DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 18, 2008

Perlukah Malaysia dikenali sebagai pengeksport BABI?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Menurut laporan media, di Melaka terdapat kes di mana kepala BABI digantung pada pintu pagar seorang penduduk yang menjadi ahli jawatan kuasa mengawal penternakkan BABI..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive

Malah, tulang dan kepala BABI juga dijumpai di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah hingga menjejaskan pengusaha chalet pelancongan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive

Malah, menurut laporan berita TV semalam, terdapat usaha sesetengah pihak di Kedah untuk menambah ladang ternakkan BABI dengan alasan permintaan pasaran tempatan.. Nampaknya BABI tak cukup-cukup ke di negara ini untuk peminat dan pemakannya?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu ladang ternakkan BABI di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.. Rasanya hampir setiap negeri kecuali Perlis ada ladang ternakkan BABI kononnya BABI diternak untuk pasaran DOMESTIK negara.. BENARKAH BEGITU?

Sepatutnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memantau pekembangan ternakkan BABI ni kerana alasan ternakkan BABI untuk pasaran DOMESTIK hanyalah TIPU-MUSLIHAT sesetengah pihak untuk tujuan yang TERSEMBUNYI.. Janganlah terpedaya lagi dengan alasan sebegini rupa kerana jumlah BABI dalam negara kita sebenarnya jauh lebih dari mencukupi.. Malah ada penternak Ikan Patin di Perak menjadikan sisa BABI sebagai bahan makanan ikan mereka.. Jumlah BABI yang berlebihan ini berdasarkan fakta yang penah dikemukakan oleh Utusan Malaysia seperti di bawah:-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm&arc=hive

Orang Melayu memang tak makan BABI.. Orang India juga majoritinya tak makan BABI.. Malah. kebanyakkan kawan-kawan aku keturunan Cina pulak banyak juga yang jadi VEGETARIAN terutamanya penganut agama Buddha.. Jadi siapa sebenarnya pemakan BABI sampai tak cukup-cukup BABI dalam negara ini nak dimakannya? MUNGKINKAH BABI YANG DITERNAK DALAM NEGARA INI SEBENARNYA UNTUK DIEKSPORT JADI MAKANAN 'PENDUDUK PULAU DI HUJUNG SEMENANJUNG'?

Kebelakangan ini kita dapati banyak berita tentang ternakkan BABI dan usaha pihak-pihak tertentu untuk memperluaskan ternakan tersebut ke serata negara.. Dipercayai, usaha sebegini didorongi akibat kesan kejayaan sebuah parti politik 'peninggalan' People's Action Party Singapore) menguasai pentadbiran negeri atau menjadi 'PUPPET MASTER' kepada beberapa pemimpin negeri selepas Pilihanraya Umum ke 12.. Sesetengah penyokong fanatik parti politik terbabit yang kebanyakkannya didominasi oleh satu kaum jelas ingin memperalatkan BABI sebagai agenda politik mereka di negara ini.. Malah bukan RAHSIA lagi mereka memaparkan gambar mereka 'bermain BABI' di dalam Blog mereka sendiri..

Seharusnya orang Melayu dan warganegara bukan pemakan BABI membangkitkan dan menunjukkan perasaan MARAH mereka terhadap agenda BUSUK sebegini.. Bekalan daging ayam, lembu dan kambing dalam negara pun kerap tak cukup tapi bekalan BABI dalam negara pulak berlebihan? Setakat manakah hasil BABI tu masuk dalam KDNK negara kita?Adakah pembukaan lebih banyak ladang ternakkan BABI ni membantu ke arah menjadikan negara ini sebagai HUB HALAL?

Wallahualam..

3 comments:

Kembara Politik said...

Depa cakap perlu!

Tak caya tanya DAP!

Majlis Peguam pun sure endorse dgn segala ruang yg ada dlm Perlembagaan utk cakap ini hak masing2. Kebebasan...hehe...PKR plak cakap kalau tentang mmg tak kena dgn keadilan...tak adil...

Kalau tanya saya mmg jawapannya..biarlah setakat utk non-Muslim Malaysia saja. Sikit2 dah la...buat di tempat terpencil dgn kwsn majoriti non Muslim dan guna teknologi utk control polution.

Tapi kalau dah mencemarkan alam, molek lagi kiranya ditutup. Banyak masalah dari kebaikannya. Tapi ahli politik semuanya penakut. UNDI lebih berhaga dr masalah pencemaran dll. Kalau UMNO nak tutup, PAS & PKR bangkang. Kalau Pas nak tutup, UMNO & PKR bangkang. Kalau PKR (PKR tak akan tutup sebab dia play safe in politics). Penyudahnya semua ahli politik Melayu jd balaci.

Import je la. Keluarkan permit AP..ekekeke...Tekak non Muslim boleh menikmati ba alif ba ya...Muslim tak kecik ati..Pencemaran takde...HUB-HALAL tak jadi HUB-HARAM. Tak gitu?? Ke salah?? Kalau salah minta maaf la ye...

Kita org biasa je..bukan ahli politikus..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Aku hairan kenapa ternakkan BABI begitu menjadi pilihan dan seolah-olah setiap negeri 'WAJIB' ada ladang untuk ternak 'menatang' nih..

Sepatutnya kerajaan ada STATISTIK yang lengkap untuk mengetahui permintaan dan pengeluaran DOMESTIK 'menatang' nih.. Tak perlulah ternak 'menatang' nih untuk dieksport ke 'Negara hujung Semenanjung' nih..

Sepatutnya penternakan seperti kambing, arnab, puyuh dan banyak lagi yang harus diutamakan sebagai makanan penduduk Malaysia..

Wallahualam..

Kembara Politik said...

Haah..kan bagus kalau ternak puyuh...hehehe

Tapi betul la cakap engkau...kena ada statistik permintaan dan penawaran...

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS