DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, September 19, 2010

When a Mamak try to kill two birds with one stone..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Adalah jelas sekarang ahli-ahli 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO sudah kehabisan MODAL POLITIK dan terpaksa bergantung kepada MODAL-MODAL POLITIK samada menerusi BLOG-BLOG atau pun NGO-NGO Melayu demi memastikan ada ISU yang boleh dijaja atau pun diPUBLISITIkan oleh mereka menerusi media.. Kekadang tu nampak jugak mereka bukannya mengHARGAi sangat pun sumbangan para BLOGGERS tetapi seperti biasa mereka buat PEJAM MATA aje la..

Keadaan ini berlaku kerana semua MAKLUM bahawa mereka yang terPILIH sebagai ahli-ahli 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO ini bukannya diPILIH atas sebab KREDIBILITI atau jauh sekali kerana KHIDMAT BAKTI mereka kepada RAKYAT.. Sebaliknya, mereka diPILIH kerana ke'INTIM'an mereka dengan Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG untuk dapat sumber FULUS.. Oleh itu, adalah mustahil mereka ini TAHU menyuarakan kehendak RAKYAT apatah lagi mendakwa diri mereka mewakili RAKYAT.. Rakyat pun MELUAT nak mendekati mereka nih.. Sebab itulah JARANG kita LIHAT isu yang mereka timbulkan benar-benar mendapat sambutan RAKYAT..

Kita terbaca Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang sangat diketahui ke'INTIM'annya dengan 'BOSS'nya itu telah menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi..

http://www.pisau.net/2010/09/gempar-wang-ehsan-100-warga-mas-makan.html

Yang SERONOK dan KELAKARnya tuh, sempat jugak dia sebut:-

"Kami tidak buat menuduh mereka (kerajaan negeri) berbuat demikian... Cuma mahu penjelasan selepas blog berkenaan (Pisau.Net) membuat dakwaan baru-baru ini kerana ia membabitkan orang ramai terutama warga emas beragama Islam yang turut sama menerima wang berkenaan.

"Ambil tindakan terhadap blog berkenaan sekiranya dakwaan dibuat tidak benar, jangan hanya berdiam diri seperti dilakukan mereka sekarang sehingga menyebabkan rakyat merasa gelisah,"

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_23f9fe8f-7f000010-1d956ad0-205eaa8a

KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH!

Adeyy!!! You MASUK sebelah mana?

- Kalau dipihak RAKYAT terutamanya warga emas yang menerima pemberian tersebut, sepatutnya pergilah SIASAT sendiri maklumat yang disampaikan oleh BLOG tersebut?

- Atau adakah dia nih dipihak BLOGGER yang menuntut penjelasan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang? Aik? Kalau begitu, takkan dia suruh SAMAN BLOGGER pulak?

- Atau sebenarnya dia nih 'INFORMER' tidak rasmi untuk kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan MAKLUMAT yang dikhuatiri menyebabkan rakyat MARAH?

Jadik, pada fikiran anda sekalian, agak-agakla dia nih berada di pihak mana?

Kita TAHU sebagai orang POLITIK, dia memerlukan ISU agar KARIER POLITIKnya dilihat 'colourful' la sikit.. Sama la dengan 'BOSS' dia, Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tuh.. Sikit-sikit nak menyibuk tak tentu PASAL..

- Sebelum ini 'MANGKUK' tuh cuba laga-lagakan UMNO dengan PERKASA dalam beberapa ISU melibatkan kepentingan Melayu.. Haram tak diLAYAN oleh kepimpinan UMNO pun..

- Lepas tuh, dia cuba pulak menyibuk URUSAN Wisma Putra dengan menyarankan agar Duta Malaysia di Indonesia dipanggil PULANG.. -> Kang dah kena sebijik dengan DS Anifah Aman?

Oleh itu, adalah JELAS mereka dalam 'KABINET' PESALAH POLITIK WANG dalam kepimpinan Pemuda UMNO bukannya ada ISU pun.. Dengan menCIPLAK isu-isu tertentu daripada BLOGGER dan kemudian bersikap 'LEPAS TANGAN', selepas dapat sikit-sikit PUBLISITI daripada pihak MEDIA.. Sambil tu, boleh le lepas BOM ASAP kat mana-mana BLOGGER yang tidak disukai.. Yang JELASnya, adakah orang yang mendapat PUBLISITI daripada MEDIA ini akan berbuat apa-apa pun untuk MEMBELA warga emas yang disyakki menerima pemberian Wang Ehsan hasil JUDI tersebut? Agak-agak anda? HE!HE!HE!

Inlah yang dikatakan "Killing two birds with one stone"..

Wallahualam..

2 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah atas maklumat dan penjelasan yang sangat 'clear" hingga nampak luar dalam kebusukan nanah hijau barisan utama kabinet pesalah wang Pemuda UMNO Malaysia, mereka ini seharusnya di singkirkan sahaja dari barisan kepimpinan pemuda tidak membawa manafaat kepada bangsa melayu, jika mereka ini menjadi barisan kepimpinan melayu akan datang sudah pasti negara ini akan menjadi haru biru.

Inilah "value" sebenar kabinet pesalah wang pemuda umno kosong macam tin kosong, bunyi kuat tapi kosong.Opportunist untuk survival.Hampasss.
Nasib baik masa pemlihan tempohari aku tak undi KJ and the geng.

Unknown said...

sudah sampai masanya utk orang2 melayu menubuhkan sebuah parti baru bagi membela dan memperjuangkan nasib orang melayu.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS