
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
BN memang LALAI dan sentiasa LALAI.. Almaklumlah.. apabila mendapat KUASA, mereka ini mudah LALAI dan melupakan siapa yang memberikan mereka KUASA dan siapa yang mengAMANAHkan mereka dengan kuasa tersebut.. Sehingga hari ini terus-terang katalah.. Berapa KERAT aje pemimpin BN yang masih belum sedar yang diorang sebenarnya sudah pun hampir di'PUPUS'kan akibat keLALAIan diorang sendiri..
BN nyaris sekali lagi HILANG kuasa dan diAIBkan semasa jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.. Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi..Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Inilah CONTOHnya bila diberikan AMANAH dan KUASA, diorang boleh berSIKAP main-main atau tidak SERIUS untuk melaksanakannya.. Seharusnya DS Najib patut ambil tindakkan terhadap ahli-ahli Parlimennya yang berSIKAP main-main dan tidak SERIUS menjaga maruah partinya yang semakin hari semakin terHAKIS.. Mentang-mentanglah dapat jadik Ahli Parlimen sepenggal pun dah boleh dapat pencen sampai ke mati..
Kita memang tahu pembangkang akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk mengHANCURkan BN.. Termasuklah soal belanjawan yang sepatutnya menjadi kepentingan RAKYAT, namun atas dasar KEMARUK nak berkuasa, diorang letak dulu kepentingan RAKYAT ke tepi dan jalankan kepentingan diorang terlebih dahulu.. BUKANkah pembangkang dipimpin oleh seseorang yang 'SUKAKAN KEKOTORAN' atau 'SUKAKAN MAIN BENDA-BENDA KOTOR'? Jadik, memanglah mereka akan sentiasa 'MAIN KOTOR' tidak kira di mana atau apa tujuan sekalipun..
Kali ini kita jugak mendapati betapa TIDAK berkesannya Menteri 'HANJENG' tersebut melaksanakan tugasnya di Parlimen.. Dia terBUKTI 'LEMBAB' memberikan 'SISTEM AMARAN AWAL' kepada ahli-ahli Parlimen BN yang lain semasa saat-saat PENTING seperti meluluskan Bajet 2010.. Itulah DOK asyik pertikaikan kerja orang lain sedangkan kerja sendiri tak TERJAGA langsung! Ke dia pun SUBAHAT sama dengan pembangkang, tak tahula kot...
Kita nak TANYA kepada DS Najib dan TS Muhyiddin sendiri tentang kehadiran Ahli-Ahli Parlimen berikut semasa sesi meluluskan Bajet 2010 pada hari Isnin lepas.. Diorang kat BAWAH nih ADA ke TAK masa tuh?
1) Ahli Parlimen Kepala Batas
2) Ahli Parlimen Rembau
3) Ahli Parlimen Kuala Kangsar
Diorang nih bukannya berjawatan Menteri pun.. Jadik takde le alasan KONONnya 'keluar menjalankan TUGAS'.. Malah tidak ada alasan untuk diorang tidak hadir ke Parlimen melainkan semasa sesi meluluskan Bajet 2010atas masalah kesihatan.. Dah tentu penyokong BN pun menuntut KETELUSAN dalam perkara ini..
Wallahualam..



