DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, August 18, 2014

Sudah ada 'DATO yang TIDAK MENEGUR RAJA yang berBOGEL' yang dah kePANASan dengan TULISan BLOG TUN DR. Mahathir?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DS Najib seHARUSnya merasa berTUAH kerana TUN DR. Mahathir masih HIDUP untuk MENEGURnya.. DS Najib TIDAK perlu berasa EGO apatah lagi BONGKAK kerana meRASAkan 'PUNAH-Sihat' di sekelilingnya lebih BAIK berBANDING orang TUA berUSIA hampir 90 TAHUN seperti TUN.. Sebaliknya, DS Najib patut meNILAI setiap PATAH perKATAan dalam TULISan BLOG TUN untuk meNILAI apakah Kerajaan UMNO/BN pada HARI ini menCAPAI KPInya atau TIDAK.. KPI sepatutnya diNILAI oleh BEKAS PEMIMPIN yang BERJAYA seperti TUN bukannya oleh 'LEVEL 4 Boys', 'EX-MCKK' apa lagi oleh 'ANAK-ANAK VVIP' dalam kerajaan!


RASAnya TIDAK perlulah kita MENIRU para juruBLOG lain yang 'COPY & PASTE' apa yang TUN TULISkan dalam BLOGnya ke dalam BLOG kita sendiri.. ->KLIK<-


BACAlah sendiri HASIL nukilan dan LUAHannya.. Apa yang diKATAkan oleh TUN bukanlah perkara BARU pun.. Malah, dalam BLOG kita ini jugak dah BANYAK kali kita SEBUTkan.. Mungkin BLOG kita ini tahap MARHAEN aje, DS Najib cuma buat-buat PEJAM MATA aje la.. Apa pun, Sayyidina Ali R.A pernah mengatakan bahawa jangan diLIHAT kepada siapa yang menyampaikan (ILMU) sebaliknya LIHATlah apa yang cuba disampaikannya.. Apakah DS Najib lebih PERCAYAkan kepada FALSAFAH keBARATan 'BLUE Ocean' berBANDING ILMU dan PENGALAMAN orang terdahulu?

DS Najib berTUAH kerana PEMIMPIN yang BERJAYA seperti TUN sentiasa MENEGUR dia jika ada sesuatu yang TIDAK kena.. Cuba LIHAT dengan PAS dan PKR? Dah ROSAK sampai 'TELOQ' kena GENGGAM pun masih tak RASA apa-apa? Apa pun, bila AYAT berikut dinukilkan oleh TUN, sudah ada mereka yang kePANASan..

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya. Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.


10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".

12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

NAMPAKnya sudah ada DATO yang kePANASan dengan SINDIRan TUN seperti di atas.. Anda boleh BACA sendiri kePANASan DATO tersebut di sini.. ->KLIK<-


Mungkin diSEBABkan terlalu 'KePANASan', DATO yang diMAKSUDkan telah menulis perkara berikut di dalam BLOGnya.. Apa MOTIFnya? Entahlah LABU~..

"Over the last 12 months, Malaysia’s imports ranged from RM48-59 billion while its exports ranged from RM61-67 billion. For years, Malaysia’s exports have exceeded its imports. How is this translated into over-dependence on imports?

One thing we have to accept is we cannot expect other countries to buy from us if we do not also buy from them. There is not a country in the world that exports without importing. We need to just make sure that we sell more than we buy. And this is what Malaysia is doing.

How do we reduce imports? By increasing the tax on imports? If we increase the tax on imports then other countries will reciprocate by increasing the tax on imports of Malaysian goods into their country as well. And this will make Malaysian goods uncompetitive.

Furthermore, won’t this increase in import tax burden the Malaysian consumer even more and probably cause a backlash on the government? How can Barisan Nasional be expected to perform better in the next general election if all the voters are angry about this increase in tax of imported goods and services?"


HE!HE!HE! BETULkah apa yang DATO ini MERAPU? Sedangkan TUN hanya menyatakan perihal keberGANTUNGan kepada IMPORT ini seperti berikut..

"Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan."


Ini memang BETUL kerana kita sepatutnya menjadik PENGELUAR bukannya pengIMPORT kepada BARANGan yang kita GUNAkan.. 22 TAHUN TUN DR. Mahathir memBANGUNkan NEGARA kita supaya kita menjadi PENGELUAR tanpa perlu berGANTUNG kepada NEGARA-NEGARA lain.. Apabila beliau bersara, NEGARA ini menjadi pengEKSPORT BARANGan orang lain yang memBUKA KILANG mereka di NEGARA ini.. Mana dia INDUSTRI TEMPATAN kita masakini? Mereka TIDAK lagi menjadi pengeluar sebaliknya menjadi pemasang untuk orang lain aje.. BAHAN-BAHANnya diIMPORT masuk untuk dipasang di sini aje..

Menariknya lagi, DATO ini masih cuba menegakkan BENANG BASAHnya lagi..

"In 2004, Barisan Nasional performed the best in its history. No Prime Minister has ever won an election with that type of majority since Merdeka. But then Dr Mahathir was still not happy with Pak Lah and in 2006 he launched an attack on the Prime Minister. And this resulted in the 2008 election disaster for Barisan Nasional."


HE!HE!HE! Memang inilah CONTOH DATO seperti mana yang diKISAHkan oleh TUN di dalam BLOGnya.. TUN bersara pada Oktober 2003.. PRU-11 pulak pada Mac 2004.. Kurang 5 BULAN aje dah KATA keJAYAan pada PRU-11 itu keJAYAan PM yang berMENANTUkan BUDAK 'OXFORD' yang cuma belajar SAINS POLITIK? DATO ini terLUPA langsung pada ISU-ISU yang telah menyebabkan keJATUHan UMNO/BN pada PRU-12 dahulu.. Kalau nak mengAMPU pun biarlah bertempat..

1) PemBATALan pemBINAan JAMBATAN BENGKOK walaupun ALMARHUM SULTAN Johor sendiri MAHUkannya..

2) PenJUALan MV AGUSTA dengan HARGA 1 DOLLAR kepada GEVI-Spa..

3) TRANSAKSI 'UNTUNG atas ANGIN' berNILAI berBILION RM untuk SAHAM-SAHAM GLC kita dengan Temasek Holdings..

4) USAHA untuk menSWASTAkan IJN bagi memBUNCITkan orang-orang tertentu..

5) USAHA untuk memBINA 'AIPORT' di Labu, Negeri Sembilan yang memBAZIR..

6) PemBATALan LANDASAN 'Double TRACK' sebelum disambung semula dengan KOS yang lebih TINGGI..

7) PemBATALan PROJEK MONOREL Putrajaya dan PROJEK INFRASTRUKTUR lain..

8) KeNAIKkan HARGA PETROL berKALI-KALI atas NASIHAT 'LEVEL 4 Boys'..

9) Yang paling MELUATnya, UMNO mula diKOTORi dengan POLITIK WANG hingga menyebabkan RAKYAT JIJIK sampai sekarang dengan UMNO..


HE!HE!HE! Mungkin DATO yang diMAKSUDkan tadi LUPA kot segala keJIJIKan yang diLAKUkan pada TAHUN 2004 ~ 2008? Mungkin DATO ini jugak ada 'TUMPANG seKAKI' jugak dengan keMUSNAHan yang di bawa oleh penTADBIRan MERTUA-MENANTU itu? Memanglah DATO ini seorang yang MUDAH LUPA dengan apa yang berlaku..


Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

kupasan yang menarik..scoopingocutga

Anonymous said...

Berbilion RM habis untuk penasihat yang mempunahkan negara. Itu ketirisan yang pemimpin buat-buat tak nampak.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS