DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 04, 2008

Ketua Pemuda UMNO - Siapa agaknya yang SYOK sendiri


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Aku sungguh BENGANG dengan 'trend' pemilihan Ketua Pemuda UMNO kali ini.. Tak cukup dengan akibat pemilihan 3 orang calon tuh, aku jugak BENGANG dengan juak-juak mereka dalam Pemuda UMNO yang seolah-olah lupa segala-galanya semata-mata untuk memastikan pilihan mereka menang Ketua Pemuda.. Habis semua pakat ikut NAFSU hinggakan IMAN dan AKAL masing-masing semuanya dah dibakul-sampahkan.. Kenapa tak boleh timbul suasana MUAFAKAT dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO? Kenapa tak boleh beralah atau mendengar aje hasrat akar umbi yang inginkan perubahan? Kenapa perlunya 'pembelian' secara tidak rasmi melalui majlis-majlis 'suai-kenal' yang dianjurkan? Kenapa perlu ada pemberian projek-projek tertentu kepada wakil-wakil Pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian lama dahulu sebelum pemilihan parti?

Aku dapat rasakan, segala kekacauan ini semuanya berpunca akibat kemerosotan undi UMNO pasa PRU 12 tahun ini.. Walaupun semua CALON yang mencalonkan diri menang di kawasan Parlimen atau DUN masing-masing, namun ada yang menang cukup makan, menang SYOK SENDIRI kat DUN sedangkan negerinya terlepas kepada pembangkang dan ada jugak yang mengalami kemerosotan undi yang ketara walaupun asalnya kawasan tuh adalah kawasan selamat..

Apa kata kita tengok sedikit profil tentang calon-calon yang bertanding:-

1)DATUK MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR

Walaupun Datuk Mukhriz kurang dikenali dalam UMNO akibat tindakkan Tun sendiri yang melarang anak-anaknya aktif dalam UMNO, namun beliau seorang usahamwan talian gentian OPTIK yang berjaya dan juga aktif dalam badan NGO seperti Aman Malaysia dan MERCY.. Beliau menjadi pilihan kerana KONONnya dikatakan membawa LEGASI Tun Dr Mahathir.. Kerana itulah dia kurang disenangi oleh segelintir ahli Pemuda UMNO yang rata-rata mementingkan bagaimana hendak 'memBUNCITkan perut' masing-masing secara lebih efektif.. Sepanjang penglibatan Datuk Mukhriz dalam politik UMNO (Tak lama, lebih kurang 5 tahun lebih aje selepas Tun DR Mahathir bersara), rasanya tak pernah lagi kedengaran ada orang-orang tertentu yang jadi kaya kerana dikaitkan dengan Datuk Mukhriz? Bila Datuk Mukhriz berjaya jadi Ahli Parlimen pun, kita tak pernanh dengar ada orang tu atau orang ni dapat projek hasil hubungan baiknnya dengan Datuk Mukhriz? Ada ke? Malah orang-orang UMNO sendiri memburukkan Datuk Mukhriz KONONnya tidak pandai berDEBAT, terpilih kerana nama bapanya, kekayaannya sebagai Pengerusi OPCOM dan lain-lain.. Inilah keJIJIKan yang berlaku dalam Pemuda UMNO sekarang ini..

2)DS MOHAMMAD KHIR TOYO

Seorang bekas MB negeri Selangor yang hanya mampu mengekalkan cuma 20 kerusi DUN di milik BN semasa dia mengetuai Jentera PRU Negeri Selangor.. 20 DUN berbanding keseluruhan DUN di Selangor yang berjumlah 56.. Rasanya belum pernah lagi ada Pengerusi BN Selangor yang mempuyai pencapaian atau REKOD seburuk ini walaupun semasa tahun 1969.. Namun, kita tak boleh salahkan DS Khir Toyo 100%.. Walaupun kita menyedari beberapa tindakkan dia seperti merobohkan kuil hindu, pemberian penyapu kepada PBT, masalah setinggan, masalah bekalan air dan lain-lain kurang disenangi rakyat Selangor. DS Khir Toyo nih baik orangnya dan asal keluarganya pun bukan orang senang.. Kiranya, kisah hidup DS Khir Toyo wajar dijadikan contoh untuk generasi akan datang.. Masalahnya, DS Khir Toyo ni membiarkan dirinya dikelilingi oleh golongan yang suka mengambil kesempatan dan berkepentingan peribadi baik dalam kerajaan negeri mahu pun dalam Pemuda UMNO.. Rakyat Selangor nampak semua ini dan DS Khir Toyo seharusnya berusaha menjauhkan dirinya dari golongan sebegini sekiranya mahu melihat dirinya masih relevan dalam politik negara..

3)KHAIRY JAMALUDDIN DATUK ABU BAKAR

Siapa kenal dia ni secara personal? Siapa yang pernah bersekolah atau bermain bersamanya di Rembau? Apa yang aku tahu, dia lahir di Kuwait, bersekolah di Singapura dan masuk Oxford ambil ijazah Sains Politik.. Apa sangat kelebihan lulusan Sains Politik dari sebuah kolej dalam Oxford? Bukannya sebelum ini tidak ada orang Melayu pernah keluar dari Oxford? Kemudian dia kahwin dengan Nori Abdullah anak bakal mantan Perdana Menteri Malaysia dan bakal mantan Presiden UMNO.. Inilah masalah orang kita khususnya dalam UMNO.. Orang luar diambil, disintok-limau hinggakan melebihi taraf dewata.. Apa katanya, semua betul.. Apa hajatnya,semua ditunaikan.. Dia nak 'gunakan' UMNO macam mana, semuanya diberi kebenaran.. Namun, orang UMNO sendiri dipinggirkan, dihina dan dicaci.. Budaya BUSUK dalam UMNO khususnya bermula dengan Pemuda UMNOlah yang menyebabkan golongan muda jadi meluat dan membenci UMNO.. Terus-terang katalah, UMNO dimalukan semasa PRU 12 adalah akibat pemuda 'Jalak Lenteng' ini.. Namun, Pemuda UMNO sengaja buat buta semua itu demi 'memBUNCITkan perut' masing-masing dan pencalonan yang diterima membuktikan Pemuda UMNO terus membela 'Jalak Lenteng' ini seolah-olah sebagai ASET kepada UMNO?

Cukup-cukuplah Pemuda UMNO 'MemBUNCITkan perut' sendiri.. Bukannya baik untuk kesihatan pun.. Amalkan petua Tun Dr Mahathir semasa makan iaitu 'BERHENTI SEBELUM KENYANG'.. Lagi pun BURUK BENOR tengok Pemuda UMNO perut buncit nih.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

cutie_butterfly200 said...

Apabila duit menjadi keutamaan,maka hancurlah UMNO x lama lg(mintak simpang malaikat).Kononnya nk tlg kroninya saje,nk senang hidup.Rasuah xkan berlaku kalau diaorg x terima rasuah.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS