DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, November 08, 2010

Kenyataan wakil Gerakan dari Melaka memBUKTIkan sokongan kaum Cina terhadap BN masih belum PULIH..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dengan meRUJUK kepada keputusan PRK Batu Sapi di Sabah dan PRK DUN Galas, BENARkah seperti yang diwar-warkan oleh MEDIA pro-kerajaan bahawa undi KAUM Cina telah kembali kepada BN? Undi kaum CINA yang telah HILANG dengan banyak semasa PRU ke-12 dikatakan telah kembali semula kepada BN di DUN Galas dan PRK Batu Sapi.. Namun, kita ULANGi kembali soalan, BENARkah anggapan sedemikian RUPA? Atau ini semua hanyalah perMAINan media untuk meLEKAkan orang-orang POLITIK kita khususnya di dalam BN?

Jika kita melihat DEMOGRAFI penduduk baik di Batu Sapi mahu pun di DUN Galas, kita dapati bahawa pengundi kaum Cina bukanlah pengundi MAJORITI di kedua-dua kawasan tersebut.. Di Batu Sapi, BUMIPUTERA Islam menDOMINASI lebih separuh penduduk di sana.. Begitu juga di DUN Galas yang sememangnya tidak terKECUALI kerana kesemua DUN di Kelantan tidak ada MAJORITI pengundi kaum Cina.. Ini jelas mempengaruhi corak pengundian kerana sebagai kaum MINORITI, adalah lebih baik mereka 'PLAYSAFE' dengan menyokong parti mana yang memBERIkan lebih manfaat kepada mereka..

Tambahan pula, kaum Cina di DUN Galas atau pun di seluruh Kelantan lebih bercirikan TEMPATAN berbanding kaum Cina di negeri-negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.. JARANG sekali kira dengar sikap KIASU kaum Cina di Kelantan atau Terengganu seperti mana kita sering dengari di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.. Budaya tempatan teryata BERJAYA mempengaruhi kaum Cina di Kelantan hinggakan mereka boleh makan BUDU, minum air tuak atau mempunyai 'NICKNAME' seperti nama-nama orang Melayu.. Begitu jugaklah dengan kaum Cina di Sabah.. Dengan KATA lain, kaum Cina di tempat-tempat ini adalah seBENAR-benarnya 1 Malaysia!

Oleh itu, adalah TIDAK TEPAT jika kita mengatakan undi kaum Cina telah kembali kepada BN jika berdasarkan keputusan PRK DUN Galas dan Batu Sapi.. Malah, secara JUJUR ingin kita TEGASkan bahawa keputusan PRK tersebut telah memBERIkan SIGNAL yang SALAH kepada kaum Cina LAIN yang lebih DOMINAN dan menguasai parti-parti POLITIK seperti MCA, Gerakan dan DAP agar terus MENEKAN dan MENUNTUT perkara bukan-bukan demi kepentingan sifat RASIS dan KIASU mereka.. Kenyataan wakil Gerakan dari Melaka, Gan Peng Lam semasa persidangan parti itu yang ke-30 semalam JELAS memBUKTIkan tidak ada apa pun yang berUBAH sebenarnya..

Wakil Gerakan dari Melaka menjadikan contoh tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran sejarah sebagai wajib lulus pada perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menunjukkan hanya satu parti (UMNO) yang berkuasa manakala MCA, MIC, GERAKAN dan PPP hanya penonton.. GERAKAN juga menyelar tindakan tersebut yang dianggap mereka seperti 'abang dalam BN' menyebabkan mereka hilang sokongan..

http://umnobahagiancheras.blogspot.com/

Walaupun TIDAK ada apa yang SALAH dengan kenyataan dan HASRAT TPM tersebut.. Namun demi menJADIkan isu tersebut sebagai isu POLITIK untuk mengHASUT dan menDAPATkan sokongan kaum Cina, kita dapati REAKSI MCA, Gerakan dan sudah tentunya DAP menunjukkan mereka TIDAK SENANG HATI dengan saranan tersebut..

Secara LOGIKnya, sistem pendidikan negara MANA pun semestinya ada subjek Sejarah.. Malah, adalah PENTING untuk sebuah negara masyarakat MAJMUK seperti Malaysia mendidik RAKYAT sendiri agar tahu sejarah NEGARA.. Namun, kita dapati parti-parti POLITIK yang bergantung kepada SOKONGAN kaum Cina SENGAJA memPOLITIKkan isu tersebut untuk memBUTAkan kaum mereka sendiri tentang SEJARAH negara ini dan menidakkan kepentingan kaum-kaum LAIN di negara INI.. Mungkin ahli-ahli POLITIK ini TIDAK akan berbuat demikian kalau subjek SEJARAH menyelitkan tentang sejarah Kuomintang, Jeneral Mao atau kisah-kisah DONGENG Ji Fat lawan Maharaja Zhou? Nampak sangat mereka MASIH mahu hidup dalam MIMPI dan meLUPAkan sejarah kaum mereka sendiri di negara INI..

Apa pun terPULANGlah kepada mereka dan kaum mereka berhubung dengan saranan meWAJIBkan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan negara.. Mungkin RAMAI yang MASIH mahu hidup dalam MIMPI kerana terpengaruh dengan ahli-ahli POLITIK kaum mereka.. Namun jika BN khususnya UMNO mengatakan SOKONGan kaum Cina telah kembali kepada mereka, TERUS-terang kita katakan bahawa mereka sudah terSALAH anggap dan mereka jugak sebenarnya masih berMIMPI!

Wallahualam..

1 comment:

Melayu Pasir Gudang said...

Saya setuju 100% dengan pandangan tuan. Inilah kumpulan-kumpulan yang meranapkan kepercayaan rakyat kepada barisan nasional, inilah kumpulan yang menyerahkan Pulau Pinang kepada DAP.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS