DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, December 19, 2008

Sakit Jantung kerana IJN - Siapa yang UNTUNG, siapa yang MISKIN?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

IJN telah ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir khusus untuk menjalankan penyelidikkan dan rawatan terhadap pesakit jantung di negara ini.. Malah Tun dan Pak Lah sendiri pernah menerima rawatan jantung di IJN.. IJN satu-satunya institusi yang paling berjaya dalam bidang rawatan jantung di rantau ini..Merujuk kepada berita Utusan Malaysia, nampaknya Sime Darby akan mengambil-alih pegangan saham dalam IJN sebanyak 51% daripada pihak kerajaan (Kementerian Kesihatan).. Ini telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana pihak IJN hendak mengekalkan bayaran perkhidmatan khususnya untuk merawat pesakit jantung di negara ini..

Wajarkah IJN diswasta?

Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat

–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan

–Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat

–Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA
(Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan

–Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby


Berdasarkan segala KOMEN di atas, tidak ada seorang pun yang memberi ulasan yang RASIONAL kenapa IJN perlu diswastakan? Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia, Pak Lah kata kerajaan masih MAMPU untuk menguruskan IJN.. Jadi sekiranya tidak ada masalah, kenapa perlu diSWASTAkan? Apakah alasan KONKRIT yang mewajarkan tindakkan kali ini?

Kita bukan tidak tahu ada 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang menjadi BROKER khusus untuk mengaut keuntungan dalam projek penswastaan, penggabungan entiti korporat atau penjualan saham GLC di era Pak Lah ini.. Senario yang sama telah pun berlaku seperti di bawah:-

1) Penggabungan Sime Darby, Golden Hope Plantation dan Guthrie corporation membentuk satu entiti korporat peladangan yang terbesar di dunia tanpa sebab-musabab yang MUNASABAH..

2) Penjualan MV Augusta milik Proton kepada Gevi SPA KONONnya MV Augusta penyebab kerugian kepada Proton.. (Sekarang ini kita dapati Proton terkial-kial untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat luat akibat tidak mampu nak membangunkan teknologi sendiri)

3) Cubaan untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dengan Kumpulan New Strait Time Press.. Cubaan ini GAGAL kerana penentangan oleh para pekerja kedua-dua syarikat terbabit..


Rasanya 'TANGAN-TANGAN GHAIB' yang sama kali ini ingin mencuba dengan IJN pulak nampaknya? Ini kerana 'TANGAN-TANGAN GHAIB' ni bimbang dengan ketidak-tentuan nasib mereka sekirang Pak Lah bersara Mac 2009 nanti..

JANJI korporat KONONnya kepentingan orang miskin untuk mendapatkan rawatan tidak diabaikan adalah JANJI yang cukup NAIF.. Ini kerana TAKRIFAN Pak Lah tentang 'Siapa orang miskin' itu sendiri sangat DANGKAL! Pak Lah membayangkan orang miskin hanyalah mereka yang tinggal di pedalaman, bertani, nelayan atau peniaga warong.. Pak Lah tak nampak pun golongan yang tinggal di rumah-rumah flat yang sempit yang kena naik bas atau komuter ke tempat kerja ini sebagai golongan miskin jugak (golongan miskin tegar).. Apakah JAMINAN untuk golongan ini tidak dikenakan bayaran yang keterlaluan KONONnya kerana mereka bekerja di bandar?

Rakyat harus sedar dan mintak penjelasan agar usaha penjahanaman ini dapat dihentikan!

Wallahualam..

10 comments:

Anonymous said...

Betul tu tukang_dok_peghati, saya setuju sangat pendapat mu.

Se lagi.. kalu penswastaan IJN tidak membawa keuntungan kepada Sime Darby, "what type of businessmen are they?" atau kerajaan terpaksa terus memberi subsidi kepadanya supaya kuntungan "bersih" dapat diperolehi?

Tentu ada muslihat disebalik pengswastaan ini.

-master

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tanda tanya semakin tersebar tentang kenapa TS Musa Hitam sebagai Pengerusi Sime Darby berdiam diri tentang hal ini..

Malah, ada beberapa Blog memaklumkan yang KJ bersama suami DS Shahrizat turut kelihatan semasa 'press conference' MOH semasa hal ini dibincangkan..

Nampaknya 'TANGAN-TANGAN GHAIB' gagal menyembunyikan diri mereka..

Wallahualam..

Moshe said...

Tangan ghaib yg berkuasa hanyalah ada pada Pak Lah saja, dan jika tangan ghaib yg dimaksudkan itu memainkan peranan tentulah yg haram jadah si budak hitam tu.

Itulah sebabnya PM menangguhkan hingga Mac 2009 untuk meninggalkan takhta kayangan kerana banyak agenda beliau yg belum selesai.

Name : missy keen said...

ur words make me realize things that i never think. thanks fr da knowledge mr author~

julee said...

This is what happen to a good country ruled by a bad ruling party.

Enriching themselves and forget the rest. Those greedy and selfish Umno are to be blamed.

Anonymous said...

banyak racist dan dirty komen laa...

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

I wondering how those BABIs who wrote the racist comments can write in Malay very well? I thought many of them like the Kelana Jaya MP from DAP? HA!HA!HA!

Anyway, from now on, no comment are allowed from anonymous and those comments which are out of topic will be removed.

Wallahualam..

Heical said...

Salam Semua,

Baling kasutttt kepada Siapa yg tamak hendakan IJN.

InangRodat said...

salam tok..

Teruskan usaha untuk membuka pekung golongan 'korporat' yang rakus mengambil hak golongan yang kurang berada..

Bisnes Harian said...

geram btul bila dgr crita pasal ijn ni

tp, nk tnya ckit. apa pkmbgn ijn skg?jadi ke x penswastaan tu?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS