DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, May 13, 2014

Lepas AH-Jib-GOR dah naik SYOK ber'SELFIE' dengan Obama, DS Mat Said yang Melayu diHALAU begitu aje..


UPDATE: KITA SARANKAN ANDA BACA PANDANGAN JURUBLOG JAS SALLEH BERHUBUNG KRISIS KEPIMPINAN DI TERENGGANU INI.. ->KLIK<-

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terGELAK sakan apabila ada para penCACAI UMNO cuba memBELA DS Najib dalam ISU DS Mat SAID 'RESIGN' sebagai MB Terengganu.. Sampaikan NAMA DYMM SULTAN Terengganu pun nak diHERET tanpa BUKTI.. LUPA kot bahawa SULTAN yang SAMA memPERKENANkan PRESIDEN PAS sebagai MB dulu? JELEK sungguh para penCACAI UMNO cuba memutar-BELITkan perkara ini,


1) DS Mat SAID KATA bukan tak nak 'RESIGN'.. Dia hanya meMINTA TANGGUH sehingga 17hb Mei apabila KENDURI ANAKnya selesai.. Ada pulak penCACAI yang mengatakan penangguhan ini sebagai REMEH? Ada pulak yang KATA dia SENGAJA 'PLAN'kan KENDURI dekat tarikh AKHIR dia? Lagi pun, Dah dia jadik WALI, dia yang buat KENDURI, SALAHkah kalau dia MINTA diTANGGUHkan secara BAIK? Ada jugak mengatakan bahawa dia dah adakan KENDURI sebelum ini.. Lagi sekali kita ingin TANYA apakah SALAH untuk dia adakan 2 KENDURI satu yang diHADIRi oleh DYMM SULTAN dan satu lagi untuk RAKYAT di kawasan DUNnya sendiri?


Ehh.. Bukan ke DS Najib sendiri sebelum ini mengatakan tiada perTUKARan kePIMPINan di peringkat NEGERI? ->KLIK<- 

2) Ada BLOG penCACAI cuba menyebarkan CERITA KONONnya DS Mat SAID mengENGKARi JANJI untuk 'RESIGN' seTAHUN selepas PRU-13.. Apa BUKTInya? Entah apa yang nak diHUKUM sangat DS Mat SAID tuh? Lagi pun, RAKYAT nih PEDULI apa dengan JANJI sedemikian?  Kenapa RAKYAT perlu terIKAT dengan JANJI begitu?

3) PerLANTIKkan DS Mat SAID berlaku apabila DYMM SULTAN Terengganu sendiri 'REJECT' perLANTIKkan DS Idris JUSOH selepas PRU-12.. Kenapa agaknya DYMM SULTAN berTINDAK sedemikian? Mungkin boleh TANYA kat TUN Dollah, MENANTU 'BABAH'nya dan Patrick BADAWI apakah BALA yang dibawak oleh mereka ke NEGERI Terengganu Darul IMAN ini sebelum PRU-12 lalu? Oh ye, TUN Dollah dan mereka SEMUA tuh dari PARTI mana agaknya? HE!HE!HE!

4) RAKYAT Terengganu PEDULI apa jika ada pun JANJI sedemikian antara DS Najib dan DS Mat SAID.. Bagi RAKYAT Terengganu, DS Mat SAID yang mereka KENAL ialah seorang yang sanggup PANJAT BUMBUNG RUMAH orang tukar ATAP.. Sanggup mengHARUNGi BANJIR tatkala Lebai-Lebai DUNGU PAS berLAKON kena SELSEMA dan pernah mengARAHkan sebuah VAN Gardenia mengAGIHkan ROTI kepada pengGUNA jalan raya yang terKANDAS dek BANJIR..


Jadik, DS Najib sejak JUMPA Obama nih mungkin dah PERASAN dia punya 'STANDARD' SAMA dengan 'MAMAT' tuh kot? Sebab itulah LAGAK DS Najib pun macam Donald TRUMP dalam 'The APPRENTICE' aje? UMNO bukan syarikat yang diPARIAHkan oleh TUN Razak kepada KETURUNANnya.. UMNO adalah AMANAH untuk BANGSA Melayu oleh para PEMIMPIN terdahulu bagi keLANGSUNGan NEGARA ini.. Apa akan berLAKU jika AMANAH ini diKHIANATi oleh PEMIMPIN?


Dek kerana terlalu KEMARUK nak jadik LIBERAL, DS Najib rela memPARIAHkan UMNO kepada mereka yang berOTAK LIBERAL.. DS Mat SAID ini walaupun keLIHATan 'GEDEBE' tetapi kePIMPINan sebegitulah yang patut ada di kawasan 'CORE' orang Melayu/ISLAM seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.. BONGOK sangatlah DS Najib jika cuba menyamakan kePIMPINan seperti di Selangor, Pulau Pinang atau Perak ke NEGERI-NEGERI lain.. Bukankah dah selalu sangat DS Najib sendiri di'KENCING' dek perHUBUNGan UMNO di NEGERI-NEGERI tersebut terUTAMAnya Selangor? Ada ke terLINTAS dalam HATI DS Najib nak buat perUBAHan begitu?

KUATkah JATI DIRI DS Mat SAID? Mungkin bagi seseorang yang menyerahkan HIDUP MATInya selain kepada Allah SWT, mereka akan memPERLEKEHkan DS Mat SAID ini.. Cuma kita nak TANYAlah, LUPAkah anda bahawa TUN DR. Mahathir sendiri pernah keluar UMNO pada TAHUN 2008/2009 dahulu? BERANI ke penCACAI UMNO ini mengatakan sedemikian kepada TUN? UMNO masih tak SEDAR bahawa RAKYAT dah tak HORMAT pun kepada UMNO.. Dulu, DATUK Harun IDRIS, TENGKU Razaleigh dan DS Rais keluar UMNO pun UMNO masih WUJUD.. Sekarang ini 'IMPACT' DS Mat SAID keluar UMNO mungkin lagi TERUK..

RAMAI penCACAI memPERTIKAIkan KUALITI DS Mat SAID sebagai PEMIMPIN dan keSETIAan kepada UMNO.. KELAKAR.. Apakah ini HARGA yang perlu dia BAYAR atas SEMUA itu apabila UMNO diPARIAHkan untuk kePENTINGan POLITIK puak-puak berOTAK LIBERAL tadi? Sedangkan UMNO sendiri dah LARI daripada DASAR perJUANGan PARTInya sendiri? Tatkala UMAT Melayu/ISLAM semakin diPERLEKEHkan dan diNAFIkan HAK mereka, di manakah UMNO? Balik-balik PERKASA, JATI atau ISMA aje? Yang kita NAMPAK kePIMPINan UMNO asyik dok beREBUT nak ber'SELFIE' SYOK sendiri dan KATAkan itu 'LIFESTYLE'!


Apakah yang UMNO FAHAM tentang KUALITI? UMNO sendiri takde KUALITI? Kalau UMNO BENAR-BENAR mementingkan KUALITI, kenapa tak boleh TAWAN Selangor, NEGERI yang pernah diKATAkan tak akan diPERINTAH selain UMNO? Malah, dalam PRK pun boleh siap kena 'KENCING' lagi dengan PerHUBUNGan UMNO NEGERI lagi? Sedangkan, seBURUK-BURUK DS Mat SAID ini masih lagi mampu memPERTAHANkan UMNO di Terengganu tatkala diASAK oleh PR pada PRU-13 lalu? Jangan LUPA bahawa PAS begitu 'HARDCORE' di Terengganu dan belum lagi CAMPUR bab ANAK-ANAK Terengganu yang BALIK mengUNDI nanti?


Jelas sekali langsung TIDAK ada BIJAKnya DS Najib sebagai PEMIMPIN UMNO dan jugak sebagai PM.. MUDAH diFAHAMi kerana DS Najib TIDAK seperti BAPAnya yang menDALAMi keSUSAHan HIDUP zaman penJAJAH.. ALLAHYARHAM TUN Razak telah memBERIkan keSENANGan HIDUP kepada ANAK-ANAKnya agar mereka TIDAK seSUSAH HIDUPnya seperti di zaman penJAJAH.. MALANGnya, ANAK-ANAKnya langsung TIDAK berFAHAMan sedemikian tatkala RAKYAT sendiri mengHAYATi LEGASI ALLAHYARHAM.. Seorang demi seorang berOTAK LIBERAL BAIK yang jadik PM atau pun yang jadik CEO kat BANK.. HABISlah NEGARA ini..

Wallahualam..  

4 comments:

Anonymous said...

DSN dan punahsihat punahsihat mmg tak beradab, kok ye pun salah mat said tu.
Mat said mb pun boleh dihina begitu, apa lg ahli biasa.

Anonymous said...

Kupasan yg mantap bro...

Naza said...

Selepas menghancurkan sistem pendidikan negara kini beliau sedang menghancurkan UMNO dan Melayu... Tunggu dan lihat sebelum PRU14...

AJAI62 said...

Pemimpin UMNO sekarang ni pun dah mengikut rentak puak pembangkang.. puak lain dipuja dan ditatang, orang Melayu dihina sesuka hati... Aku tak salahkan orang lain, aku tetap salahkan ahli UMNO yg masih nak berpaut di dahan yg rapuh... Tak lama dah nak PRU 14, dah sedia ke nak hilang kuasa selamanya...?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS