DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 29, 2008

Parlimen Kuala Terengganu - PATAHkah nanti bendera UMNO?




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan TAKZIAH dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Datuk Razali Ismail ahli Parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia semalam..

Sekarang secara jujur aku sangat teringin melihat bagaimana pulak UMNO nak berhempas-pulas untuk memenangi Kerusi Parlimen Kuala Terengganu.. Daripada 4 Kerusi DUN dalam kawasan Parlimen tuh, hanya DUN Bandar sahaja yang memihak kepada UMNO.. Lagi tiga DUN jatuh kepada PAS.. Malah arwah sendiri hanya memenangi Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sekitar 600 lebih.. Melihat kepada perkembangan terkini dalam politik UMNO sendiri, mungkin ahli UMNO sepatutnya pakat-pakat anjurkan solat hajat pukul 3 pagi macam Nik Aziz selalu lakukan setiap kali pilihanraya kot? HE!HE!HE!

Kalau kita kata isu tempatan yang akan menentukan keputusan Pilihanraya kecil, rasanya itu pun belum tentu UMNO boleh 'cover' sepenuhnya.. Masih ada rasa tidak puas hati dikalangan ahli UMNO berhubung dengan perlantikkan Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu menggantikan DS Idris Jusoh.. Itu tak masuk lagi bab pemilihan UMNO yang menyaksikan perebutan jawatan dalam parti sempena pemilihan parti pada kali ini.. Rasanya kalau nak 'menghilangkan' majoriti undi sebanyak 600 undi tuh bukannya sesuatu yang mustahil pun bagi PAS..

Kalau kita mengambil 'trend' Pilihanraya UMUM ke-12 dan Pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita menyaksikan bagaimana ahli-ahli UMNO sendiri keberatan nak bagi undi kepada UMNO.. Ini sebenarnya dah kira kes berat dah ni.. Malangnya selagi 'Bakal Mantan Presiden UMNO In-waiting' masih cakap besar KONONnya "UMNO masih kuat", rasanya ada harapan le Kuala Terengganu menyaksikan tempat pertama UMNO akan tinggal bendera!.. Tak tahu le mungkin kawan-kawan si Menantu dapat membantu memenangkan calon UMNO di sana kot? HE!HE!HE!

Mungkin masih ada pemimpin UMNO yang berani cakap besar KONONnya keahlian UMNO ada sebanyak beberapa ribu seperti yang pernah diucapkan ketika Pilihanraya Permatang Pauh sebelum ini? Parlimen Kuala Terengganu adalah kawasan majoriti Melayu dan mustahil rasanya calon bukan Melayu diletakkan oleh parti lawan untuk menentang UMNO.. Pasti ada Jeneral Besar PAS yang akan diletak sebagai calon.. Apa pula strategi UMNO? Nak letak 'kawan baik' si Menantu dari Tingkat 4 JPM yang jadi Timbalan Menteri dan jugak Senator sebagai calon ke? HE!HE!HE!

Nak bawa isu pembangunan lagi sebagai isu kempen? Tak payah kot.. Kat Permatang Pauh pun dijaja isu yang sama, apa hasilnya? Nak bawa isu keburukkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan? Cubalah.. Mungkin ada pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi kot? Akhirnya pasti pengundi memilih ikut kehendak hati dan emosi mereka juga.. Mungkin kali ini TS Annuar Musa ingin sekali lagi mencadangkan agar UMNO memBOIKOT pilihanraya ini? KAH!KAH!KAH!

Itulah.. Bila orang suruh cepatkan peralihan kuasa Disember ini, tak nak.. Orang suruh pujuk Tun Dr Mahathir kembali kepada UMNO, tak nak.. Apa faedahnya sesetengah orang UMNO pergi 'cari pasal' dengan orang yang dikagumi oleh berbilang bangsa dan agama? Kita tu lebih BAGUS ke sampai tahap nak 'MENGHINA' beliau? Pengunjung Blog beliau aje dah melebihi keahlian UMNO sendiri! Teruskanlah BUDAYA Sombong dan Syok Sendiri dalam UMNO sekiranya rasa perbuatan sebegini baik untuk parti! Kali ini ALLAH SWT memang nak MENGUJI kepimpinan UMNO.. Bersedialah...............

Wallahualam..

5 comments:

Kembara Politik said...

Kita tengok sajalah apa akan jadi. Arwah Datuk Razali mmg dihormati di Terengganu kerana usahanya dalam kecemerlangan akademik anak Terengganu. Orang PAS di sana pun turut mengakuinya. Bukti paling nyata ialah kecemerlangan Terengganu dalam setiap kali UPSR. Usaha dan legasi beliau sebelum berkecimpung dlm politik meyebabkan Arwah disegani. AlFatihah buat Allahyarham Datuk Razali Ismail. Takziah buat keluarga beliau. Jasa Arwah sentiasa dikenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Yang dah pergi tuh sedekahkan lah Al Fatihah.. Yang tinggal hanya sekadar mampu merata aje la.. Persoalan sekarang, mampukah UMNO mencari seseorang yang setanding dengan allahyarham sebagai calon ketika UMNO dilanda BADAI akaibat perbuatan ahlinya sendiri? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Faizal Zakaria's Blog said...

Jangan kata mcm tu..
Bendera UMNO tetap kuat di sana :-)














Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terima kasih Sdr Faizal atas KOMEN anda..

Saya jugak berharap bendera atau panji-panji UMNO berkibar megah di Kuala Terengganu nanti sekiranya ramai ahlinya macam Sdr Faizal..

Apa pun sekadar komen ringkas:-

1) Ada TANGAN memacakkan BENDERA pasal dia ingin benar-benar orang HORMAT dengan BENDERA tersebut

2) Ada TANGAN memacakkan BENDERA pasal dia ingin orang HORMATkannya yang memacakkan BENDERA tersebut

3)Ada TANGAN merosakkan pula BENDERA yang dipacakkan kerana tiada keHORMATan wujud dalam diri..

Wallahualam..

pakcik.net said...

kalu dok main lagu ni umno akan nunging nyo setahun 2 lagi..bos2 umno dok perang nok ko pangkat..rakyat dok kebil2..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS