DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, June 05, 2010

Ahli POLITIK kita berlumba-lumba nak jadik HERO Palestin - Anda rasa LAYAKkah mereka?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sekarang ini semua PIHAK mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan POLITIK kepartian masing-masing.. Sedangkan sebelum INI semuanya pakat buat tak TAHU aje.. Yang menJIJIKkan tuh, kebanyakkan yang mengaku memperJUANGkan nasib Palestin ketika ini adalah ahli-ahli POLITIK yang ada kisah BURUK dan JIJIK pada mata rakyat.. KONONnya dengan memperjuangkan isu Palestin pada HARI ini, segala keKOTORan mereka dalam POLITIK 'disucikan' depan mata rakyat.. Inilah tujuan sebenar mereka berlakon menjadi HERO selama ini..

Cuba anda LIHAT balik mereka yang menjadi HERO Palestin ketika INI.. Lihat tanpa mengira mereka dari UMNO, PAS atau PKR.. Di manakah mereka sebelum ini? Apakah yang telah mereka lakukan sebelum INI untuk membantu rakyat Palestin? Selain berDEMONSTRASI, adakah mereka benar-benar membantu rakyat Palestin dalam erti kata sebenar? Kenapa BARU sekarang mereka diLIHAT cuba menonjolkan DIRI sedangkan sebelum INI hanya kaku membisu dalam isu Palestin? TIDAKkah cukup lagikah keMUNAFIKkan yang mereka sembunyikan semasa bermain POLITIK hinggakan isu ini pun cuba nak diambil kesempatan POLITIK?

Lihat dalam PAS.. Selama INI berapa RAMAI Lebai PAS yang KONONnya telah SYAHID di Palestin? ADA? Selama INI sudah berapa JUTA RM sumbangan Lebai PAS yang betul-betul telah sampai ke Palestin? Apabila Palestin dipecah-belahkan kepada PLO dan HAMAS, bukankah PAS yang meLABELkan parti mereka KONONnya sebagai HAMAS dan PLO sebagai UMNO? Bukankah itu sahaja dah manjadi cukup BUKTI bahawa PAS sememangnya menjadi alat Yahudi untuk memecah-belah umat ISLAM?Kenalkah rakyat Palestin dengan PAS? Pernahkah pemimpin PAS melawat Palestin atau menziarahi pemimpin mereka? Jangan sekarang ni nak HANTAR si MAHFUZ yang tak SEKOLAH tu pulak, KANG habis dia KAPOR semua duit DERMA buat makan ANGIN! KAH!KAH!KAH!

Lihat dalam PKR.. Eh! Eh! Bukankah sebelum INI kita telah DEDAHkan bahawa akhbar utama ISRAEL iaitu THE JERUSALEM POST telah memPROMOSIkan Penasihat PKR sebagai PM Malaysia? Bukankah itu sahaja SUDAH menunjukkan bahawa PKR ini adalah dalang kepada ZIONIS Israel untuk memecah-belahkan umat Islam seperti mana di Palestin? Itu belum lagi masuk bab bagaimana Penasihat PKR mempunyai hubungan secara SULIT atau SAHIH dengan para ZIONIS di serata DUNIA melalui pertubuhan-pertubuhan yang diTAJA oleh ZIONIS? Bahkan Penasihat PKR sendiri berBANGGA apabila ZIONIS Neo-Con perancang Perang Iraq berNAMA Wolfowitz menjadi SAHABAT setianya? Alih-alih HARI ini si Penasihat PKR ini cuba menjadi HERO pulak dalam isu Palestin? Takkan nak TIPU si Yahudi Wolfowitz tuh? KAH!KAH!KAH!

Lihat dalam UMNO.. Jijik pulak meLIHAT gelagat 'DEMONSTRASI BERMUSIM' yang dilakukan oleh Pemuda UMNO.. Ini semua tak lebih sekadar TAKTIK Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK WANG nak cari PUBLISITI murahan pasal KEMPUNAN tak dapat jawatan MENTERI.. Seperti jugak Lebai PAS, di mana Pemuda UMNO sebelum ini dalam memperjuangkan isu Palestin? Bila 'BOSS' Pesalah POLITIK WANG tak dapat jawatan MENTERI, Pemuda UMNO Negeri siap nak PROTES kat PM lagi tuh? Sedangkan keGANASan Israel terhadap Palestin dah berPULUH tahun, takde pulak Pemuda UMNO Negeri nak PROTES macam tuh? Apabila perjuangan diCEMARI dengan POLITIK WANG, toksah dok jadi HEROlah.. Meluat kita tengok!

Inilah dia tahap keIKHLASan dan keTULENan perjuangan ahli-ahli POLITIK yang KONONnya mengaku HERO Palestin pada HARI ini.. Baik daripada PAS atau UMNO, semua berLAKON semata-mata.. Apatah lagi dengan PKR yang terang-terang bersekongkol dengan pemBUNUH rakyat Palestin? HAMPEH!!

Apa pun, kita sebagai RAKYAT Malaysia harus berBANGGA dengan bekas PM dan negarawan kita Tun Dr. Mahathir yang terBUKTI pejuang sebenar untuk Palestin di Malaysia ini..

- SIAPAKAH YANG PERNAH MENGATAKAN "THE JEWS RULE THE WORLD BY PROXY" SEMASA SIDANG OIC HINGGA MENDAPAT 'STANDING OVIATION' DARIPADA KESEMUA PEMIMPIN NEGARA ISLAM?

- SIAPAKAH PEMIMPIN NEGARA INI YANG BEGITU DIHORMATI OLEH ALMARHUM YASSER ARAFAT, PEMIMPIN AGUNG PALESTIN?

- SIAPAKAH YANG PERNAH MEMASUKKI WILAYAH BAITULMAQDIS SECARA SENYAP TANPA SEBARANG PUBLISITI UNTUK MELIHAT SENDIRI KEKEJAMAN ZIONIS DI WILAYAH PALESTIN HINGGA MENCETUSKAN KEGUSARAN ISRAEL?

- SIAPAKAH KALI INI YANG MENGUSAHAKAN DAN MENAJA KAPAL RACHEL CORIE YANG SARAT DENGAN BANTUAN UNTUK DIHANTAR KEPADA RAKYAT PALESTIN DI GAZA PADA HARI INI MELALUI PERTUBUHAN PGPO?


Adakah Lebai PAS macam Pok Nik 'ALAIHISSALAM' atau Mahfuz, penyokong TEGAR aktiviti menJUBOR dalam PKR dan kaki CILOK DUIT dalam Pemuda UMNO mampu melakukan semua INI demi rakyat Palestin? Jangan dok HARAPlah.. Maunye mereka tuh SEMUA nak jadikan Malaysia yang MAKMUR ini macam Palestin, ada la KOT? HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Kenn said...

What the Israelis did was beyond the international law.

What exactly did Hitler see in Jews back then?

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

The LAW is made in order to be breach..

Itulah pemahaman Israel dan kawan-kawan mereka di Malaysia..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS