DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 04, 2008

Ketuanan MELAYU dipersoalkan akibat ingin dilihat lebih 'KETERBUKAAN'


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sana-sini orang dok bising pasal isu Ketuanan Melayu atau Bumiputera di Malaysia ini.. Seolah-olah selama negara ini merdeka 51 tahun, masih wujud ketidaksamarataan dari segi layanan kepada rakyat jelata yang mengaku warganegara Malaysia.. Masih ada ahli-ahli Parlimen Malaysia yang masih tidak matang dan mengungkit tentang asal-usul penubuhan negara ini dan siapa yang mula datang dulu ke bumi Malaysia ini.. Malah, ada juga usaha 'BATU API' untuk melaga-lagakan sesama kaum di negara ini.. Seolah-olah atas nama 'KETERBUKAAN' seperti slogan yang sering dijaja oleh bakal MANTAN Presiden UMNO (bukan bakal MANTAN Perdana Menteri pasal dia masih Ketua UMNO Kepala Batas) kita..

Dalam konteks politik, kita dapati parti-parti politik kita adalah berteraskan kaum.. Secara UMUMnya, UMNO dan PAS mewakili Melayu, MCA mewakili cina dan MIC mewakili India.. Walaupun wujud parti seperti PKR, Gerakan, DAP dan PPP yang KONONnya tidak berteraskan mana-mana kaum, namun jelas sekali pasti ada seseuatu kaum yang menDOMINASI parti politik tersebut.. Mustahil untuk memisahkan fahaman perkauman daripada agenda politik di negara ini.. Namun, inilah keUNIKkan sistem politik di negara kita ini..

Orang Melayu adalah antara penduduk yang terawal menduduki tanah air ini.. Bukti kerajaan seperti Gangga Negara, Kedah Tua, Chih-Tu di Kelantan dan Kesulatanan Melayu Melaka membuktikan kerajaan Melayu sudah lama wujud dan memerintah di negara ini.. Ini sekaligus membuktikan kewujudan apa yang dikatakan 'Ketuanan Melayu' seperti yang dibangkitkan oleh kaum-kaum bukan Melayu yang lain.. Ketuanan Melayu wujud seawal China diperintah oleh Kublai Khan atau sebelum Shah Jehan membina Taj Mahal lagi.. Namun, hakikat sejarah ini cuba DISEMBUNYIkan sekali lagi kononnya tasa nama 'KETERBUKAAN' seperti yang dijaja oleh bakal MANTAN Presiden UMNO ketika ini..

Apabila isu Ketuanan Melayu dibangkitkan, pasti isu ini akan menjurus kepada isu-isu perkauman, keagamaan, kewarganegaraan dan pendidikan yang menjadikan isu ini lebih kompleks.. Akan wujud segala macam tuntutan yang sepihak yang tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya hanya menyebabkan kehancuran kepada perpaduan kaum sedia ada.. Seharusnya isu tuntutan mengikut kaum ini tidak patut dibenarkan atau diHARAMkan terus dalam perlembagaan negara.. Dalam Perlembagaan negara sudah jelas peruntukan untuk semua pihak.. Malah, setiap kaum telah pun ada hak masing-masing walaupun kalau mengikut SEJARAH ada yang tidah berhak mendapatnya.. Nak apa lagi?

Perlembagaan yang ada telah pun menetapkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dasar Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai rasmi negara.. Seharusnya tidak timbul tuntutan seperti nak Universtiti Cina, nak ternakkan BABI setiap negeri, nak wujudkan sekolah berasingan, nak wujudkan papan tanda jalan berasingan, nak bina kuil Hindu sesuka hati dan banyak lagi tuntutan berasaskan perkauman yang jelas mengetepikan hak-hak istimewa orang Melayu seperti dalam Perlembagaan!

Malangnya, KONONnya atas ingin dilihat pengamal dasar 'KETERBUKAAN', bakal mantan Presiden UMNO sanggup membiarkan segala macam tuntutan sebegini memenuhi hansard Dewan Rakyat dan dijadikan bahan jenaka untuk memalukan orang Melayu sendiri! Malah, bakal mantan Presiden UMNO ini juga kelihatan seolah-olah berlumba dengan Ketua Pembangkang untuk menunjukkan siapa lebih 'TERBUKA' dalam melenyapkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.. Sementara ahli-ahli UMNO dan PAS yang masih lagi dibelenggu sikap 'YES SIR' hanya mampu menelan walaupun pahit terhadap perilaku sebegini rupa..

Sebenarnya sebelum ini pun biasa kita dengan NGO berasaskan kaum Cina dan India yang memeprjuangkan tuntutan mereka walaupun ada wakil rakyat keturunan Cina dan India dalam Parlimen.. Biasanya parti politik seperti DAP dan Gerakan yang suka ambil kesempatan terhadap NGO sebegini.. Sekarang ini kasihan pulak orang Melayu terpaksa menubuhkan NGO berasaskan kepentingan bangsa untuk memastikan hak mereka tidak hilang dan juga untuk memperjuangkan tuntutan mereka.. UMNO mahu pun PAS masing-masing telah hilang fokus dan LUPA tujuan parti masing-masing diwujudkan.. Kedua-duanya hanya ingin memperjuangkan INDIVIDU lebih daripada BANGSA, AGAMA dan TANAH AIR sendiri..

Sesungguhnya Hang Tuah berkata BENAR bahawa "Melayu tak akan hilang dari dunia".. Ya.. Nama 'MELAYU' tak akan hilang walaupun bangsanya dah jadi caca-merba sekalipun!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS