DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, April 13, 2010

Macam FILEM 'Catch Me If You Can' versi Malaysia la pulak..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Rasanya RAMAI pernah menonton sebuah FILEM Hollywood bertajuk "CATCH ME IF YOU CAN" Filem tersebut yang dibintangi oleh beberapa bintang Hollywood terkenal seperti Leonardo De Caprio dan Tom Hanks dan diarahkan oleh Steven Spielberg mengisahkan tentang kisah BENAR seorang penyamar bernama Frank Abagnale Jr. yang diLAKONkan oleh De Caprio.. Frank Abagnale Jr. telah menyamar sebagai seorang 'PILOT', peguam dan juga ejen FBI untuk menipu bagi mendapatkan WANG.. Akhirnya, Frank berjaya ditangkap oleh seorang agen FBI lain bernama Carl Hanratty (lakonan Tom Hanks) dan penyamarannya berjaya diBONGKARkan.. FILEM ini memang menarik untuk ditonton..

Di Malaysia, ada pulak KISAH bagaimana seorang REMAJA telah menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dan telah mengaturkan LAWATAN ke kem Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).. Remaja berkenaan yang merupakan pelajar cemerlang SPM, ditahan polis Jumaat lalu kerana menyamar sebagai Kerabat Raja Pahang.. Walaupun penyamaran remaja terbabit TIDAK melibatkan penipuan wang seperti dalam filem "CATCH ME IF YOU CAN", namun keMAMPUannya memperdayakan beberapa PEGAWAI tinggi kerajaan hingga sampai TAHAP mengaturkan lawatan RASMI untuknya sebagai kerabat raja AGAK mengagumkan.. Penyamaran REMAJA tersebut 'KANTOI' apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang mengetahui identiti sebenarnya..

Namun demikian, apa yang MENARIK adalah ALASAN salah seorang EXCO Kerajaan Negeri yang diperdayakan oleh REMAJA tersebut..

"Saya akui turut serta dalam lawatan itu selepas dijemput oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil untuk melawat remaja golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Sepat di sini.."

Itu penjelasan dibuat oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang enggan namanya disiarkan mengenai laporan kehadirannya dalam lawatan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyamar..

"Dalam lawatan itu, Abdul Hadi memperkenalkan budak itu kepada saya sebagai 'Tuan Muda'. Saya langsung tidak syak dan tidak bertanya apa-apa mengenainya kepada Abdul Hadi pada masa itu," katannya lagi..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Apa yang anda FAHAM dari kenyataan EXCO tersebut? Kita mendapat MESEJ bahawa ramai pegawai tinggi kerajaan dan jugak EXCO begitu MUDAH diperdayakan walaupun oleh seorang REMAJA berumur 18 tahun.. Walaupun BUNYInya agak janggal dan meMALUkan, namun itulah REALITI sebenar yang berlaku dan dilaporkan dalam akhbar.. Nampak sangat para pegawai tinggi kerajaan dan jugak sesetengah EXCO kurang PEKA dengan perkembangan semasa dan jugak TIDAK begitu mengenali kerabat raja negeri sendiri.. Sibuk berPOLITIK agaknya.. SIKAP para PEGAWAI kerajaan sebegini seharusnya diambil BERAT oleh kerajaan dan harus ADA usaha untuk memperbaiki keadaan ini..

Kita jugak boleh mempersoalkan TAHAP sekuriti atau keselamatan dalam SOAL ini hinggakan orang begitu MUDAH menyamar sebagai kerabat raja.. Kita merasakan bahawa REMAJA yang menyamar mungkin TIDAK bermaksud JAHAT atau berNIAT untuk menganiayai sesiapa, tetapi itu tidak berMAKNA para pegawai tinggi kerajaan BOLEH cuai dan bersikap sambil LEWA seperti dalam KES ini.. Seharusnya sesuatu patut dilakukan oleh mereka yang terlibat untuk memperbaiki keadaan.. KES sebegini walaupun mungkin tidak sebegitu SERIUS tetapi sedikit sebanyak turut menCEMARkan imej EXCO kerajaan dan para pegawainya.. Kot mereka jenis TEBAL MUKA, tak tahu la..

APA pun, kita jugak menyokong kenyataan Tengku Puan Pahang yang TIDAK mahu REMAJA terbabit dipengapakan.. Kita jugak berharap hukuman TIDAK terlalu KERAS untuknya.. Jangan kerana tak dapat TANDUK, telinga diPULAS pulak..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KeSALAHan tetap keSALAHan tetapi dalam SOAL ini keCUAIan para pegawai tinggi sendiri yang sepatutnya diperSOALkan.. Malah, seharusnya beberapa tindakkan DISIPLIN patut dikenakan kerana kecuaian mereka tersebut.. APA pun, KES ini seharusnya menjadi pengajaran dan TELADAN yang begitu berguna untuk semua PIHAK.. Mungkin kita jugak patut menjemput para SUTRADARA kita untuk memFILEMkan "CATCH ME IF YOU CAN" versi tempatan ini agar menjadi PENGAJARAN untuk semua? HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Jgn di hukum budak tu. Kalau boleh AMARAN KERAS pun jangan. Memadai sekadar TERKEJUT.

Apa2 pun, watak ni sesuai dgn si Pesalah Politik Wang KP Umno Malaysia. Sejak terdedahnya rancangan jahat memfitnah Najib/Rosmah, si Kitol Jamaludin bertambah hebat wataknya. Baru sekarang si Kitol mempersoal kehadiran Al Juburi di PC keling Bala!!! Betullah perumpamaan ...Gabra/Takut kerana Salah.

tebing tinggi said...

Remaja yang sebagini tidak seharus dihukom kerana dia mempunyi kelebihan-kelebihan yang bolih gunapakai.
seharusnya dia dididik untok mengunakan kelebihan yang ada padanya bagi manafaat negara.
Adalah rugi kalau kita mengangap perbuatannya itu sebagai jenayah,cuma apa dia tidak tahu mensasarkan kemampuanya dilandasan yang betul.
Bagi kakitangan kerajaan yang terpadaya agak tidak wajar bagi mengatakan mereka tidak sensitive untok menyilidik kewajaran dakwan, kerana sifat semulajadi orang melayu ta'at kapada kehendak raja tampa usul pereksa.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS