DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, March 09, 2010

Ajaran Pok Nik 'ALAHISSALAM' -> Mufti Perak pun diLABELkan 'EJEN Sekular'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ulama dikatakan PEWARIS Nabi..

Itulah yang menjadi MODAL dakyah terutamanya dikalangan para Lebai PAS sebagai satu bentuk keWAJARan untuk mereka main POLITIK - konon-kononnya, dengan 'TITLE' Lebai PAS sebagai PEWARIS Nabi maka apa sahaja TINDAKkan mereka dalam POLITIK adalah BENAR belaka.. MODAL Lebai PAS ini telah diguna pakai semenjak Kelantan jatuh ke tangan PAS iaitu sejak tahun 1990 dahulu lagi.. Sejak tahun 1990, kepimpinan Pok Nik sebagai MB Kelantan dikatakan kononnya sebagai KEPIMPINAN ULAMA dengan tujuan untuk menarik SOKONGan terutaman kepada mereka yang belajar tentang agama Islam secara sekerat-sekerat..

Namun, BENARkah Pok Nik boleh diKATAkan sebagai contoh kepimpinan ULAMA? Setahu kita, kalau dikaji sejarah 4 IMAM utama mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, TIDAK ada seorang pun IMAM baik Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Shafie dan Imam Hanbali menjadi pemerintah atau pemimpin rakyat di sesebuah kawasan.. Malah, begitu jugak dengan para IMAM seperti Imam Ghazali, Imam Bukhari, Imam Muslim dan ramai lagi perawi hadis yang digelar ulama, hampir TIDAK ada yang bergelumang dengan POLITIK atau mengejar KUASA untuk memerintah orang lain..

Yang MENARIKnya, Pok Nik dengan MUDAH meLABELkan sesiapa yang TIDAK setuju angin dengannya sebagai 'ejen UMNO', 'ejen parti SEKULAR' dan sebagainya.. HARI ini kita dikejutkan dengan Pok Nik yang meLABELkan Mufti Perak Datuk Seri Harussani sedemikian RUPA hanya kerana Mufti Perak menceritakan tentang USAHAnya yang bertemu dengan kepimpinan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO di Perak..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

Senang BENAR dia meLABELkan orang seolah-olah dia tuh macam tahap nabi agaknya? Tak LAMA lagi boleh le Lebai PAS bagi gelaran 'ALAIHISSALAM' kepada Pok Nik pasal MUFTI yang merupakan tempat rujukan umat Islam pun boleh diLABEL sedemikian rupa?

KISAH Mufti Perak yang berusaha untuk meWUJUDkan perpaduan sesama umat Islam melalui kerajaan campuran UMNO dan PAS sebenarnya langsung tidak berCANGGAH dengan tuntutan Islam.. Namun kerana Lebai PAS seperti Pok Nik dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang lebih mementingkan tuntutan IBLIS yang mahukan umat Islam berpecah-belah, maka usaha Mufti Perak ini sia-sia sahaja.. RASAnya tidak pernah lagi keluar kenyataan LISAN Mufti Perak yang mengatakan beliau memihak kepada UMNO? ADA ke? Malah beliau memperlihatkan DIRInya menjadi orang TENGAH antara UMNO dan PAS.. Nampaknya sekali LAGI Pok Nik telah memFITNAHkan orang sesuka HATI..

Kalau kita IKUT salasilah Mufti Perak, beliau sebenarnya seorang yang KRTIKAL dan TEGAS dalam tuntutan agama.. Kita TIDAK lupa bagaimana KRITIKALnya beliau dalam soal MURTAD dan soal AKIDAH umat Islam.. KeTEGASan beliau seharusnya menjadi CONTOH dan rujukan kepada mereka yang KONONnya mendakwa ingin menegakkan Islam.. Adalah menyedihkan jika melihat seorang mufti yang cuba menganjurkan perpaduan sesama UMAT Islam diLABEL sedemikian rupa.. Kita HAIRAN dalam isu pengGUNAan nama ALLAH SWT oleh pihak gereja, Pok Nik langsung tak memBANTAH tetapi bila Mufti Perak menganjurkan perpaduan sesama Islam, Pok Nik LANTANG meLABELkan beliau sesuka HATI?

JADIK, tepatkah kalau kita katakan Pok Nik tuh sebagai CONTOH kepimpinan ULAMA? Yang MENARIKnya, kepimpinan ULAMA Pok Nik tidak menjadikan umat Islam semakin berIMAN, bertaqwa jauh sekali maju seperti yang dikatakan.. Sebaliknya kepimpinan ULAMA Pok Nik penuh dengan menganjurkan perpecahan sesama umat Islam, mengHALALkan apa yang HARAM, berFATWA sesuka HATI, menDOAkan BALA sesama umat Islam dan mengejar keDUNIAan.. Segala apa ajaran Pok Nik diikuti memBUTA-tuli oleh para Lebai PAS yang sememangnya JAHIL dalam agama sendiri.. Hinggakan selalu jugak Pok Nik dilihat lebih 'berKUASA' sampaikan boleh tentukan siapa ke SYURGA dan siapa ke NERAKA.. Entah siapa yang bagi SYAFAAT kat orang tua nih agaknya?

Umat Islam cuma ada seorang Nabi sahaja.. Kalau sebelum ini kita diKEJUTkan dengan Rasul Kahar dan Ayah Pin, jangan pulak Pok Nik 'ALAIHISSALAM' cuba memesongkan lagi umat Islam di negara ini kerana ingin berSEKONGKOL dengan DAP dan PELIWAT.. Sukar untuk kita MAAFkan keSALAHan Pok Nik kali ini..

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Tinggi ... tinggi ilmu Pok Nik ALAHISSALAM. Katanya: Allah pun mencarut, berkawan dgn Iblis pun boleh, Nabi Muhammad SAW pun berkroni. Siapa masuk Syurga siapa masuk Neraka pun dia tentukan. Fuh ! Tinggi tuuu !

Ni kan pula berbohong, memfitnah, memaki, menyeleweng...(panjang pulak nanti)... takde hal baginya.

Pok Nik Alahissalam, ketotol orangnya. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Betul kata Tun Dr M, orang tua ni bukannya tahu apa-apa.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pok Nik lah contoh ULAMA AKHIR ZAMAN yang akan menyesatkan orang seperti yang disebut dalam banyak hadis-hadis sahih.. Kalau zaman khalifah Islam, dah LAMA dah diperangi orang macam Pok Nik nih..

Orang yang mula-mula diHISAB pada hari Kiamat ialah ULAMA.. Adakah Pok Nik 'ALAIHISSALAM' bersedia untuk diHISAB kelak?

Wallahualam..

Anonymous said...

... bersedia untuk diHISAB kelak?

Pertanyaan berupa peringatan yang berguna. Sampoi tapi sukar dijawab. Pertanyaan yg boleh menyedarkan pada yg mahu mendengar dan mampu berfikir.

Taaapiiiii ... kalau ditanya Pok Nik Alahissalam .... Celako!Celako!Celako lah yg dituturnya.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS