DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, August 04, 2014

KPI MENTERI ini GAGAL diCAPAI di Sukan KOMANWEL Glasgow tetapi PERCAYAlah DS Najib akan PEJAM MATA aje..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum ini kita SEMUA sedia MAKLUM betapa 'GHAIRAH'nya DS Najib mementingkan KPI sebagai PRESTASI kerajaannya.. Habis di'HIRE' segala macam 'KON-Setan' untuk meNASIHATkan KAKITANGAN kerajaan agar menCAPAI segala KPI yang diTETAPkan.. TIDAK sekadar itu, diGANTIkan pulak KAKITANGAN kerajaan dengan ANAK-ANAK VVIP berOTAK LIBERAL dengan ALASAN KONONnya mereka ini lebih memahami 'BLUE Ocean STRATEGY'nya itu!


SUKAN KOMANWEL di Glasgow menyaksikan seorang lagi MENTERI yang paling diSAYANGi DS Najib GAGAL memenuhi KPInya.. Ini TIDAK memeranjatkan bagi kita kerana kita sedia MAKLUM agak mustahil seorang 'SELEBRITI' mampu untuk meNAIKkan NAMA NEGARA dalam PERSADA SUKAN di peringkat DUNIA..


Malah, ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan jugak jika meLIHAT sebuah NEGARA di selatan Johor yang pernah menjadi tempat perSEKOLAHan MENTERI tersebut lebih CEMERLANG berBANDING NEGARA kita dalam SUKAN KOMANWEL kali ini.. Sudah tentu NEGARA yang RAMAI 'CLASSMATE' dan masih lagi 'INTIM' dari ZAMAN pak MERTUA jadik PM hingga sekarang ini patut diHORMATi.. Jadik, tak mustahil jugak selagi dia jadik MENTERI, NEGARA yang RAMAI 'CLASSMATE' itu akan lebih CEMERLANG segala-galanya melebihi NEGARA kita ini.. ->KLIK<-


Kita tak menolak FAKTA bahawa NEGARA tempat dia berSEKOLAH ini dulu CEMERLANG kerana menjadikan ATLET-ATLET keLAHIRan NEGARA China dan NEGARA luar sebagai WARGANEGARA.. Namun demikian, itu bukan ALASAN untuk menidakkan keUPAYAan ATLET-ATLET kita.. Apakah FUNGSI MENTERI ini untuk meNAIKkan NAMA NEGARA dalam ARENA SUKAN sebegini sedangkan sebelum ini seluruh NEGARA dah TAHU keGAGALan PASUKAN 'MY-Team'nya?

Apa agaknya MENTERI ini buat di Glasgow? Adakah dia sentiasa berSAMA ATLET-ATLET kita di sana sepanjang MASA? Atau dia SENGAJA menCARI RUANG untuk 'SELFIE' bagi memPROMOSIkan dirinya sendiri depan penCACAI termasuk ketika DEMONSTRASI Gaza di sana? Ye la.. Dah memang perangai 'SELEBRITI'? 


Selain mengHADIRkan diri dalam DEMONSTRASI di atas, agak-agak ke mana lagi MENTERI tersebut berada? Almaklumlah, UK tuh pun tempat dia cari SIJIL AKADEMIK jugak.. SIJIL AKADEMIK yang me'RABUN'kan pak MERTUAnya dulu..


Apa pun, kita GAGAL dan orang lain pulak semakin CEMERLANG.. Tak guna pun untuk menyuarakan kepada DS Najib yang meLANTIKnya sebagai MENTERI ini.. DS Najib terlalu memPERCAYAi 'BLUE Ocean STRATEGY' hinggakah keGAGALan sebegini pun dia PEJAM MATA aje.. Ye la.. DS Najib pun 'Western GRADUATE' jugak.. Kalau ikut 'STYLE' keTIMURan, dah lama MENTERI nih kena 'RESIGN'.. Tapi nak KATA macam mana.. Dah memang 'Western STYLE' yang mana kalau GAGAL pun akan di'COVERLINE' dengan mengHANGUSkan lebih BANYAK lagi DANA dan PERUNTUKAN.. Peduli apa dengan RAKYAT asalkan diLIHAT LIBERAL?

Wallahualam.. 

3 comments:

Anonymous said...

Macamana nak cakap.... Ahjib sendiri pun tak tahu apa KPI dia. Kalau populariti tuh KPI Ahjib, rasanya dah terlebih score!

Ahjib n Beruk nih lebih baik masuk rancangan POP KUIZ jer....

Anonymous said...

Nampak sangatlah sifat kebencian anda.

Anonymous said...

Ah jib Kankung

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS