DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 30, 2010

Apa kata Utusan Malaysia uji pulak ahli-ahli POLITIK kita juga kategori BUTA SEJARAH atau TIDAK?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam apabila kita memBACA Utusan Malaysia, kita rasa LUCU bercampur SEDIH apabila Utusan Malaysia dengan BERANInya memaparkan betapa ramainya generasi muda NEGARA ini BUTA SEJARAH.. LUCU dan SEDIH kerana perkara yang sepatutnya diketahui UMUM dan mudah didapati sumber RUJUKAN tetapi langsung tidak dapat diHAFAL oleh generasi muda yang diMAKSUDkan.. Budak kena 'DOWN SYNDROME' pun boleh ingat fakta sejarah.. Agaknya apa yang diMUATkan ke dalam kepala generasi muda kita yang semakin DOYAN dengan budaya HEDONISME kebelakangan ini?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Namun, kita TIDAK boleh menyalahkan generasi muda 100%.. Sudah TENTU apa yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia ini ada penyebabnya.. Sebagai CONTOH, jika kita baca BANYAK kes LIWAT berlaku dalam laporan media, sudah tentu ada PUNCA atau INDIVIDU yang menjadi PENYEBAB atau 'IDOLA' hingga menjadi ikutan kepada generasi muda untuk menCONTOHinya.. DiTAMBAH pulak ada pihak yang berLAKON warak atau ALIM membela perlakuan sedemikian, maka sudah tentu ianya semakin menjadi 'TREND' kepada generasi muda.. Itu hanyalah satu CONTOH sahaja tanpa merujuk sesiapa.. HE!HE!HE!

Dalam KONTEKS BUTA SEJARAH ini, sudah TENTU generasi muda jugak hanya MENIRU atau MENGIKUTI pihak-pihak yang sepatutnya menjadi CONTOH kepada mereka.. Siapakah yang sepatutnya menjadi CONTOH? Dah tentulah mereka yang mengGELARkan diri sebagai PEMIMPIN.. Siapakah PEMIMPIN itu? Dah tentulah ahli-ahli POLITIK di negara kita.. Oleh itu, apa KATA jika Utusan Malaysia memBERANIkan diri untuk menguji pulak ahli-ahli POLITIK negara kita samada mereka jugak BUTA SEJARAH atau TIDAK? Jika terBUKTI mereka BUTA SEJARAH, maka KREDIBILITI mereka sebagai pemimpin juga boleh diperSOALkan dan mereka tidak seharusnya menjadi TELADAN kepada sesiapa jua..

Antara ahli-ahli POLITIK masa KINI yang patut diUJI samada mereka BUTA SEJARAH atau TIDAK ialah:-

1) MP POKOK SENA, KEDAH - 'EX'-PENOLAK TROLI KAT 'AIRPORT'

Rasanya satu Malaysia TAHU keLULUSan AKADEMIK dia setakat mana.. Oleh itu, dia sepatutnya menjadi 'BAHAN UJIAN' yang paling sesuai samada ahli-ahli POLITIK kita jugak BUTA SEJARAH atau TIDAK.. Tahap penilaian ujian untuk DIA nih boleh diselaraskan samada nak ambik tahap budak darjah 6 atau budak STPM..

2) MP REMBAU, NEGERI SEMBILAN - KETUA PEMUDA UMNO PESALAH POLITIK WANG

Mungkin rakyat Malaysia yang tak masuk OXFORD sepertinya dianggap BODOH tahap GABAN mengikut pemikiran dia dan BAPAK mertuanya.. Namun, ITU tak berMAKNA dia tidak BUTA SEJARAH.. Kalau nak BANDINGkan keLULUSan AKADEMIK dia dengan MP Pokok Sena, memang JAUHlah bezanya.. Tapi RASAnya kalau bab soalan SEJARAH atau Pengatahuan AM pasal negara ini, diorang berdua nih 2X5 aje! Sebab itulah wajar diUJI! HE!HE!HE!

3) MP KELANA JAYA - B#**# TONYOK

Kita TAK tahu kenapala dia boleh MASUK Parlimen sebagai MP? Cakap Bahasa Malaysia pun tunggang-langgang siap kena AJAR ikut SKRIP lagi? Untuk memBUKTIkan dia layak sebagai MP dan ahli POLITIK, seWAJARnya rakyat patut TAHU setinggi mana pengetahuannya dalam SEJARAH negara INI.. Kalau 'FAIL' ujian, pengundi Kelana Jaya kena mandi AIR BUNGA la tolak SIAL!

4) MP IPOH TIMUR, MP BAGAN dan ADUN KOTA LAKSAMANA - DINASTI LIM ANAK-BERANAK

Ahli keluarga DINASTI LIM ini sangat SENSITIF dengan subjek SEJARAH.. Tak tahu le diorang nih dulu 'FAIL' ke tidak subjek ini.. Mungkin kalau bab SEJARAH Bintang Tiga, diorang berMINAT la KOT? Mungkin jugak dengan sejarah Yap Ah Loy, pemBUKAan Pulau Pinang dan perGADUHan KONGSI Ghee Hin VS Hai San di Perak.. Cuma diorang mungkin buat-buat lupa peranan karakter Melayu dalam sejarah tersebut seperti Raja Mahadi, Sultan Abdul Samad, Sultan Kedah dan Ngah Ibrahim..

5) ADUN CHEMPAKA, KELANTAN - POK NIK 'ALAIHISSALAM'

Eh? Siapa kata Pok Nik BUTA SEJARAH? Salah tuh.. Kalau tak, TAKkanlah Pok Nik berBANGGA dan menJADI penaung kepada keturunan Raja Jembal? Mungkin dia BUTA SEJARAH ISLAM.. Pasal Nabi SAW sampai ketika baginda WAFAT pun mahukan umatnya BERSATU tapi orang tua nih LAIN pulak yang diajarnya.. KeMAMPUan daya INGATAN Pok Nik jugak HEBAT.. Tuh pasallah dikhabarkan dia 'SIGN' kontrak rawatan air Kelantan kepada Syarikat Thames Water dari UK selepas dia baru sudah MAKAN nasi aje! Tak pasal-pasal kena mintak RM600 juta dengan Tun DR. Mahathir buat bayar HUTANG air negeri!

INI adalah senarai 'TOP' ahli-ahli POLITIK yang patut diUJI mereka BUTA SEJARAH atau TIDAK.. Ramai lagi ahli-ahli POLITIK yang patut masuk SENARAI.. Tempat UJIAN boleh dilakukan di Parlimen dengan kerjasama Tuan Speaker.. Kita PERCAYA ramai lagi ahli-ahli POLITIK negara ini patut diUJI seperti INI tetapi karang NAYA pulak Utusan Malaysia kena PELANGKONG dengan diorang semua..

Apa pun, INI hanya pandangan LAWAK dan SINIS.. Hakikatnya, BUTA SEJARAH generasi muda sangatlah berKAIT rapat dengan apa yang dilakukan oleh ahli-ahli POLITIK negara kita.. BONGOK mereka, BONGOKlah jadinya RAKYAT.. Jadik SALAHkan mereka dahulu jika KUALITI pemikiran rakyat semakin hari semakin ROSAK..

Wallahualam..

Thursday, October 28, 2010

Isu Ladang Rakyat pun belum SELESAI, Lebai PAS memandai-mandai nak bawa isu Menara Warisan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PAS pada pusingan AWAL sudah pun KALAH di DUN Galas Gua Musang.. INI kerana Lebai-Lebai mereka GAGAL membawa ISU tempatan untuk menunjukkan mereka membela RAKYAT di sana.. Lebai PAS sebenarnya sudah keTANDUSan isu tempatan untuk dijadikan bahan KEMPEN kerana sememangnya mereka TAHU mereka selama INI langsung tidak memPEDULIkan kawasan terpencil ini.. Malah, mereka mengakui bahawa segala BENTUK pembangunan di Gua Musang dan pembelaan RAKYAT di sana dilakukan oleh UMNO melalui MPnya, Ku-Li.. Lebai PAS hanya TAHU kebas tanah BALAK kemudian jual kepada orang LAIN demi menDAPATkan duit secara SINGKAT.. Itulah perangai PENYAMUN Lebai PAS..

Demi menutup keLEMAHan jentera KEMPEN mereka di Gua Musang, Lebai-Lebai PAS cuba membawa ISU-ISU nasional ke DUN Galas untuk dijadikan BAHAN kempen.. Walaupun ISU-ISU tersebut tak ada kena mengena dengan pengundi DUN Galas, Lebai-Lebai PAS tetap mengetengahkan isu tersebut demi memBURUKkan UMNO dan BN secara AMnya.. Antara ISU yang cuba mereka bawa ialah tentang pemBINAan Menara Warisan 100 tingkat di KL oleh PNB..

http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=538832

Isu pemBINAan Menara Warisan JELAS sekali menjadi MODAL terbesar Lebai PAS untuk memBURUK-BURUkkan UMNO dan Kerajaan BN.. Hakikatnya, mereka cuba menonjolkan betapa kerajaan BN BOROS dan memBAZIR.. Kader-kader Lebai PAS jugak mengambil kesempatan dengan menjadikan ISU ini sebagai bahan FITNAH di Facebook dan TWITTER disamping cuba menyembunyikan FAKTA seperti berikut:-


1) KOS pembinaan sebanyak RM 5 bilion sebenarnya adalah duit PNB sendiri sebagai sebuah syarikat, bukannya duit pelabur Amanah Saham atau pun duit kerajaan.. SALAHkan PNB mengGUNAkan duit mereka sendiri?

2) Secara LOGIKnya, nilai HARTANAH di KL dijangka akan NAIK selepas INI.. Pemilikkan HARTANAH orang Melayu di KL sangat SEDIKIT terutamanya HARTANAH komersial yang boleh dikatakan dimilikki oleh bukan Melayu.. Kebanyakkan hartanah Melayu diMILIKki oleh GLC seperi PNB, Tabung Haji, LTAT, UDA dan banyak lagi.. Apa akan jadi jika HARTANAH ini tidak diBANGUNkan sedangkan KOS semakin hari semakin NAIK?

3) Jika kita TELITI kawasan yang dicadangkan, AGAK sukar untuk dibina projek infrastruktur lain seperti stesen pengangkutan AWAM, hospital dan sebagainya.. Kedudukkan kawasan untuk pembinaan Menara Warisan boleh dikatakan hanya sesuai untuk memBINA sebuah bangunan atau MENARA mengikut kemampuan pemiliknya.. Jadi, MENARAlah yang dicadangkan.. Takkan nak BINA kandang BABI untuk kawan BAIK Lebai PAS pulak kat situ?

Untuk itu, jika mahu memBANTAH pun seharusnya Lebai PAS berilah alasan yanG CERDIK sedikit.. Lebai PAS sendiri harus mengakui bahawa kecuali di kawasan Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat, orang Melayu sudah tidak ada lagi pemilikkan TANAH bernilai KOMERSIAL.. Pemilikkan TANAH bukan Melayu semakin melebar tapi orang Melayu semakin terHIMPIT.. Terus-TERANG katalah, kalau bukan kerana Kerajaan BN, mampukah Lebai PAS memperTAHANkan hartanah-hartanah Melayu di KL?

Isu pemBINAan Menara Warisan jugak patut diLIHAT sebagai satu bentu USAHA oleh Lebai-Lebai PAS untuk menutup keGAGALan mereka memperTAHANkan hartanah-hartanah Melayu di mana mereka berKUASA seperti di Kelantan dan Kedah atau di mana mereka berKONGSI kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Perak sebelum ini.. Cuba kita SEMAK balik:-

1) Bukankah Lebai PAS yang beriya-iya SANGAT nak buka ladang BABI Mega di Sepang, Selangor dahulu? Bukankah Lebai PAS MP Shah Alam yang bersetuju untuk beri TAPAK baru kepada kilang arak di Selangor? Begitu jugak dengan kegiatan KOREK PASIR, yang mendapat kesusahan ialah orang Melayu jugak yang tinggal berHAMPIRan?

2) Di Pulau Pinang, Lebai PAS hanya berDIAM diri bila hartanah Melayu di Kampung Tanjung Tokong dan Balik Pulau diRAMPAS oleh Kerajaan DAP secara perlahan-lahan.. Itu HARTANAH, sedangkan tapak orang Melayu berNIAGA diRAMPAS pun Lebai PAS tak kata apa?

3) Di Kelantan, isu Ladang RAKYAT dan keGAGALan Lebai PAS memberikan geran kepada pemilik rumah Kesedar telah memBUKTIkan betapa Lebai PAS ini MUNAFIK paling BESAR! Tanah yang rakyat sendiri USAHAkan diambil lepas tu diberikan kepada orang lain? Malah, di Kota Bharu, Kelantan sendiri kita boleh meLIHAT sedikit demi sedikit tanah-tanah orang Melayu semakin HILANG tetapi Lebai-Lebai PAS pulak semakin memBESARkan rumah-rumah mereka.. Nak BINA masjid pun tak MAMPU..

4) Sebelum INI semasa Perak di bawah Lebai PAS, kita melihat sendiri bagaimana YAKJUJ dan MAKJUJ PAS sanggup memajakkan TANAH selama 999 tahun kepada bukan Melayu tanpa sebab-sebab yang NYATA.. Sejak bila pulak agaknya Maharaja Benua China dah tinggal di Tanah Melayu hingga meWAJARkan mereka berbuat demikian?

Oleh itu, diHARAPlah jentera KEMPEN BN memberikan penjelasan yang TEPAT berhubung dengan isu-isu seperti INI bukan sahaja semasa KEMPEN di DUN Galas, malah di laman-laman SOSIAL internet jugak.. Kita tak NAFIkan ada sesetengah pemimpin BN terutamanya Ketua Pemuda UMNO lebih suka memberikan TUMPUAN kepada isu 'GLAMOUR' dan REMEH seperti di bawah:-

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ec6dfbe2-7f000010-1d956ad0-92e9b5fc

Kita HARAP jentera BN mengabaikan orang SYOK sendiri seperti INI dan FOKUS kepada objektif mereka..

Walahualam..

Wednesday, October 27, 2010

Adakah ISU tanah di DUN Galas dapat mengembalikan pengundi kepada UMNO?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Antara ISU-ISU yang dijangka HANGAT semasa PRK DUN Galas ialah masalah TANAH yang dikatakan diambil oleh kerajaan Lebai PAS Kelantan KONONnya untuk diMAJUkan, sebaliknya diberikan kepada pihak KETIGA atau TOKEY-TOKEY tertentu.. Ini yang sering kita BACA di dalam ANALISIS blog berkenaan PRK DUN Galas.. SOALnya, dapatkah isu TANAH ini membuatkan pengundi di sana memilih kembali BN? Atau dengan KATA lain, BENARkan PAS boleh diJATUHkan dengan isu hak milik TANAH?

Isu hak MILIK tanah memang SENSITIF dikalangan rakyat Kelantan.. Jika diIMBAS kembali, Lebai PAS pernah diJATUHkan oleh rakyat Kelantan pada tahun 1977 kerana mereka telah memanda-mandai memajakkan TANAH kepada TOKEY Cina Singapura.. INIlah sejarah HITAM yang amat ditakuti berULANG oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' kerana dia adalah SALAH seorang daripada Lebai PAS yang menjadi YB ketika itu.. Untuk itu, dia seBOLEH-bolehnya cuba MENUTUP sejarah HITAM ini agar generasi hari INI lupa siapa PAS sebenarnya.. Sebab itulah jika diTANYA kepada generasi hari ini, mereka tidak nampak cacat-cela Lebai PAS walaupun lebih 30 tahun lalu, Lebai PAS di Kelantan NYARIS memBUATkan ibu bapa mereka MEREMPAT di bumi sendiri!

Kita kembali kepada perSOALan POKOK, benarkah masalah pemilikkan TANAH dapat mengubah pengundi DUN Galas kembali kepada BN? Rasanya TIDAK 100%.. Malah, 50% pun belum tentu.. Sepatutnya semua MAKLUM bahawa Lebai PAS pada HARI ini sudah 'CERDIK' berbanding Lebai PAS 30 tahun dahulu.. Ditambah pula dengan keMAJUan dalam teknologi penyebaran MAKLUMAT, segala macam bentuk MAKLUMAT boleh disampaikan walaupun seCERUK mana RAKYAT berada.. Dengan KATA lain, Lebai PAS sudah bijak untuk meMANIPULASI isu TANAH ini.. Tambahan pula, Lebai PAS yang menguasai Kerajaan Negeri sudah tentu berKUASA untuk meLULUSkan sebarang perMOHONan TANAH walaupun dalam jangka masa SEKEJAP untuk PRK DUN Galas kali ini..

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/9/mstar_berita/20101009222414&sec=mstar_berita

Oleh itu, kita RASAkan mungkin isu TANAH ini hanya HANGAT seketika lepas tu akan jadi SUAM pulakla.. Mungkin UMNO jika mahu MENANG terpaksa GUNAkan beberapa ISU lain untuk menambah keKUATan 'SERANGAN' mereka terhadap Lebai PAS.. Antaranya:-

1) Isu KRONISME Pok Nik 'ALAHISSALAM' anak-beranak.. Kenapa ISU ini seolah-olah SENYAP sedangkan semua MAKLUM Pok Nik pun 2X5 jugak bab cilok mencilok nih?

2) Isu masalah bekalan AIR dan kemudahan ASAS di Kelantan.. Inilah masalah sebenar yang GAGAL diatasi oleh Kerajaan Kelantan walaupun dah berbilion RM pinjamam dan peruntukan Kerajaan Pusat telah diberikan..

3) Isu bagaimana Lebai PAS mengumpul HARTA dan keKAYAan.. Sepatutnya DEDAHkan betapa besarnya rumah-rumah Lebai PAS yang 'TERSEMBUNYI' di Kota Bharu dan KL tetapi pandai pulak berLAKON macam takde HARTA? Dedahkan ini semua kepada pengundi di Galas yang mungkin tak berkeSEMPATan untuk melihat sendiri rumah-rumah BESAR Lebai PAS tersebut..

4) Isu-isu berKAITAN agama Islam seperti penyalah-gunaan nama Allah SWT yang diSOKONG oleh Lebai PAS.. Bagaimana Pok Nik memBENARkan ayat-ayat Al Quran diperMAINkan oleh bukan Islam sedangkan mereka TIDAK berIMAN pun dengannya serta bagaimana PAS sudah terpesong daripada ajaran Islam dengan menyokong 'penJUBOR' dan mereka yang meMUSUHi Hukum Allah SWT seperti HUDUD..

Sepatutnya isu-isu sebegini HARUS disampaikan kepada pengundi dengan cara berHEMAH disamping mengajak mereka berFIKIR agar mereka SEDAR Lebai PAS ni pun sebenarnya takde BEZA dengan YAKJUJ wal MAKJUJ.. Sampai bila UMNO harus berSIKAP defensif semasa menghadapi LAWAN?

Lagi satu, jangan sesekali UMNO berlebihan menonjolkan 'MALAUN' yang sangat diBENCI oleh rakyat Kelantan dan juga seantero Malaysia semasa KEMPEN.. 'MALAUN' yang pernah datang ke Kelantan membawa slogan 'PADE DOH' semasa PRU 2008 dulu.. Ini adalah BENCANA besar jika dia diberikan PUBLISITI kerana semua termasuk generasi muda MELUAT sangat dengan dia.. Lebai PAS memang cukup suka kalau dia diTONJOLkan agar dia menjadi sasaran PUTAR belit mereka terhadap UMNO seperti INI..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29186:khairy-setuju-pas-guna-masjid-solat-hajat&catid=1:utama&Itemid=50

INIlah PADAHnya bila ada yang ber'MIND-SET' Pakatan Rakyat dah menyeludup masuk dalam UMNO!

Wallahualam..

Tuesday, October 26, 2010

Pemuda UMNO patut MALU saranan Ketua Pemudanya nak pinda AUKU semasa Perhimpunan UMNO tidak disenangi RAKYAT!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terINGIN nak tanya kepada Pemuda UMNO.. TIDAK malukah korang memPUNYAi Ketua Pemuda dan BALACInya yang GAGAL mengetengahkan isu yang sepatutnya semasa Perhimpunan Agung UMNO? Dengan KATA lain, isu yang cuba dikeTENGAHkan oleh PESALAH politik WANG seperti pindaan Akta Universiti dan Kolej(AUKU) ternyata meRUGIkan UMNO kerana semakin RAMAI orang luar MENOLAK sebarang pindaan terhadap AUKU seperti yang diHASRATkan oleh PESALAH POLITIK WANG itu.. Hari ini kita terbaca satu rencana dalam Utusan Malaysia yang diTULIS oleh seseorang yang memBANTAH pindaan AUKU.. Kita PAPARkan rencana tersebut dengan penuh agar semua PIHAK dapat menilainya..

Fikir dahulu sebelum benarkan parti politik masuk kampus

Sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa penghujung 1990-an, teringat penulis bagaimana gerakan pemimpin Pemuda UMNO begitu giat mendekati anak-anak muda di kampus. Bagaimanapun ada pihak yang tidak bersetuju dengan 'label' pro-kerajaan dan pro-pembangkang yang kononnya adalah satu petanda yang tidak sihat kepada suasana kampus, walaupun semua pihak tahu kumpulan mana yang menyokong kerajaan dan kumpulan mana yang menyokong pembangkang. Apa sekali pun gelaran yang digunakan sama ada daripada pro-kerajaan kepada pro-aspirasi atau pro-pembangkang kepada Mahasiswa Idealis (kini Pro-Mahasiswa), misinya tetap sama iaitu untuk memenangkan kumpulan masing-masing.

Persoalannya apakah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sangat mengongkong mereka ketika itu? Walaupun Seksyen 15 dalam AUKU jelas melarang mahasiswa berhubung dengan pihak luar atau parti politik, namun mahasiswa tetap bebas menggunakan label itu tanpa dihukum apa-apa. Malah, amat jelas sekali apabila analisis kerusi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap IPTA dipaparkan dalam media massa pro- kerajaan dan pro-pembangkang. Cukup berbangga kumpulan ini menceritakan kemenangan mereka.

Masa telah berubah, Akta Universti dan Kolej Universiti telah dipinda pada 2008, daripada tidak dibenarkan menjadi ahli persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang (dalam dan luar negara), diubah kepada membenarkan penglibatan mahasiswa dalam persatuan dan pertubuhan melainkan dikekal syarat kecuali bukan parti politik dan kebenaran Naib Canselor institusi pengajian tinggi (IPT).

Persoalannya, apakah AUKU 1971 atau 2008 (pindaan) telah menyekat kebebasan mahasiswa berpolitik? Ini kerana didapati dalam masa yang sama, dua kumpulan ini secara terang-terangan menyokong parti di luar kampus. Apakah laungan Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, mengenai pindaan Akta AUKU mahukan mahasiswa berpolitik adalah suatu pernyataan bahawa wujudnya dua parti sebenar di dalam kampus iaitu antara kelompok BN atau pakatan pembangkang?

Inikah kebebasan berpolitik sebenar dan mendokong aspirasi golongan muda? Jika inilah kehendak Pemuda, maka kita boleh mencadangkan kepada kerajaan agar membenarkan parti politik kampus bertanding dalam pilihan raya MPP, antara kumpulan A atau B atau terus menggunakan parti sekarang iaitu Mahasiswa Pro-Aspirasi dan Pro- Mahasiswa/ Mahasiswa Idealis". Kita uji dan kita akan tahu jawapannya.

Saya berpandangan kerajaan harus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan mengenai akta AUKU. Janganlah bila 'nasi sudah menjadi bubur' barulah nak menyesali keputusan yang telah dibuat. 'Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Sesungguhnya mencegah itu tentulah lebih baik daripada mengubatinya. Lihatlah contoh di Indonesia, apabila mahasiswa dan mahasiswi bermain politik dan dipolitikkan. Mereka sanggup menjatuhkan kerajaan demi kepentingan pihak tertentu tanpa melihat impak dan bencana jika terlalu kerap berdemonstrasi, kerap bertukar pemimpin negara dan parti.

Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membentangkan akta ini di Parlimen pada tahun 1971 semasa menjadi Menteri Pelajaran melakukannya secara suka-suka? Tun Mahathir menyaksikan sendiri bagaimana orang Melayu di kampus memerlukan akta ini untuk mendisiplinkan mahasiswa Melayu menumpukan kepada pelajaran. Hari ini, beribu-ribu mahasiswa Melayu dan bumiputera dilahirkan oleh akta ini. Apa yang tak kena atau salahnya akta ini sedangkan melalui akta ini, ramai mahasiswa Melayu dilahirkan dan Naib Canselor dari kalangan Melayu dilantik di negara ini?

Jika kita mudah menyangka dengan meminda AUKU, maka golongan muda akan menyokong Barisan Nasional (BN)? Tentulah ia sesuatu yang agak keterlaluan. Berapa peratus mahasiswa yang mahu terlibat dengan politik? Apakah cukup pembahagian masa dalam tiga tahun antara belajar di universiti dengan penglibatan politik di kampus? Bagaimana kita hendak melihat keputusan yang cemerlang daripada anak-anak Melayu jika mereka asyik berpolitik tanpa menghiraukan pelajaran? Pada pandangan saya, bukan 'isu kebebasan berpolitik' yang sepatutnya menjadi 'isu' tetapi soal 'bagaimana' pimpinan Pemuda UMNO dapat 'merakyatkan pemuda' dan berdamping dengan golongan muda.

Berapa keratkah pemimpin golongan muda sekarang yang sanggup turun ke kampus mendekati anak muda sebagaimana pada tahun 1999 hingga 2007? Adakah ada anggota Biro Pendidikan Pemuda UMNO yang sanggup turun padang ke kampus sekarang? Fikirlah sejenak dan jangan bertindak mengikut perasaan. Orang muda sekarang lebih bijak menilai dan janganlah salah memberi penilaian kepada golongan orang muda.

Zali Abidin

Ampang, Selangor


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

ITU adalah satu bentuk PENOLAKkan terhadap pindaan AUKU seperti yang diHASRATkan oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG.. Kita jugak PERCAYA apa yang ditulis oleh penulis tersebut diKONGSI oleh ramai MAJORITI ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menimba sebanyak MUNGKIN ilmu semasa di KAMPUS dan mengHARGAi perngorbanan ibu-bapa yang mahukan mereka BERJAYA.. Bagaimana pulak dengan ANDA? Adakah anda anak-anak anda diLALAIkan dengan POLITIK hingga menjejaskan masa depan mereka seterusnya mengGAGALkan hasrat NEGARA yang mahukan MODAL INSAN yang cemerlang?

Namun demikian, kita MAHU agar penulis tersebut dan jugak semua pihak yang membaca RENCANA ini faham 2 PERKARA di bawah INI..

1) Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini bukanlah GRADUAN dari negara ini pun.. Malah, dia TIDAK pernah pun berSEKOLAH dengan SISTEM persekolahan di negara ini.. Oleh itu, keJAHILan dia tentang perkara seperti INI adalah LUMRAH dan segala kenyataannya seperti pindaan AUKU hanyalah untuk menCARI publisiti MURAHAN yang langsung takde kena-mengena pun dengan RAKYAT..

2) Bukan SEMUA lepasan IPT di negara ini 'berUNTUNG' seperti Ketua Pemuda UMNO tersebut.. Nak beli SAHAM ECM Libra, ada orang TOLONG pinjamkan duit berjuta-juta RM.. Dapat KAHWIN anak bekas PM, terus orang kasi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa pertandingan pulak tuh? Lepas tuh DAPAT pulak jawatan Timbalan Presiden FAM walaupun semua MAKLUM dia HARAM takde JASA pun baik untuk UMNO, mahu pun dalam memajukan bola sepak negara! Jadik, jika anda mengHARAPkan pindaan AUKU akan memBOLEHkan anak-anak anda menJADI sepertinya selepas bergelar GRADUAN, silalah FIKIRkan kembali dan solat ISHTIKHARAH mintak petunjuk.. HE!HE!HE!


Oleh itu, FIKIRkan betul-betul apa yang kita NYATAkan di atas.. WAJARkah kita menDENGAR dan menerima pakai SARANAN pihak yang jelas mencadangkannya secara SEMBRONO atau memBUTA-tuli?

Wallahualam..

Saturday, October 23, 2010

La.... Datuk Puad baru nak 'SOUND' ke MALAUN nih? Dah terLAMBATla Datuk....


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini kalau anda baca Utusan Malaysia, anda akan terjumpa TULISAN Datuk Puad Zarkashi yang mengisahkan tentang ke mana HALATUJU Perhimpunan Agung UMNO(PAU) ke-61 selepas INI.. Yang paling penting, setakat manakah para perwakilan dan ahli-ahli UMNO khususnya mereka dalam Pemuda UMNO menyemat semangat perhimpunan ini di dalam DIRI mereka atau adakah mereka ini juga SAMA seperti Dewan Pemuda Lebai PAS yang pernah diIBARATkan sendiri oleh Presidennya sebagai 'BUIH PEPSI COLA'.. Adakah mereka yang menghadiri PAU kali ini jugak bersikap begitu? Sama-samalah kita TUNGGU dan LIHAT..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Yang MENARIKnya, dalam beberapa perenggan terAKHIR tulisannya Datuk Puad ada 'SOUND' sikit kat Pemuda UMNO khususnya Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tuh.. Kenyataan Datuk Puad meRUJUK kepada ucapan WAKIL Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang yang mahu Pemuda UMNO mengelakkan 'Sindrom penafian'(DENIAL SYNDROME). Justeru, katanya pergerakan itu JANGAN menafikan tuduhan bahawa Pemuda UMNO turut menyumbang kepada persepsi negatif terhadap parti UMNO.

Datuk Puad menambah lagi dalam TULISANnya,

"Amat tepat sekali apabila Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam ucapan penggulungannya menegaskan Pemuda UMNO mesti menolak 10 perkara termasuk budaya politik ‘sate’ iaitu cucuk, bakar dan kipas. Ini semua merosakkan imej pergerakan itu dan inilah persepsi rakyat. Tetapi Khairy jangan lupa teguran Pemuda Bukit Gantang itu apabila mengatakan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah institusi. Maka tanggungjawab Khairy untuk memastikan institusi itu terpelihara dan bermaruah. Kalau imej Ketua Pemuda UMNO terjejas maka rosaklah imej institusi itu. Padahnya Pergerakan Pemuda UMNO akan menjadi liabiliti kepada parti dan inilah cabaran besar Khairy."

HE!HE!HE! Datuk.. Datuk.. Kenapalah Datuk baru 'SOUND' pasal ni SEKARANG? Untuk makluman Datuk, "DAMAGES AND CASUALTIES ALREADY DONE BY HIM".. Jadik kenyataan Datuk Puad boleh dianggap sudah 'Ketinggalan BAS' la sedikit.. Untuk mengetahui apakah "DAMAGES and CASUALTIES" yang telah dilkakukannya, HARAPlah Datuk kerap membaca BLOG-BLOG tertentu atau rujuk kepada para pemimpin veteran parti..

Selanjutnya, Datuk Puad mengatakan lagi:-

"Khairy perlu melaksanakan semangat kepimpinan melalui teladan. Dia mesti memulakan pada dirinya terlebih dahulu iaitu menjauhi 10 perkara negatif yang dia sendiri gariskan. Termasuk di dalamnya budaya ‘masuk frame’ dan budaya 'punch card' di mana pastikan pemimpin nampak kehadirannya tetapi balik lebih awal sebelum pemimpin beredar dari majlis (check in dan check out). Kalau ini berjaya dilakukan oleh Khairy, beliau bukan sahaja semakin matang tetapi usahanya mengubah imej Pemuda UMNO akan menjadikan beliau berjasa besar kerana menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO. Ingatan Pemuda UMNO Bukit Gantang itu amat penting. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Panas di Perhimpunan Agung UMNO tetapi kembali sejuk apabila balik ke medan perjuangan. Sebab itu soalan beliau: "Di mana Pemuda, apabila raja-raja dihina” perlu diambil perhatian"..

HE!HE!HE! Datuk INGAT Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG nih jenis manusia yang boleh diJADIkan TELADAN ke? Cuba Datuk RUJUK balik sejarah HIDUP dia terutama sekali semasa dia MULA menyertai UMNO.. Kita cukup YAKIN, antara manusia yang dia jadikkan TELADAN baginya adalah Penasihat PKR yang merupakan MUSUH no.1 UMNO ketika ini.. Cuba tengok KARIER POLITIK mereka dan cara mereka dapat JAWATAN dalam UMNO, SAMA tak?

Kita sangat YAKIN apa yang dikemukakan oleh Datuk Puad dalam Utusan Malaysia hanya akan dipandang SEPI oleh mereka yang berkaitan.. BIASAlah Datuk.. Dalam UMNO pun, PANGKAT dia lagi TINGGI dari Datuk, ada ke dia nak ambil KISAH apa yang Datuk CELOTEHkan ni? Jangan HARAPlah.. Kalau Datuk mengHARAPkan perUBAHan seperti yang Datuk harapkan darinya, SAMAlah macam kita mengHARAPkan Israel memulangkan kembali Palestin.. Jadik, tak usahlah jadik umpama PUNGGUK(bukan PUNGKOQ) meRINDUkan bulan..

Mereka dalam Pemuda UMNO ingat KONONnya mereka tu meWAKILi suara generasi muda.. Sedangkan generasi muda yang Datuk lihat pada hari ini 100% menolak kepimpinan UMNO selagi mereka melihat bagaimana WANG dan HUBUNGAN KELUARGA memainkan PERANAN untuk menentukan kenaikkan PANGKAT seseorang dalam parti.. Adakah Datuk ingat dalam Malaysia ini cuma graduan OXFORD sahaja yang dirasakan patut diHARGAi oleh UMNO? Sedangkan RAMAI lagi graduan bukan OXFORD yang berKORBAN dan menyabung nyawa demi memBANGUNkan negara tetapi di pandang SEPI oleh UMNO? Kalau takat graduan Sains POLITIK dari Oxford tu apalah sangat.. Kat Malaysia ni pun berLAMBAK-LAMBAK!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS