS QUO' dalam kePIMPINan UMNO HARI ini? OKlah, kita bagi 'HINT' sikit.. Kalau dalam sebuah KONGLOMERAT yang diTERAJUi oleh seorang CEO, sudah tentu jika CEO tak 'PERFORM', maka 'BOARD of Director'(BOD) akan TENDANG dia keluar.. Cuba kita INGAT balik Sime Darby semasa ZAMAN DS Ahmad ZUBIR Murshid yang menyebabkan keRUGIan RM 1 BILION walaupun Sime Darby MASA tuh dah diGABUNGkan dengan Guthrie dan Golden Hope.. Jadik, 'TREND' meRUGIkan inilah yang ada dalam UMNO!

UMNO bukan lagi sebuah PARTI POLITIK berTERASkan NASIONALISME UMAT Melayu/ISLAM.. UMNO sudah menjadi sebuah KONGLOMERAT yang sebenarnya sangat TENAT seperti yang pernah dialami oleh MAS atau BANK Bumiputra dahulu.. Hanya DUNGU aje yang PERCAYA bahawa CEO yang menerajui UMNO ini berada pada TAHAP terBAIKnya.. Bukankah PRU-13 telah memBUKTIkannya?


Ya.. UMNO sudah TIDAK 'POPULAR' lagi.. Ini adalah HAKIKAT yang perlu diTERIMA.. Menjelang PRU-14 nanti, GILIRan UMNO pulak menerima PADAH seperti MCA dan Gerakan semasa PRU-13 lalu.. SOKONGan TRADISI yang diNIKMATi oleh UMNO oleh golongan Pak Cik Mak Cik dah semakin MEROSOT.. Kalau bukan kerana 'BAIL-Out' oleh pengUNDI Melayu/BUMIPUTRA terhadap UMNO pada PRU-13, NESCAYA dah terKUBUR dah UMNO..

Sementara itu, SOKONGan generasi MUDA terhadap UMNO TIDAK menentu.. Generasi MUDA menyokong UMNO seUMPAMA kanak-kanak yang diBERIkan GULA-GULA.. Apabila GULA-GULA sudah keHABISan, anda pun TAHU apakah SIKAP yang akan diTUNJUKkan oleh kanak-kanak tersebut bukan? Ada yang meRAGAM, MERAJUK, mengamuk dan BANYAK lagi.. UMNO GAGAL menyediakan PELAPIS seperti mana DAP La'anatullah dan PKR.. Ini kerana UMNO telah diROSAKkan oleh golongan MUDA yang hanya berGERAK berDASARkan 'FULUS'.. Tanpa 'FULUS', UMNO hanyalah UMPAMA sebuah pertubuhan GRO ANDARTU..


Kenapa 'CAI-CAI' kepada 'BOSS' Pemuda UMNO berIYA-IYA MAHUkan STATUS QUO kePIMPINan UMNO ini diKEKALkan? Seperti jugak dalam sebuah KONGLOMERAT tadi, apabila CEO itu menyedari dirinya sudah GAGAL, tentunya dia TIDAK MAHU meLEPASkan JAWATAN begitu aje.. Silap-silap, dia mungkin menerima NASIB seperti MANTAN CEO Sime Darby yang kita NYATAkan tadi - diDAKWA di MAHKAMAH.. KATAlah 'STATUS QUO' dalam Naib PRESIDEN cuba diUBAH, sudah tentu ada 'CAI-CAI' kepada 'BOSS' Pemuda UMNO akan keHILANGan SUMBER penDAPATan HASIL meROMPAK atas NAMA PARTI ini..

Kita dah SEBUTkan sebelum ini bahawa WUJUDnya kePENTINGan antara SALAH seorang Naib PRESIDEN UMNO dengan 'BOSS' Pemuda UMNO KONONnya mereka aje sebagai peWARIS kePIMPINan UMNO.. DS Najib sendiri SEDAR dia GAGAL sebagai KETUA BN walaupun bolehlah diPUJI sebagai 'BOSS' UMNO.. Mustahil dia akan mengetuai UMNO pada PRU-14 nanti jika 'STATUS QUO' sedia ada ini diKEKALkan.. Bukankah keputusan PRU-13 memBUKTIkan UMNO sendiri TIDAKlah seCEMERLANG mana dengan 'STATUS QUO' sedia ada? Apakah UMNO masih mengHARAPkan 'STATUS QUO' sedia ada ini mampu memulihkan UMNO?


Menjelang PRU-14, DS Najib dan UMNO bakal diLIHAT sudah TIDAK 'POPULAR' jika 'STATUS QUO' sedia ada diKEKALkan.. TS Muhyiddin pulak sudah berUSIA dan mungkin mengikut JEJAK langkah ALLAHYARHAM TUN Ghaffar BABA atau TUN Dr. ISMAIL.. Jadik, jika Naib PRESIDEN yang diSUKAi oleh 'BOSS' Pemuda UMNO itu MENANG, sudah tentu dia akan diGANDINGkan dengan DS Najib sebagai Timbalan PRESIDEN mengulangi SEJARAH ALLAHYARHAM TUN Razak dan IPARnya, TUN Hussein ONN.. Anda tentu TAHU apa akan jadik kepada UMNO jika GANDINGan ini diKEKALkan untuk mengHADAPi PRU-14 nanti..

Kalaulah diTAKDIRkan UMNO KALAH, sudah terLAMBAT untuk memperBETULkan keadaan.. Kalau UMNO MENANG sekalipun, UMNO tentu TIDAK akan MENANG seperti pada PRU-13.. BAIK MENANG atau KALAH, BN akan HANCUR.. DS Najib kali ini TIDAK boleh berDALIH lagi untuk TIDAK meLETAK JAWATAN.. Jika UMNO masih memBENTUK kerajaan, sudah tentu SEPUPUnya itulah yang jadik PM.. Selama manakah SEPUPUnya yang jugak 'MENTERI AMARAN' mampu KEKAL sebagai PM? Mungkin tempohnya lebih SINGKAT berBANDING BAPAnya? Anda agak siapakah yang akan diangkat sebagai TPM kepadanya untuk BALAS BUDI?


Ya.. Sudah tentulah 'BOSS' Pemuda UMNO yang berOTAK LIBERAL itulah akan diangkat oleh 'MENTERI AMARAN' bila dia jadik PM nanti.. Di sini aje dah WUJUD 'De-FACTO Leader' tentang siapa sebenarnya yang berKUASA terhadap NEGARA ini.. Apakah 'MENTERI AMARAN' sebagai PM yang TIDAK 'POPULAR' itu? Tentunya TIDAK bukan.. Jika itu berlaku,apakah anda menJANGKA NEGARA ini dapat menCAPAI WAWASAN 2020 yang sudah TIDAK diSEBUT lagi oleh AHLI-AHLI UMNO ketika ini? Apakah terjaga lagi kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM seperti yang terCATAT dalam Perlembagaan UMNO sendiri? Agak-agak?


Sudah tentu TIDAK ada 'FUTURE' lagi untuk UMNO di NEGERI Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan mungkin Perak.. UMNO hanya RELEVAN di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah aje.. UMNO yang dulunya KUKUH di seluruh NEGARA dah takde BEZA lagi dengan BERJASA atau IPF pada MASA itu.. RAKYAT meLIHAT UMNO sebagai pengKHIANAT kerana keWUJUDan SPESIS berOTAK LIBERAL yang hanya TAHU meROMPAK NEGARA atas NAMA UMNO.. DS Najib akan diLIHAT sebagai peMUSNAH UMNO kerana GAGAL memBINA kePIMPINan yang berWIBAWA seperti ALMARHUM BAPAnya..


Adakah kita berKHAYAL jika menyatakan perkara ini? Adakah kita diLIHAT cuba berKEMPEN untuk sesetengah CALON Naib PRESIDEN? RUMUSANnya MUDAH aje.. Jika ada PEMIMPIN yang CEMERLANG hingga dapat meRAMPAS sebuah NEGERI pada PRU-13 lalu, LETAKkanlah di tempat yang sepatutnya dalam PARTI.. Jika ada PEMIMPIN yang NEGERInya sebelum ini diKENALi sebagai KUBU UMNO pun dah BOCOR, patut ke dia diPILIH lagi? Takkan perkara begini pun AHLI-AHLI UMNO tak TAHU FIKIR? Opps.. LUPA! Kalau 'FULUS' dah masuk KOCEK, batang LIDI pun boleh diangkat sebagai PRESIDEN PARTI! HE!HE!HE!

Wallahualam..  

5 comments:

Anonymous said...

Setuju!! Aku sbgai bakal pengundi baru pun pelik mcm mana org yg terpalit dgn masalah rasuah blh diagkt jdi pemimpin lg??? kesian dkt umno bakal jadi sejarah...aku tgu keputusan naib presiden umno...kalo masih muka yg sama2...undi rosak lah gamak ny!

Anonymous said...

Ku sangka ahli2 UMNO sudah insaf dan akan berani utk mengangkat pemimpin pelapis yg mempunyai kecintaan yg mendalam terhadap agama, bangsa dan negara. Namun rupanya ianya hanyalah angan2. Menulis di blog berdegar2 mempejuangkan melayu. Tapi akhirnya tetaplah menyokong pemimpin yg berjiwa liberal. Ia sgtlah mengecewakan kami, pemerhati2 atas pagar yg sayangkan agama, bangsa dan negara.

ajai62 said...

As Salam Bro

Pemilihan sayap UMNO minggu lepas pun dah tahu keputusannya... yang ahli umno umpama Lembu di cucuk hidung... cakap apa pun... memang betulah yang UMNO dah tak punya ahli dari Melayu yang bijak pandai... yang tinggal hanya YESMAN yang membawa REBAH...

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebab itulah dalam UMNO aje yang PERCAYAkan PEMIMPIN yang memBELI KONDO untuk keGUNAan LEMBU TERNAKkannya..

Wallahualam..

Anonymous said...

Bila dah kena fulus...orang pandai pun boleh jadi bodoh...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS