DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, August 28, 2009

MCA sanggup pecat Timbalan Presiden mereka, UMNO pulak bila nak HUKUM Ketua Pemudanya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun sudah 2 tahun berlalu, nampaknya isu video seks bekas Timbalan Presiden MCA, DS Chua Soi Lek masih menghantui kepimpinan MCA.. Malah, walaupun isu tersebut lebih dilihat daripada masala moral dan peribadi DS Chua sendiri tanpa melibatkan langsung MCA, namun hari ini kita melihat pulak beliau masih lagi diHUKUM hingga membawa kepada pemecatannya sedangkan beliau boleh dikira masih belum pun memanaskan kerusi Timbalan Presiden MCA yang dimenanginya.. Dari satu segi, kita mengakui bahawa pemimpin yang ada kesalahan moral tidak patut memimpin parti.. Namun, sepatutnya tindakkan tersebut dilakukan oleh MCA lebih awal, bukannya pada ketika ini..

Itu kisah Timbalan Presiden MCA.. Bagaimana pulak dengan UMNO? Lupakah orang-orang UMNO terutamanya Pemuda UMNO bahawa mereka telah memilih pesalah POLITIK WANG sebagai Ketua Pemudanya? Lupakah mereka di dalam UMNO bahawa kesalahan tersebut diputuskan sendiri oleh Lembaga Disiplin UMNO? Namun, sehingga hari ini kita masih hairan kenapa tidak ada sebarang HUKUMAN dikenakan kepadanya.. Malah, kita hairan kenapa dalam UMNO ini walaupun Lembaga Disiplin Parti sendiri telah memutuskan berlakunya perlanggaran undang-undang, namun tidak ada HUKUMAN yang dikenakan? Sedangkan dalam Islam pun setiap kesalahan pasti ada HUKUMANnya?

Inilah yang memBEZAkan UMNO dengan rakan baiknya MCA pada ketika ini.. HUKUMAN berpilih yang dilaksanakan oleh UMNO ternyata menyebabkan berlakunya hakisan sokongan daripada penyokong dan pengundi parti mereka sendiri.. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keKALAHan UMNO dalam setiap kali pilihanraya semuanya berpunca daripada sikap pucuk pimpinan UMNO sendiri yang suka melaksanakan HUKUMAN berpilih.. Malah kesalahan POLITIK WANG ini adalah kesalahan yang dilakukan semasa pemilihan parti UMNO sendiri, bukannya kesalahan yang dilakukan oleh individu terlibat dalam bilik hotel atau mana-mana premis yang takde kaitan dengan parti?

DS Najib pulak dilaporkan menasihati MCA agar memastikan keputusan pemecatan yang diambil oleh MCA terhadap Timbalan Presiden mereka tidak menjejaskan perpaduan BN.. LUCU sungguh! Kenapa tak nampak perkara yang sama dalam UMNO sendiri? Kenapa padang sebelah mata terhadap KEPINCANGAN yang berlaku dalam UMNO sendiri? Kenapa sibuk dok bising pasal parti orang lain sedangkan UMNO sendiri tak kurang HEBATnya dengan masalah mereka sendiri yang membuatkan rakyat JIJIK dengan parti ini?

TAK USAHLAH KEPIMPINAN UMNO SIBUK NAK MENGAMBIL TAHU APA YANG BERLAKU DALAM PARTI ORANG LAIN, SEBALIKNYA MEREKA HARUS MELIHAT APA YANG 'KOTOR' DALAM PARTI MEREKA SENDIRI!!

Wallahualam..

Thursday, August 27, 2009

UMNO takde isu setiap kali berkempen pilihanraya - bab PROMOSI diri sendiri hebat le!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pendek sahaja kali ini.. Almaklumlah, bulan PUASA.. Tak boleh nak KRITIK yang pedih-pedih, nanti kurang PAHALA pulak kepada mereka yang NAIK ANGIN bila membacanya.. HE!HE!HE!

Alkisahnya, dirasakan sepatutnya pucuk pimpinan tertinggi UMNO patut meWUJUDkan satu bentuk ETIKA atau format untuk berkempen semasa setiap kali pilihanraya.. Ini kerana sebahagian besar pemimpin 'HEAVY WEIGHT' UMNO sendiri didapati tidak berkempen menurut kehendak pengundi setempat sebaliknya lebih suka cuba membangkitkan isu berbentuk NOSTALGIA seperti isu pembangunan, nak jadikan sesuatu kawasan sebagai ANAK EMAS dan lain-lain lagi isu yang takde kaitan pun dengan pengundi setempat..

Yang memalukan tuh, seolah-olah isu yang dibawa oleh para pemimpin 'HEAVY WEIGHT' UMNO yang turun berkempen lebih kepada bermotifkan untuk mempromosi diri sendiri dan bukannya untuk tujuan memenangkan calon.. TS Muhyiddin dengan isu 'ANAK EMAS'nya, Ketua Pemuda UMNO pesalah politik wang dengan isu 'PENGUNDI HANTU' dan Ketua Penerangan UMNO dengan kepala otak 'BLANK' takde isunya.. Ketidakseragaman ini hanya menyusahkan peraih-peraih undi UMNO yang bertungkus-lumus berkempen dari rumah ke rumah untuk memenangkan calon UMNO.. Almaklumlah, mereka cuba meraih undi dengan isu setempat tetapi para pemimpin 'HEAVYWEIGHT'nya pulak sibuk dok MERAPU dengan isu-isu yang direka sendiri!

Kesepakatan yang tidak wujud ini lah memudahkan pihak lawan menyerang dan memperbudak-budakkan peraih undi UMNO yang berkempen dari rumah ke rumah.. Pemimpin 'HEAVY WEIGHT' UMNO seperti TS Muhyiddin dan DS Najib sendiri seharusnya sedar bahawa isu-isu yang mereka cuba bangkitkan mudah sahaja dipatahkan dengan semudah petik jari oleh Penasihat PKR.. Ye la.. Bukankah dia rakan baik mereka berdua semasa dalam 'TEAM WAWASAN'? Tambahan pulak, lupakah bahawa Tun Dr. Mahathir dahulu pernah mengingatkan bahawa AKTIVITI kegemaran bekas timbalannya ini selain daripada 'MAIN BELAKANG' adalah mengumpul fail-fail 'SULIT' para pemimpin kerajaan?

Itu pun tak tau ke? BENAK SANGAT SAMPAI NAK KENA AJAR?

Wallahaualam..

Saturday, August 22, 2009

DUN Permatang Pasir - UMNO ni nak bertanding untuk menang ke tak nak ni?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tinggal beberapa hari lagi untuk mengundi, nampaknya KEMPEN UMNO untuk calonnya Rohaizat Othman masih lagi boleh dikatakan HAMBAR dan LEMAU.. Ditambah lagi apabila memasukki bulan puasa, dijangkakan suasana HAMBAR dan LEMAU masih menyelubungi jurukempen UMNO pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kali ini.. Mungkin setelah penat kerja keras di DUN Manek Urai, UMNO kelihatan agak LETIH untuk berhadapan dengan PAS di Permatang Pasir?

Sebenarnya, sudah dua kali pilihanraya kecil berlangsung di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum ke-12 (PRU-12).. Yang UNIKnya, kesemua pilihanraya kecil tersebut berlangsung dalam satu kawasan yang sama iaitu Parlimen Permatang Pauh yang mengandungi DUN Penanti dan DUN Permatang Pasir kali ini.. Parlimen Permatang Pauh, UMNO kalah TERUK kerana majoriti yang diperolehi oleh Penasihat PKR meningkat.. Manakala bagi DUN Penanti pula, UMNO tidak bertanding atas alasannya sendiri.. Kesannya PKR menang mudah walaupun lebih separuh pengundi tidak kelaur mengundi.. Bagaimana pulak dengan DUN Permatang Pasir kali ini?

Seolah-olah UMNO tidak ada isu lain untuk dibawa selain daripada isu pembangunan atau nak tanya jalan mana nak ditar dan parit mana yang tersumbat? Malah, UMNO dilihat tidak begitu bersemangat untuk mendedahkan kelemahan lawan mereka dan juga kelemahan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP di Pulau Pinang.. Isu yang dibawa oleh UMNO adalah isu luar yang takde kaitan pun dengan negeri Pulau Pinang seperti isu MB Kelantan mengkelaskan Islam UMNO dan jugak kali ini menyaksikan pulak Ketua Pemuda UMNO cuba menjuarai isu PENGUNDI HANTU!

Kita memang tahu kalau bab memburukkan lawan, calon mana-mana parti dari Pakatan Rakyat memang AGRESIF.. Untuk mengatasinya, calon-calon UMNO seharusnya bermati-matian cuba memberi penjelasan dan pada masa yang sama, cuba menyerang kembali pihak lawan dengan mendedahkan kelemahan mereka.. Namun, perkara tersebut dilihat tidak berlaku di DUN Permatang Pasir.. Malah, tak keterlaluan kalau dikatakan semasa pilihanraya kecil DUN Penanti, calon bebas Aminah Abdullah dilihat jauh lebih bekerja keras walaupun tanpa sumber yang mencukupi berbanding dengan jurukempen dan jentera UMNO pada piliharaya kecil DUN Permatang Pasir kali ini..

Ini yang dikatakan, UMNO ni nak bertanding untuk menang ke atau sekadar nak cukupkan syarat disamping nak tunjukkan UMNO nih banyak duit, boleh bertanding pilihanraya bila-bila masa? Kalau semangat bertanding sekadar nak melepaskan batuk ditangga, lebih baik tak usah bertanding! Kalau UMNO merasakan pemilihan agung UMNO lebih penting berbanding dengan bertanding pilihanraya kecil untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, kami sebagai rakyat akan 'MENUNAIKAN' hasrat UMNO tersebut pada pilihanraya umum nanti!

Nampaknya TS Muhyiddin pun turun ala kadar aje berkempen di Permatang Pasir.. DS Najib dengar cerita pergi bercuti ke luar negara.. Tun Dr. Mahathir pernah menawarkan diri untuk turut sama berkempen, namun senyap-sunyi aje tawaran tersebut dipihak UMNO? Bagaimana pulak dengan Tun Abdullah? TIDO lagi ke? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Monday, August 17, 2009

Ketua Pemuda UMNO dah takde kerja, jadi 'BOMOH' pengundi hantu pulak dah!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!

Sungguh LUCU rasa dihati apabila membaca petikan berita dari AGENDA DAILY yang mengisahkan tentang usaha Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hendak mengumpulkan BUKTI tentang pengundi hantu yang dibawa oleh pihak lawan di DUN Permatang Pasir- PAKATAN RAKYAT tentunya.. Ini mengingatkan kita tentang tuduhan yang sama pernah dilemparkan oleh PAS kepada BN semasa pilihanraya DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan jugak semasa pilihanraya UMUM lalu.. Nampaknya Ketua Pemuda BN nih tak habis-habis suka buat KEJE BODO! KAH!KAH!KAH!

Pemuda BN masih kumpul bukti pengundi hantu dibawa parti lawan

Pengundi Hantu atau Pengundi Setinggan...Isu inilah yang mahu diselesaikan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Ketika ini, pergerakan itu dalam peringkat akhir kajian dan kumpul bukti kewujudan pengundi hantu atau oengundi setinggan yang dipindah pembangkang ke kawasan pilihan raya kecil itu.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau sudah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Pemuda pada Ahad.

“Kita lihat peningkatan mendadak pendaftaran pengundi baru di Permatang Pasir sejak pilihan raya umum lepas selain banyak kepincangan dalam senarai pemilih daripada SPR (Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia),” katanya
.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas isu pengundi hantu yang mula jadi perbualan di kalangan jentera BN sejak seminggu lalu.

Ini kerana ada beberapa buah rumah dikesan pengundi berdaftarnya terlalu ramai dan ada kes lain pula membabitkan rumah di kawasan Cina tetapi pengundinya orang Melayu.

“Kita akan buat sedikit lagi kajian tentang fenomena pengundi hantu atau setinggan yang diwujudkan oleh pembangkang di sini dan saya akan maklumkan perkara ini sedikit masa lagi,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya isu berkenaan berkata, Pemuda BN akan kumpul bukti dan BN sedia bantu SPR menyiasat perkara itu.

Menjawab soalan, Khairy berkata, SPR perlu bertindak tegas terhadap pengundi-pengundi hantu tanpa mengira mereka dari parti mana.

“Sudah tentu kita tak mahu lihat pengundi hantu sama ada di pihak BN atau pembangkang. Kita tak pernah amal pengundi hantu walau berkali-kali dituduh tetapi tak pernah dibuktikan..kali ini kita nak tunjukkan memang ada kepincangan dalam senarai pemilihan PAS dan PKR, pemindahan pengundi dari kawasan lain tapi didaftar di rumah tertentu,” jelasnya. – 17/8/2009


KAH!KAH!KAH!

Dah takde keje la tuh Ketua Pemuda UMNO!Nak jadi TOK BOMOH untuk kesan PENGUNDI HANTU pulak ke? KAH!KAH!KAH!

Adalah lebih dia sendiri mengakui bahawa KEMEROSOTAN UNDI KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL ADALAH SEBAB TERPILIHNYA DIA SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO!

Itu aje PUNCA kenapa UMNO ditolak rakyat dan generasi muda Melayu menjauhi Barisan Nasional.. Takde sebab lain dah..

Kalau orang tu tau TEBAL MUKA, dah lama dah dia mengakuinya.. Namun, sebab dia perasan dia seorang aje yang bijak, ditambah lagi dengan kepimpinan LEMAU dalam UMNO dan Barisan Nasional, maka mudahlah dia tidak mengakuinya disamping menuding jari kepada orang lain!

HE!HE!HE! Kat REMBAU tuh takde ke HANTU yang jadik pengundi? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Saturday, August 15, 2009

Penglibatan SPRM sahaja tidak cukup untuk membanteras kegiatan haram yang berselindungkan ahli politik di Selangor!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam TV3 dalam slot Buletin Utama telah memaparkan KLIP video yang menunjukkan aksi Pembantu Khas seorang EXCO Selangor meronta-ronta dan bergelut apabila ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM.. Menurut laporan, kejadian tersebut berpunca apabila Pembantu Khas tersebut cuba dibawa oleh para pegawai SPRM untuk disoal-siasat di ibu pejabat mereka di Putrajaya berhubung dengan dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.. Malah, Pembantu Khas Exco Selangor itu mendakwa pula dirinya dicederakan oleh Pegawai SPRM yang mengiringinya..

Anda boleh baca berita tentang kejadian tersebut menerusi URL di bawah..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Kita SYAK ada 'sesuatu yang tidak kena' apabila EXCO Selangor datang masuk campur dan cuba melengah-lengahkan para pegawai SPRM menjalankan tugas.. EXCO Selangor tersebut sebelum pernah menghalang bukan sahaja para pegawai SPRM, malah pegawai pihak berkuasa tempatan lain di Selangor yang menyerbu pusat-pusat SPA dan rumah urut HARAM di Selangor.. Besar sangat ke kuasa dia sebagai EXCO Selangor hinggakan boleh menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan tugas rutin mereka seperti membanteras aktiviti pihak-pihak tertentu yang menyalahi undang-undang?

Kita tidak tahu samada tindakan Pembantu Khas EXCO Selangor tersebut memang kerana sebenarnya dia takut atau sekadar aksi 'CARMOUFLAGE' untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus cuba mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar.. Namun, jelas di sini kita melihat bagaimana para pegawai SPRM cuba dihalang daripada menjalankan tugas mereka.. Sekiranya soal-siasat para pegawai SPRM dihalang, bagaimana hendak membuktikan mereka yang disoal-siasat tidak bersalah?

Malah dengan MISTERI kematian Teoh Beng Hock berlaku selepas disoal-siasat oleh SPRM, semakin jelas didapati bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang cuba menyembunyikan KEGIATAN HARAM atau 'UDERGROUND' mereka dengan berselindungkan gelaran mereka sebagai EXCO, ADUN atau hubungan mereka dengan tokoh-tokoh parti politik tertentu di Selangor.. Tidak mustahil kalau kita katakan ada pihak enggan MISTERI kematian Teoh Beng Hock diselesaikan dan cuba melengah-lengahkan atau menghalang usaha tersebut temasuk dengan pembabitan beberapa peguam bertujuan untuk mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar..

Seharusnya isu sebegini tidak harus dilihat setakat isu SPRM sahaja.. Malah, seluruh pihak berkuasa temapatan perlu bekerjasama dengan SPRM untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.. Kuasa SPRM sebenarnya tidak cukup untuk mengendalikan isu-isu berbetuk 'UNDERGROUND'.. Malah, apabila dah sampai tahap sebegini, SPRM sepatutnya meminta bantuan pihak lain untuk menyelesaikan isu-isu sebegini.. Sebab itulah penglibatan pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan diperlukan..

Bukan pelik untuk kita mengatakan bahawa ada hubungan antara pihak yang melakukan aktiviti haram seperti GANGSTER, KONGSI GELAP, PENYELUDUP atau SAMSENG dengan ahli-ahli politik.. Di Itali, penglibatan kumpulan MAFIA menaja tokoh-tokoh politik tertentu bukannya perkara asing.. Begitu juga di Jepun dengan kumpulan YAKUZAnya dan juga Thailand dengan KONGSI GELAP mereka.. Malah, filem-filem Hong Kong juga sering memaparkan perkaitan sebegini.. Jadi, bukanlah pelik pun kalau di Malaysia pun ada pihak cuba mewujudkan hubungan sebegini antara pihak yang melakukan aktiviti HARAM dengan ahli-ahli politik tertentu!

MASALAHNYA, ADAKAH KUASA SPRM SAHAJA CUKUP UNTUK MEMBANTERAS SEMUA INI?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS