DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, June 12, 2010

Tak SANGKA pandangan BLOG ini terbit dalam Utusan Malaysia..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita rasa BANGGA kerana penulisan dalam BLOG ini telah dipetik oleh Utusan Malaysia dalam ruangan RENCANA oleh Lukman Ismail..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Untuk itu, kita merakamkan setinggi-tinggi pengHARGAan kepada pihak Utusan Malaysia kerana sudi menerbitkan secebis dua pendapat daripada BLOG ini..

Kepada PIHAK yang INGIN mengambil pendapat atau TULISAN dari BLOG ini, kita TIDAK ada masalah untuk anda berbuat demikian.. Namun, kita rasa WAJAR untuk mengingatkan anda semua bahawa segala penulisan dalam BLOG ini adalah pandangan 'PERSONAL' PEMILIKnya berdasarkan kepada TINJAUAN umum secara TURUN padang, pembacaan menerusi MEDIA massa, merujuk kepada bahan-bahan ILMIAH dan temubual BIASA dengan anggota masyarakat atau rakyat marhaen lain.. Penulis BLOG tidak semestinya WARTAWAN atau EDITORIAL penerbitan, oleh itu penulisan dalam BLOG juga tidak FORMAL dan tidak semestinya menyamai penulisan dalam mana-mana MEDIA yang lain..

Oleh itu ANDA seharusnya BIJAK untuk memBEZAkan tentang penulisan yang SESUAI atau TIDAK untuk dimuatkan dalam BLOG atau mana-mana penerbitan milik ANDA.. Malah, ada beberapa ISTILAH dalam BLOG ini yang sebenarnya KURANG sesuai untuk bacaan UMUM menerusi penerbitan bertulis, INI semua kita serahkan kepada BUDI-bicara anda sebagai pembaca untuk MENILAInya.. Kita jugak TIDAK berhasrat untuk memohon kepada pihak Dewan Bahasa agar memBENARkan penggunaan kesemua ISTILAH ini.. Kerana penulisan berCORAK beginilah yang memBEZAkan BLOG dengan mana-mana bentuk PENULISAN dalam MEDIA lain.. Fungsi BLOG itu sendiri adalah lebih kepada berSIFAT 'PERSONAL' untuk bacaan UMUM bukannya berbentuk ILMIAH..

KREATIVITI penulis BLOG adalah tidak TERHAD dan tidak pelu diKONGKONG selagi pendapat yang mereka SUARAkan menerusi penulisan tidak diKATEGORIkan sebagai melampaui BATAS.. Malah, sejak PM ke-5 mengamalkan DASAR KETERBUKAAN, kita percaya terdapat BANYAK lagi penulisan BLOG yang jauh lebih menyimpang, memesongkan maklumat dan menyimpang JAUH daripada keBENARan.. Malah BLOG-BLOG ini terdapat dalam pelbagai BAHASA dan jelas bersifat mengHASUT pembaca untuk menuruti NIAT jahat mereka hingga sampai ke tahap melanggar undang-undang NEGARA.. Untuk itu, kita meMOHON agar pihak berkenaan dapat memBEZAkan bentuk penulisan dalam BLOG-BLOG agar dapat menJAMIN keBEBASan bersuara disamping dapat menegakkan undang-undang..

Insya-allah, selagi MAMPU, BLOG ini akan terus menjadi wacana MINDA untuk golongan RAKYAT biasa belajar berFIKIR, menggunakan OTAK untuk menilai sesuatu ISU dan mengHARGAi apa yang mereka kecapi sebagai warganegara NEGARA ini tanpa dipengaruhi mana-mana pemikiran berBAUR POLITIK yang SEMPIT lagi menyempitkan MINDA kita.. Inilah jaminan keBEBASan dalam penulisan yang BLOG ini mahukan dari anda semua yang membacanya..

Sekian, Terima Kasih..

Tukang Dok Peghati

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Ucapan tahniah pada Tukang Dok Peghati.
Salam.Ikhlas.

House PK said...

Lu memang terbaik la Tukang Dok Peghati, aku jadi kempen manager untuk blog ni! Terbaik!

Tahniah aku ucapkan bro!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terima KASIH Anon dan PK..

PK, sorilah anda jadik kempen managero secara PERCUMA aje .. HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS