DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, April 10, 2010

AMARAN lagi? Naik LETIH dah mendengarnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SEDIH dan KELAKAR tengok gelagat Menteri KDN kita.. Kalaulah Menteri KDN kita ini berjawatan pengurusan atasan dalam sebuah syarikat, dah LAMA dah syarikat tersebut GULUNG TIKAR.. Apa taknya kalau dia cuma sekadar mampu beri AMARAN tanpa melakukan tindakkan yang muktamad terhadap sesuatu perkara.. Ada ketikanya AMARAN sahaja tidak cukup terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang BEBAL lagi KHIANAT macam Penasihat PKR.. Malah, sejak dia menjadi Menteri KDN, semua rakyat melihat dia sekadar hanya mampu beri AMARAN.. Lepas tuh sek-sok orang buat LAGI?

Kali ini sekali lagi Menteri KDN kita memberi AMARAN kepada Penasihat PKR behubung dakwaannya KONONnya terdapat ejen perisik Israel di Bukit Aman.. Kali INI ada sedikit TINDAKKAN atau 'ACTION' yang diambil.. Namun, tindakkan yang diambil olehnya INI akan meMAKAN masa dan semasa penyiasatan dijalankan, Penasihat PKR sudah mempunyai CUKUP tempoh MASA untuk memBURUK-BURUKkan KRDEBILITI pihak POLIS negara ini seperti yang didakwanya.. Apabila itu berlaku, adakah Menteri KDN mempunyai masa pulak untuk memulihkan KREDIBILITI pihak POLIS?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Kita TAHU Penasihat PKR memang cukup berDENDAM dengan POLIS terutamanya dengan TS Musa Hassan kerana penglibatannya dalam KES menJUBOR yang pertama.. Begitu jugak dengan para SEKUTU Penasihat PKR terutamanya puak-puak RACIST yang sering diKAITkan dengan kegiatan KONGSI gelap dan anti Melayu atau anti Islam.. Mereka sering mencari peluang untuk memBURUK-burukkan POLIS dari semasa ke semasa.. Namun, tindak-tanduk Menteri KDN yang hanya mampu bagi AMARAN kemudian buat siasatan ala kadar aje dilihat langsung tak membantu pihak POLIS dalam hal ini..

BAIKlah, jika terBUKTI dakwaan Penasihat PKR kali ini tidak benar, APAKAH bentuk tindakkan TEGAS yang akan diambil oleh KDN? Atau pernahkah ADA tindakkan TEGAS yang diambil oleh Menteri KDN selain meminta pihak berkenaan memohon MAAF atau menDIAMkan aje perkara INI? Sebelum ini apabila laporan SALAH sebuah akhbar Cina berhubung dengan perletakkan jawatan KPN pun hanya 'SETTLE' dengan permohonan MAAF, apakah tidak mustahil TUDUHAN seberat INI terhadap POLIS pun boleh 'SETTLE' sedemikian rupa? Kesianlah sedikit dengan POLIS yang sering di'KAMBING HITAM'kan oleh agenda POLITIK mereka ini..

Berhubung dengan dakwaan Penasihat PKR KONONnya terdapat ejen perisik Israel di Bukit Aman, terdapat banyak perkara yang BOLEH dibangkitkan oleh Menteri KDN tanpa mengambil MASA atau memBUANG masa untuk meminta pihak ketiga melakukan siasatan.. Antaranya:-

1) Menteri KDN boleh sahaja mencabar Penasihat PKR meNAMAkan sahaja individu yang KONONnya menjadi ejen perisik Israel di Bukit Aman?

2) Menteri KDN boleh ambil TINDAKKAN terhadap Penasihat PKR di bawah Akta Rahsia Rasmi atau akta-akta yang sepatutnya kerana menDEDAHkan dokumen yang sepatutnya SULIT untuk tujuan POLITIKnya..

3) Menteri KDN juga boleh meminta subkontraktor projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM membuat penjelasan tentang DAKWAAN Penasihat PKR tersebut..

Namun, oleh kerana Menteri KDN nih jugak orang POLITIK, dan sebagai orang POLITIK selalunya mereka suka melengah-lengahkan MASA, maka lambatlah bertindak..

INIlah DAJALnya orang POLITIK kita.. Mereka BEBAS membuat TUDUHAN sesuka hati terhadap mana-mana pihak dalam Parlimen.. Namun, apabila minta diBUKTIkan, semuanya pakat buat TAK TAHU atau sekadar diberi AMARAN aje.. Dengan KATA lain, keBEBASan mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen disalah-gunakan untuk memburuk-burukkan mana-mana PIHAK yang mereka tidak suka seperti POLIS, SPRM, pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi.. Tujuan mereka bukan mahu memperbaiki MUTU perkhidmatan pihak-pihak ini tetapi TIDAK lebih sekadar mencari kepentingan MODAL POLITIK sendiri.. Macam le mereka tu BAGUS sangat?

Kalau DULU semasa mengetuai Pemuda UMNO, Menteri KDN ini telah membuka RUANG seluas-luasnya kepada PESALAH POLITIK WANG untuk dia melakukan agenda JAHATnya dalam parti hingga berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan CARA yang tidak berETIKA.. Kali ini dengan jawatan sebagai Menteri KDN, sekali lagi dia membuka RUANG untuk pihak-pihak tertentu memburuk-burukkan pihak berkuasa dengan hanya sekadar diberikan AMARAN sahaja.. KeTEGASan yang sepatutnya diWARISI daripada datuknya yang mengasaskan UMNO dan bapanya yang menjadi PM ke-3 tidak kelihatan padanya.. Aduhai... Asyik-asyik AMARAN aje..............

Wallahualam..

Thursday, April 08, 2010

Penasihat PKR dan penghantar PASSPORTnya mainkan isu APCO, lenyap terus isu KES menJUBOR dan penDEDAHan 16 September..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

MP BN di Parlimen ternyata kurang BIJAK, mudah diperdayakan dan mementingkan DIRI sendiri.. INI kerana kita NAMPAK mereka langsung tidak SEDAR bagaimana mereka diperKOTAK-KATIKkan oleh PR hinggakan isu yang REMEH diperBESARkan dan diberikan PUBLISTI.. Adakah memang ini sebenarnya KUALITI ahli parlimen BN? Adakah mereka langsung tak MAMPU 'menyerang' pembangkang atau PR di Parlimen sebaliknya mereka merelakan diri sendiri dijadikan 'PUNCHING BAG'? MP BN di parlimen boleh diUMPAMAkan macam sekumpulan biri-biri yang jadi KELAM-kabut hanya kerana terlihat seekor anak SERIGALA yg masih kecil..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Kita katakan sebegini kerana MP BN hanya menurut dan mengikut sahaja rentak PR dalam memBAHASkan sesuatu isu di Parlimen.. Cuba anda teliti isu APCO.. Adakah isu APCO itu dibangkitkan kerana ingin menjaga kepentingan RAKYAT atau sekadar TAKTIK pihak PR untuk mengalihkan isu lain yang 'MENAKUTKAN' mereka? Sedar atau TIDAK, isu APCO dibangkitkan hanya untuk menakut-nakutkan MP BN kononnya MP BN bersekongkol dengan Israel atau Yahudi sedangkan RAKYAT semua MAKLUM bahawa orang yang membangkitkan isu APCO ini sendiri iaitu Penasihat PKR jelas bersekongkol dengan Israel atau Yahudi di US?

-> Bukankah dia yang berKAWAN dengan PEMBUNUH rakyat Iraq iaitu Paul Wolfowitz dan ramai lagi di dalam Yayasan Future Foundation?

-> Bukankah KONCO-KONCO dia yang bertemu dengan Soros untuk mendapat pemBIAYAan bagi partinya?

-> Bukankah akhbar utama Israel The Jerusalem Post pernah menamakan dia sebagai PM baru Malaysia dalam akhbarnya?

-> Bukankah APCO sendiri sudah 2 kali membuat kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan kerajaan Malaysia?

Namun semua FAKTA-fakta di atas seolah 'HILANG' akibat telatah MP BN sendiri yang GAGAL memanipulasikannya.. Malah, MP BN merasa SELESA mungkin kerana Menteri jaga Parlimen 'The HATCHET Man'telah memberikan JANJI MANISnya untuk menghadapkan ke kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d3f0fc71-7f000010-1d956ad0-fff93f79

Namun itu langsung TIDAK menyekat Penasihat PKR dan konco-konconya di Parlimen untuk terus menggunakan ISU ini bagi mengaburi mata RAKYAT.. Malah, isu APCO ini telah berjaya meLENYAPkan terus tentang isu KES 'menJUBOR'nya dan isu pendedahan 16 September yang HANGAT diperkatakan sebelum ini.. Akhirnya isu-isu HANGAT yang dibawa oleh MP BEBAS tadi jadi hambar diSEBABkan keBODOHan MP BN sendiri yang GAGAL meMANIPULASIkannya dan ralit dok LAYAN kelentong Penasihat PKR dan konco-koncnya..

Ada lagi satu PERKARA yang MP BN lupa berhubung isu APCO ini..

Sebelum INI MP BN dari Rembau, si PESALAH POLITIK WANG turut sama memBAHASkan isu APCO ini dengan menDAKWA Penasihat PKR turut bersekongkol dengan APCO dan mempunyai hubungan dengannya.. Dakwaannya ini diBALAS oleh Penasihat PKR dengan mengatakan bahawa PESALAH POLITIK WANG turut bersubahat dengan APCO melalui penglibatan rakannya dalam Ethos Consultant yang mengaturkan satu 'government agreements' dengan Setiausaha Akhbar PM sendiri..

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/162687-anwar-apco-pact-witnessed-by-pms-aide.html

Jika anda TELITI, ini merupakan satu SKRIP terancang yang telah diATUR dan direncanakan sebegitu BAIK sekali untuk memperdayakan Perdana Menteri dan kepimpinannya.. Selebihnya SILAlah fikir sendiri..

-> Kita TAHU hubungan Israel dan Yahudi dengan Penasihat PKR..

-> Kita TAHU hubungan PESALAH POLITIK WANG dengan Ethos Consultant..

-> Kita TAHU perkaitan Ethos Consultant dengan Kerajaan Malaysia bawah PM ke-5..

-> Kita TAHU dan AMAT TAHU hubungan Penasihat PKR dengan PESALAH POLITIK WANG melalui penghantaran PASSPORTnya..


Yang mungkin TIDAK TAHU atau TAK NAK AMBIK TAHU ialah PM kita dan barisan kepimpinannya serta MP-MP BN/UMNO.. Mungkin mereka berasa SELESA dengan segala bentuk PUJIAN, SLOGAN dan BODEKkan.. Senang CERITAlah -> KALAU ORANG TU SEBELUM INI BOLEH MEMPERDAYAKAN PAK MERTUANYA, APAKAH DIA TAK BOLEH PULAK MEMPERDAYAKAN PM YANG LANGSUNG TAK ADA HUBUNGAN DENGANNYA?

Wallahualam..

Monday, April 05, 2010

Survey Merdeka Centre - hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan PERKASA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun masih BARU, ternyata PERKASA berjaya memainkan peranan hingga menarik perhatian orang Melayu.. Meskipun berhadapan dengan KECAMAN bukan sahaja daripada puak-puak 'RACIST' di negara ini, PERKASA jugak sering disabotaj oleh pemimpin-pemimpin POLITIK Melayu samada dari PAS, PKR dan UMNO sendiri.. Cabaran yang dihadapi PERKASA bukannya kecil walaupun pertubuhan ini hanyalah sebuah NGO.. Kalau NGO biasa, dah LAMA dah LINGKUP akibat tekanan seperti yang dimaksudkan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0404&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre, hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu.. Dengan KATA lain, kepentingan orang Melayu yang diperTAHANkan oleh PERKASA mendapat sokongan orang Melayu sendiri.. Oleh itu, seharusnya PERKASA bertekad untuk terus memperTAHANkan kepentingan Melayu daripada ancaman puak-puak 'RACIST' dan sabotaj oleh parti-parti POLITIK Melayu sendiri..

Menurut tinjauan Merdeka Centre lagi, sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO sendiri.. Kita PERCAYA sokongan daripada ahli-ahli UMNO ini adalah IKHLAS kerana PERKASA hanyalah sebuah NGO dan adalah mustahil jika ada ahli-ahli UMNO menyokong PERKASA kerana inginkan PROJEK, KONTRAK atau PANGKAT.. Ye la.. Apalah yang ada pada sebuah NGO? NGO bukannya ada KUASA pun macam parti-parti POLITIK seperti UMNO, PAS atau PKR..

Pengaruh yang dimilikki oleh PERKASA dikalangan orang Melayu seharusnya dijaga.. PERKASA harus mengelakkan diri daripada sebarang agenda peribadi atau LALAI daripada objektif perjuangan mereka.. Cukuplah UMNO yang mengecewakan orang Melayu semenjak PM ke-5 mengambil-alih.. Biarkanlah UMNO tenggelam timbul AKIBAT menyimpan orang-orang tertentu yang mementingkan agenda PERIBADI mereka Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG dan 'The HATCHET Man' yang ALERGIK dengan perkataan 'MELAYU'.. Ahli-ahli PERKASA seharusnya SEDAR bahawa jika musnah PERKASA, maka musnahlah Melayu secara TOTAL..

Demi memastikan perjuangan PERKASA seiringi dengan perkembangan semasa, seharusnya PERKASA turut sama melatih dan mendidik generasi muda agar sayangkan bangsa, agama dan negara.. Generasi MUDA Melayu seharusnya dididik agar tidak terlampau LEKA dengan hiburan atau gejala SOSIAL yang sengaja dipupuk secara 'HALUS' menerusi agenda tersembunyi melalui parti-parti POLITIK tertentu.. Bukan RAHSIA lagi ada pihak LUAR yang bersekongkol dengan ahli-ahli POLITIK tertentu cuba meMUSNAHkan generasi muda Melayu dengan HIBURAN secara melampau hingga mencetuskan gejala SOSIAL.. Kalau TAK, takkanlah semua benda yang dilakukan kena ada acara KONSERT?

Dulu-dulu, Melayu akan berdiri TEGUH dan berpencak SILAT jika ada pihak cuba mempersoalkan kepentingan mereka di bumi ini.. Sekarang ini, bukan takat puak-puak 'RACIST' dalam DAP, Gerakan, MIC, HINDRAF dan MCA aje, ada jugak golongan Melayu makan 'CHEESE' dalam UMNO dan PKR yang sanggup memperlekehkan orang Melayu sendiri! PAS pulak masih sibuk dengan agenda 'mengHALALkan apa yang HARAM dan mengHARAMkan apa yang HALAL' demi kepentingan POLITIK sempit mereka.. Kita lihat ada keKOSONGan yang seharusnya diisi oleh PERKASA untuk memartabatkan bangsa Melayu.. Oleh itu seharusnya pendekatan PERKASA harus seiring dengan perkembangan semasa dan dapat menyesuaikan diri dengan selera generasi muda Melayu..

Melayu seharusnya SEDAR bahawa mereka tidak ada negara LAIN, agama LAIN di dunia ini.. Melayu boleh hidup merempat, berkelana di negeri orang namun jangan sesekali jual IDENTITI dan jual MARUAH.. TIDAK ada salahnya memperTAHANkan bangsa sendiri dalam negara Malaysia yang MAJMUK ini.. Sedangkan kaum lain ada SUQIU, Dong Jiao Zhong atau HINDRAF, kenapa pulak Melayu tidak boleh ada PERKASA?

Wallahualam..

Saturday, April 03, 2010

Potensi BN untuk KALAH di Hulu Selangor semakin jelas jika terus melayan TUNTUTAN pihak yang pernah KALAH..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya BN mungkin akan mengulangi keSILAPan pilihanraya LALU yang menyaksikan keKALAHan mereka sebelum ini.. BN langsung tak belajar daripada keSILAPan malah BN sudah menganggap mereka berada dalam ZON SELESA sejak kemenangan di DUN Bagan Pinang lalu.. Itulah yang boleh kita katakan apabila melihat tingkah-laku beberapa pemimpin BN sendiri bagi menghadapi PRK Hulu Selangor kali ini.. Nampak sangat para pemimpin BN saling tak 'COVER LINE' sesama sendiri kali ini..

Kita TIDAK tahu setakat mana BAGUSnya strategi BN, tapi kita kena INGAT bahawa BN sudah KALAH 7 PRK, takut nak bertanding di DUN Penanti dan KALAH secara BODOH di DUN Permatang Pasir dan Parlimen Kuala Terengganu.. Seharusnya keKALAHan BN di DUN Permatang Pasir dan Kuala Terengganu menjadi pengajaran yang amat berguna kepada BN.. Ini kerana keKALAHan BN sebab salah pilih CALON.. Namun, kena ingat jugak bahawa pengajaran itu akan menjadi BERGUNA jika orang itu mahu BELAJAR.. Kalau dah jenis BONGOK dan SYOK sendiri, nak kata macam mana lagi?

Antara keSILAPan BN yang paling ketara ialah GAGAL mengawal tingkah-laku sesama parti KOMPONENnya setiap kali menghadapi pilihanraya KECIL.. Jelas parti-parti komponen BN terutamanya yang berPUSAT di Semenanjung akan berCAKARan sesama sendiri dalam SOAL menentukan calon.. Yang meMALUkan tu pulak, mereka langsung tidak SEGAN menggunakan MEDIA untuk tujuan MELOBI agar wakil parti masing-masing dicalonkan sebelum mendapat persetujuan pengerusi BN sendiri.. Nak CONTOH? Cuba anda baca sendiri kat bawah nih..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_befbfd5e-7f000010-1d956ad0-d9c1cb83

INI yang membuatkan RAKYAT dan pengundi MELUAT apabila melihat tingkah-laku pemimpin sebegini.. Dah jadik YB 4 penggal, dah KALAH dan jelas diTOLAK dek kaum dia sendiri pun ada HATI nak MELOBI lagi? Kalau keadaan macam nih berterusan, bukan takat KAUM dia sendiri aje yang naik MELUAT, kaum lain seperti Melayu dan Cina di Hulu Selangor pun mungkin rasa MUAL nak undi BN! DUN Bagan Pinang dulu kalau bukan sebab calon Melayu dan UNDI POS, maunye LINGKUP jugak..

Dalam KONTEKS BN, nampak sangat UMNO terpaksa TUNDUK kepada tekanan parti komponen bukan Melayu walaupun mereka bertanding di kawasan MAJORITI Melayu.. Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang terang-terang akan meletakkan calon Melayu di Hulu Selangor pada KALI ini.. Yang PELIKnya, kita tak pulak mendengar DAP membantah seperti mana MIC membantah kalau UMNO jadik calon di Hulu Selangor? Adakah MIC merasakan kaum India di sana yang cuma membentuk sekitar 19% pengundi akan beri sokongan 100% kepada calon mereka??

SOAL ini sebenarnya sangat RUMIT.. Jika MIC mampu memperolehi sokongan 100% kaum India sekalipun, peluang untuk MENANG di Parlimen Hulu Selangor tetap dalam NISBAH 40:60 sahaja.. Nampak jelas jika calon Melayu PKR melawan MIC, peratusan pengundi Melayu akan terbahagi dua.. DAP pulak pasti akan berKEMPEN habis-habisan untuk merebut sokongan pengundi bukan Melayu bagi memenangkan calon PKR tersebut.. Kalau nak dibandingkan antara DAP dengan MIC, budak sekolah pun TAHU pengundi bukan Melayu akan ikut cakap siapa..

CALON yang BARU walaupun bukan Melayu mungkin akan memberikan kemenangan dalam skala kecil jika BN berkempen bermati-matian.. SOALnya, adakah MIC akan menonjolkan calon sedemikian sedangkan KETIKA ini pun nampak jelas mereka bukan main GILA dok MELOBI orang yang dah pernah KALAH? MALANG jugak jika UMNO meletakkan calon mereka.. Jika kita merujuk kepada kenyataan bekas MB Selangor yang menjadi penyebab Selangor terlepas kepada PR, UMNO pun tak ada calon yang sesuai dan mungkin akan berlaku SABOTAJ sesama sendiri walaupun calon UMNO mempunyai lebih PELUANG untuk menang berbanding calon MIC..

http://www.klpos.com/news/2010/04/02/5.html

Alasan bahawa calon MIC sebelum ini cuma KALAH 198 undi tidak patut dijadikan SANDARAN.. PKR sebenarnya berjaya mengurangkan undi BN sebanyak berbelas ribu undi pada PRU tahun 2008 di Hulu Selangor yang sebelum ini dikatakan KUBU KUAT BN.. Kita TAK tahu kenapa bekas MB Selangor turut sama MELOBI calon yang mempunyai POTENSI besar untuk KALAH, namun mungkin dia nak melakukan 'COME BACK' setelah BN terlepas negeri Selangor.. Untuk itu mungkin dia tak mahukan SAINGAN sesama UMNO kot?

Inilah masalahnya apabila BN dilihat GAGAL mengawal tingkah-laku parti-parti KOMPONEN yang saling berebut untuk jadik calon pilihanraya.. BN masih membiarkan parti-parti komponennya meletakkan calon yang dah diTOLAK rakyat dengan alasan KONONnya kawasan yang ditandingi adalah KAWASAN TRADISI milik parti mereka.. Macam la itu PUSAKA MAK BAPAK diorang agaknya.. Sedangkan pengundi inilah yang menentukan nasib mereka? Seharusnya BN meWUJUDkan peraturan agar parti-parti KOMPONEN tidak merebut kawasan pilihanraya sesama sendiri dan beralah dalam pengagihan KERUSI terutamanya jika ada parti KOMPONEN yang bermasalah atau kekurangan SOKONGAN..

Laluan BN lebih SUKAR kerana Penasihat PKR yang pandai berMUKA-MUKA tidak perlu terikat dengan KES 'menJUBOR'nya di mahkamah ketika ini.. Sudah pasti dia tak ada HALANGAN untuk berKEMPEN sepenuh masa dan menggunakan KEMPEN pilihanraya sebagai medan untuk dia 'memBERSIH'kan dirinya dan meraih SIMPATI.. Dengan sikap berMUKA-MUKA yang dia telah praktikkan sejak dalam UMNO lagi, dah tentu ini akan menjadi halangan untuk BN meraih sokongan.. AlMAKLUMlah, Penasihat PKR ni pun 'PRODUK GAGAL' daripada UMNO jugak! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Friday, April 02, 2010

BERANI tak 'The HATCHET Man' memanggil TS Muhyiddin sebagai RASIS kerana mengatakan "Saya tetap Melayu dahulu"?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KITA tidak TAHU setakat mana PRESTASI atau tahap 'KECERDIKKAN' menteri-menteri kabinet 1 MALAYSIA ini dipantau oleh DS Najib.. Namun, kebelakangan INI bukan sesuatu yang JANGGAL jika kita dapati banyak pandangan UMUM rakyat mengatakan ramai menteri-menteri dalam kabinet 1 MALAYSIA ini lebih BODOH kalau dibandingkan dengan RAKYAT di luar sana yang memberikan mereka ini UNDI semasa pilihanraya seterusnya dilantik ke kabinet.. Adakah DS Najib sebagai Perdana Menteri SEDAR akan perkara INI?

Rakyat menilai tahap 'KECERDIKKAN' seseorang menteri melalui kenyataan mereka yang disiarkan menerusi MEDIA.. Oleh itu, tidaklah mustahil jika ada seorang dua menteri BAHLOL yang sentiasa beranggapan mereka lebih 'ISTIMEWA' berbanding rakyat marhaen lain lalu menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah cuba memperBODOHkan rakyat.. Kalau perbuatan sedemikian dianggap sebagai HAK EKSLUSIF mereka sebagai menteri, tak TAHUlah.. TETAPI, nak jadik menteri bukanlah kena ambil 'EXAM' pun.. Orang GILA sekalipun kalau pandai bercakap boleh jadik menteri..

Apabila seorang menteri kabinet 1 MALAYSIA yang pernah dipanggil sebagai 'The HATCHET Man' oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan mengatakan sebuah pertubuhan NGO Melayu bernama PERKASA sebagai oportunis? Kenyataan 'The HATCHET Man' ini merujuk kepada permintaan PERKASA agar pembentukan Suruhanjaya Peluang Seimbang Peluang(EOC) dalam Model Ekonomi Baru (MEB) TIDAK bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.. 'The HATCHET Man' mengatakan:-

"Bagaimana ia boleh menjadi seimbang apabila DEB mengatakan bahawa hak Bumiputera hanya 30 peratus?

“Jadi 70 peratus adalah untuk bukan Bumiputera tetapi mengapa anda tidak membuat bising.

“Jika anda mahu terlalu berkira, maka DEB seharusnya sudah dimansuhkan kerana ia hanya memberikan 30 peratus kepada Bumiputera dan 70 peratus kepada bukan Bumiputera,"


http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=1418

Di SINI sahaja kita dah NAMPAK keBODOHannya apabila membuat kenyataan..

DEB tidak pernah mengatakan bahawa hak Bumiputera hanya 30 peratus.. Nilai 30 peratus hanyalah OBJEKTIF atau SASARAN yang perlu dicapai oleh Bumiputera untuk mencapai matlamat DEB, bukannya 30 peratus itu adalah NILAI TETAP atau 'FIX VALUE' yang tidak boleh diubah sama sekali..

Malah, sebenarnya 30 peratus itu boleh dikatakan nilai MINIMUM pencapaian yang ditetapkan untuk Bumiputera dalam DEB.. Namun, oleh kerana banyak pengKHIANATan terhadap bangsa sendiri terutamanya apabila melibatkan peruntukan CONTOHnya seperti pemberian PERMIT TEKSI dan sebagainya yang di'SUB-CONTRACT' kepada orang lain, maka OBJEKTIF DEB tidak pernah tercapai.. Itulah masalah sebenar DEB apabila orang yang diAMANAHkan untuk menjayakannya TIDAK melakukan tugas sebaliknya 'MENGKHIANATI' dah tu pandai pulak 'ANGIN' bila ada pihak cuba memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera?

Ini bukan pertama KALI 'The HATCHET Man' mengeluarkan kenyataan BODOH bersifat BENCIkan bangsa sendiri.. Sebelum INI kenyataan BODOH yang sama pernah dikeluarkan apabila dia meLABELkan Tun Dr. Mahathir sebagai RASIS hanya kerana Tun memperTAHANkan modul LATIHAN dalam Biro Tatanegara..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7075b217-7f000010-111c3670-55490863

Nampak macam dia ALERGIK dengan mana-mana pihak yang mempertahankan bangsa Melayu..

BAIKlah, kalau dia ALERGIK sangat dengan Melayu, cubalah dia katakan bahawa Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin sebagai RASIS atau OPORTUNIS apabila TS Muhyiddn membuat kenyataan "Saya tetap Melayu dahulu," kerana dicabar oleh 'Ketua KAUM RASIS' yang mahukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya gagal membuktikan beliau berpendirian "Malaysia dahulu, barulah Melayu" (Malaysian first, Malay second)..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

JADIK kita mintaklah 'The HATCHET Man' mengatakan TS Muhyiddin sebagai RASIS kerana pengakuannya di atas.. Ada BERANI?

Kita jugak mahukan dia mengusulkan perkataan 'MELAYU' atau 'MALAY' digugurkan daripada 'Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu' atau 'United 'MALAY' Nation Organisation' semasa Perhimpunan Agung UMNO kelak.. Ada BERANI?

DS Najib seharusnya SEDAR bahawa rakyat dan PENGUNDIlah yang menjaga KPI para menteri kabinet 1 MALAYSIAnya..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS