DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, August 22, 2014

'DATO-DATO' yang memBIARkan 'KING' AH-Jib-GOR 'BerBOGEL' sudah mula memPUBLISITIkan keBODOHan mereka..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..


Kalau perkara tak SENONOH dari NEGARA luar, CEPAT aje nak diTIRU dan diPROMOSIkan pulak di NEGARA ini.. Inilah dia PENYAKIT GILA 'GLAMOUR' yang WUJUD dalam diri para MENTERI 'AH-Jib-GOR'.. Apabila diTEGUR oleh TUN DR. Mahathir tentang PE'EL BURUK sebegini, ada pulak yang meLONCAT sakan macam BERUK kena BELACAN.. Jadik MENTERI dah takde BEZA dengan jadik SELEBRITI apatah lagi jadik BADUT.. BEZAnya, seorang BADUT mungkin lebih mengHORMATi orang yang telah kembali ke RAHMATULLAH seperti ALLAHYARHAM Mokhtar DAHARI berBANDING para 'BAHLOL' seperti di bawah ini..

"My #IceBucketChallenge is for arwah (Datuk) Mokhtar Dahari who I named our national football academy after. He passed away from motor neuron disease,"

KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

Tak TAHU la pulak kalau ALLAHYARHAM pernah beWASIAT sedemikian RUPA? Tak TAHU lah pulak kalau KAEDAH sebegini diGALAKkan dalam ISLAM bagi memperINGATi seseorang yang telah kembali ke RAHMATULLAH? Yang NYATAnya, CUKUP MUDAH untuk orang ini memperGUNAkan NAMA orang lain hanya dengan TUJUAN untuk menCARI PUBLISITI MURAHan.. Nak KATA macam mana, 'AH-Jib-GOR' sendiri yang mengANGKAT dia nih kerana berOTAK LIBERAL! Apabila diTEGUR oleh TUN DR. Mahathir, RAMAI pulak para penCACAI UMNO yang tampil memPERTAHANkan perBUATan BODOH sebegini..


Yang JELEKnya pulak, MENTERI yang dah berCUCU nih pulak IKUT SAMA buat KERJA BODOH ni apahal pulak? Dah MEROYAN? Kalau orang tadi tuh mengatakan KERJA BODOHnya itu KONONnya untuk ALLAHYARHAM Mokhtar DAHARI, yang si TUA nih pulak meLAKUkannya untuk ARWAH mana pulak? Untuk MAK BAPAK sendiri pulak ke? 


'AH-Jib-GOR' INGAT dengan memBIARkan para MENTERInya berKELAKUAN BODOH sebegini akan menambah SOKONGan kepada dia ke? Kalau dia RASA begitu, kenapa AH-Jib-GOR' tak TIRU aje macam Lebai-Lebai DUNGU PAS yang menarik SELEBRITI yang 'MENOPAUS' sebagai AHLI? Atau mungkin 'AH-Jib-GOR' INGAT dengan memperLIHATkan perBUATan BODOH sebegini maka RAKYAT akan berSORAK menyokong para MENTERI ini macam tengok KONSERT kot?


HARI ini HARI berKABUNG NEGARA sempena keTIBAan JENAZAH MANGSA MH17.. Apa KATA kalau AH-Jib-GOR' ni ARAHkan pulak keDUA-DUA MENTERI nih meLAKUkan perkara yang SAMA serentak dengan MASA orang RAMAI diMINTA berTAFAKUR? Kalau boleh, jangan GUNAkan BALDI tetapi sediakan aje LORI TANGKI SYABAS atau BOMBA.. Tentu lagi RAMAI orang akan menyokong kePIMPINan 'AH-Jib-GOR' selepas tuh.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

5 comments:

Anonymous said...

Bila yg di atas kencing berdiri..
Apatah lg yg di bawah.. klu x berlari.. kencing smbl berguling2...

Dah bodoh
Nak buat lagu mana
Org tegur.. marah

maae said...

Islam tapi tidak di hayati. Bukan kah baik buat tahlil, bersedekah dan beramal jariah untuk arwah-arwah yang sudah mengharumkan negara kita. Ini amalan warisan kita yang telah di buat cara nasional.

Kadangkala manusia ini di uji juga kewarasan nya. Apa yang mereka lakukan mungkin satu jenaka sahaja namun jenaka tersebut tidak memberi manfaat selain murka Allah SWT.

Mungkin jawapan mereka, " ada aku kisah ! " he..he..

Anonymous said...

Bila ambik budak2 jd menteri begitulah jadinya

Anonymous said...

Well said bro. Nice article. Pedas dan tajam

dapigs bingai said...

Menteri-menteri yg x dak otak. Cakap dan berpewatakan mcm gengster. Ada yg belajar tinggi tp otak mcm budak2. Mcm ni pun najib nak simpan? Berapa kali PRU baru nak sedar? Sampai kamu dan menteri kamu semua jadi pembangkang dlm negara? Buang la semua sampah2 tu

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS