DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, August 24, 2014

REAKSI sebegini terhadap TRAGEDI MH-17 sebab kenapa kita MUDAH dilanda MUSIBAH atau jadi MANGSA KONSPIRASI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

NAMPAK sangat perPECAHan kita sesama RAKYAT di NEGARA ini begitu KETARA dan saling memperBODOHkan diri sendiri di sebalik TRAGEDI MH-17.. Apa yang kita MAKSUDkan ialah WUJUDnya SUARA-SUARA SUMBANG dan BONGOK yang memPERTIKAIkan bagaimana USAHA Kerajaan DS Najib menyambut JENAZAH MANGSA MH-17 dari Belanda.. Apakah HATI mereka ini terlalu KERING hingga GAGAL memahami keSEDIHan orang lain dan GAGAL memahami MUSIBAH ini?


Adalah menyedihkan pada ketika ini pun masih ada golongan yang meLIHAT USAHA kerajaan ini dari SUDUT POLITIK mereka.. Di dalam KONGRES PKR, ada 'ASKAR PENCEN' yang RASAnya tak pernah ke MEDAN PERANG pun menyifatkan para PERAJURIT menyambut JENAZAH  di KLIA sebagai HAMBA ABDI.. ->KLIK<-


Ada jugak SPESIS BONGOK yang HADIR ke UPACARA tersebut tapi masih mahukan dirinya diLAYAN seperti VVIP? Dia INGAT dia WAKIL Kerajaan LANGIT ke?


Manakala di dalam KELOMPOK UMNO/BN sendiri pun ada juruBLOG yang begitu DUNGU memPERTIKAIkan segala macam UPACARA yang diLAKUkan kerana dalam kepala OTAKnya hanya ada keBURUKkan DS Najib sahaja.. ->KLIK<-


Antara yang menjadi ALASAN mereka untuk memPERTIKAIkan ialah kenapa perlunya pengHORMATan JENAZAH 'KELAS 1' meLIBATkan ISTIADAT TENTERA.. Agaknya mungkin mereka MAHUkan UPACARA yang RINGKAS tetapi BODOH seperti mana MENTERI ini LAKUkan untuk ALLAHYARHAM Mokhtar DAHARI?

KLIK IMEJ UNTUK VIDEO

Dalam SOAL ini, keDUNGUan mereka yang KETARA ialah keGAGALan mereka untuk meLIHAT TRAGEDI MH-17 sebagai MUSIBAH terhadap NEGARA.. TIDAK ada sesiapa pun yang naik PESAWAT MAS untuk diTEMBAK di NEGARA orang.. SIGINIFIKANnya TRAGEDI ini bukan sahaja pasal MAS itu membawa NAMA NEGARA kita.. Ianya SIGNIFIKAN kerana TRAGEDI ini memperLIHATkan bahawa PESAWAT penerbangan AWAM jugak boleh menjadi KORBAN kepada mereka yang berKONFLIK atau berPERANG.. Kalau TIDAK ada pePERANGan, apakah PESAWAT ini akan diTEMBAK begitu aje? (TOLAK kejap TEORI KONSPIRASI)

Inilah MUSIBAH dan keSEDIHan NEGARA yang GAGAL diFAHAMi oleh para DUNGUan yang asyik memPERTIKAIkan ISTIADAT pengHORMATan sedemikian.. Ini seBENARnya MUSIBAH terhadap NEGARA, bukannya terhadap PM DS Najib atau Kerajaan UMNO/BN.. TIDAK SALAH pun untuk menurunkan BENDERA separuh TIANG, berTAFAKUR seMINIT atau pun memBERIkan pengHORMATan 'KELAS 1' kepada JENAZAH tersebut.. Mereka dah pun tiada untuk meRASAinya!


- Mereka yang mengKRITIK ini selain DUNGU, mereka LUPA bahawa RATU Belanda dan JUTAan RAKYAT Belanda jugak turut meLAKUkan ISTIADAT yang SAMA tanpa mengira keWARGANEGARAan sebaik sahaja JENAZAH berjaya diTERBANGkan dari kawasan NAHAS di Ukraine..

- TIDAK ada SALAHnya berTAFAKUR kerana ianya KAEDAH yang WUJUD dalam mana-mana AGAMA pun di DUNIA.. Bagi UMAT ISLAM, TAFAKUR hendaklah diSERTAkan dengan BACAan AL-Fatihah kepada MANGSA seAGAMA.. Bagi AGAMA lain pulak dengan 'RITUAL' masing-masing.. SeMINIT aje pun? Itu pun nak jadik ISU ke?

- Sebenarnya kalau nak diKIRAkan kerajaan dah berSEDERHANA pun dalam mengURUSkan keTIBAan JENAZAH MANGSA MH-17 ini.. TIDAK ada CUTI UMUM pun.. Malah, URUSAN HARIan tetap berJALAN seperti biasa? JENAZAH pulak disemadikan di kawasan PILIHan keluarga masing-masing bukannya di MAKAM PAHLAWAN atau pun di mana-mana MAKAM DiRAJA pun? ISTIADAT pun hanya dalam lingkungan kawasan KLIA sahaja langsung tak meLIBATkan penutupan mana-mana JALAN pun?

- NEGARA kita pernah menghadapi TRAGEDI Tanjung Kupang.. Thailand pernah berKABUNG semasa TSUNAMI TAHUN 2004, begitu jugak dengan GEMPA BUMI di Haiti dan Jepun, TAUFAN di Filipina dan BANYAK lagi.. RAKYAT di NEGARA-NEGARA ini TIDAK ada yang KONDEM pun terhadap USAHA kerajaan mereka?

Jadik mereka yang dok KOMEN memPAMERkan keDUNGUan masing-masing ini jelas ada sesuatu yang TIDAK kena dengan OTAK dan HATI SANUBARI mereka.. TIDAK SALAH pun untuk anda berSAMA-SAMA dengan Kerajaan DS Najib untuk meRASAi keSEDIHan dalam TRAGEDI MH-17 ini.. Anda BERHAK mengKRITIK DS Najib atas perkara-perkara lain tetapi jangan MERAPU dan MEREPEK hinggakan TIDAK ada satu keBAIKkan yang anda NAMPAK.. TUN DR. Mahathir sendiri pun MENEGUR DS Najib dengan HIKMAH.. Mereka ini pulak cuma SYOK sendiri aje?

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

X semua dungu tuan blogger
Yg segelintir x puas hati

Bila Hishamudin kaitkan kes MH17 dan MH370 utk bela sepupunya.. lepas kena tegur dek Tun M

Itu jer... Tp klu tuan blogger setuju.. oklahh
X salah pun..

Anonymous said...

Setuju dgn tuan blogger.. Diorg ni xde hati manusia.

Zachary said...

This wwas lovely to read

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS