DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, December 16, 2008

Pindaan AUKU, Suruhanjaya Kehakiman & Suruhanjaya Pencegahan Rasuah - IDEA Pak Lah untuk SIAPA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum bersara, Pak Lah menegaskan yang beliau hendak memastikan berlaku 'sedikit' pembaharuan dalam sistem pentadbirannya sebagai tanda yang beliau juga ada meninggalkan apa yang dikatakan sebagai 'LEGASI' nya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.. Antara yang diikhtiarkan oleh Pak Lah hasil dorongan golongan 'budak-budak tingkat 4' adalah apa yang dikatakan pembaharuan dalam PINDAAN 3 akta yang sedang dibahaskan dalam Parlimen sekarang ini..

Akta-akta tersebut adalah Akta Universiti dan Kolej (AUKU), Akta Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.. Rata-rata rakyat sebenarnya tidak faham untuk apa, untuk siapa dan kenapa akta-akta ini hendak dipinda atau diperbaharui oleh Pak Lah dan konco-konconya.. Alasan yang diberikan hanyalah KONONnya untuk menunjukkan 'KETELUSAN' dalam pentadbirannya yang sebelum ini 'TIDAK TELUS'.. Sebab itu lah apabila Pak Lah jadi PM 5 tahun dahulu, bukan main lagi orang itu dan orang ini didakwa ada kaitan dengan RASUAH.. Benarkah Pak Lah JUJUR sedemikian rupa?

Kita KOMEN sedikit mengenai akta-akta yang BAKAL dipinda atau diperbaharui:-

1) Pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU)

Akta ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.. Tahukah anda kenapa akta ini diperkenalkan? Tujuannya adalah untuk memastikan golongan siswazah yang ketika itu LEBIH SUKA KE JALAN RAYA BERBANDING KE KULIAH ada hala tuju dan turut sama membangunkan negara.. Tahukah anda siapa 'KEPAL BESAR' pemimpin pelajar ketika itu? Itu le.. Yang LULUSan Sains Sosial aje tapi berjaya menjawat jawatan Menteri Kewangan hasil ihsan Tun Dr Mahathir! Alah.. 'MALAUN' yang berjaya memiskinkan penduduk Malaysia dengan ikut nasihat IMF untuk naikkan kadar FAEDAH tahun 1998 dahulu! Apabila pindaan akta nih dibentag dalam Parlimen, sedap mulut aje dia kata KONONnya Universiti Malaysia tak dapar RANKING terbaik pasal pelajarnya dikekang oleh AUKU.. Yang memalukan tuh, ramai jugak pemimpin BN yang bersetuju dengan dia nih? Sedangkan semua maklum RANKING ditentukan oleh berapa banyak kajian universiti terbabit yang diPATENkan dan diKOMERSIALkan! Habih semua kena perbodoh dengan 'Mangkuk' tuh..Nampaknya ada harapan le kita menyaksikan demonstrasi pelajar nak tukar kerajaan ala-ala tahun 70an dahulu!

2) Akta Suruhanjaya Perlantikkan Hakim..

Ini sebenarnya akta "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.." ekoran kes Video Linggam.. KONONnya kuasa Perdana Menteri dalam perlantikkan Ketua Hakim Negara tak 'valid'.. Kononnya berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri semasa mengemukakan nama bakal Ketua Hakim Negara kepada YDP Agong.. Kononnya para hakim patut dipilih oleh kalangan mereka dalam bidang perundangan dan tidak wajar badan Eksekutif mencampuri urusan tersebut.. Akhirnya, untuk menunjukkan 'keterbukaan' kerajaan, maka Ketua Hakim Negara dan 5 jawatan tertinggi hakim dipilih oleh satu 'comittee' yang terdiri daripada beberapa hakim kanan dan individu yang dilantik oleh Perdana Menteri.. Yang LAWAKnya tuh, sebelum hantar nama calon untuk pengesahan oleh YDP Agong, kena melalui 'PENAPISAN' oleh Perdana Menteri jugak? Maka jadiklah ia akta "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.."

3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Kita dah ada Badan Pencegahan Rasuah (BPR).. Namun, BPR ni didakwa tidak telus dalam melaksanakan tugas.. Malah, ada beberapa pegawai BPR sendiri didakwa terbabit dengan rasuah.. Kes TS Eric Chia KONONnya membuktikan betapa BPR gagal mencapai matlamat untuk menghapuskan rasuah.. Ye.. Kita SETUJU dengan itu.. Memang BPR patut diberi nafas baru.. Namun adakah 'PENJENAMAAN SEMULA BPR' dengan nama Suruhanjaya Pencegaha Rasuah adalah jalan penyelesaian terhadap aktiviti rasuah yang berleluasa? Sedangkan BPR pun tak boleh menjawab dengan TELITI kenapa seorang yang ber'JAWATAN' MENANTU KESAYANGAN boleh pinjam duit 'dari kawan' untuk membeli saham ECM Libra? Sampai sekarang BPR tak pernah mencari atau membuktikan keWUJUDan siapa 'kawan' yang baik hati bagi pinjam RM 7 juta tuh? Jadi, apa maknanya 'PENJENAMAAN SEMULA BPR' dengan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah? HE!HE!HE!

Diharaplah kita sebagai rakyat dapat memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebalik pindaan atau pengenalan akta-akta tersebut.. Adakah kita cuba diperBODOHkan sekali lagi?

Wallahualam..

3 comments:

AloQStaQ said...

Bro,

Aku nampak apa yang hang nampak ... aku faham benaq apa yang hang maksudkan ... Cuma kita berharap satu aja, dengan terlaksana nya Rang Undang-Undang SPRM yang telah diluluskan semalam (16/DEC/2008), ianya tidak menjahanamkan BN ... bak kata pepatah, pulang paku buah keras ... konon nak nampak cantek, tubuh SPRM, lastly, BN jugak yang kena tibai dengan pembaharuan tu ... Pembangkang cukup suka untuk menjahanamkan BN dengan strategi kotoq depa ! ...

Dolah tak nampak semua tu ... yang dia nampak, nak bagi nama dia orang respect! ... Hmmm, kita tunggu dan lihat sejauhmana keberkesanan idea Dolah untuk pembaharuan ... nampaknya macam nak hancurkan BN suatu hari nanti ... jangan sampai senjata makan tuan.

AloQStaQ

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pasal kita nampaklah kita kena buat BISING.. Kita kena BISING agar diorang tak buat sesuatu iku suka hati mak bapak depa..

BN gagal menjelaskan apa RASIONAL tindakkan diorang.. Apabila diorang melaksanakan tuntutan pembangkang, bermakna BN melaksanakan agenda diorang bukannya agenda BN sendiri..

Wallahualam..

Moshe said...

Inilah kerja2 sesia yg terakhir buat Pak Lah, biarkanlah dah 5 tahun tu tak buat apa2 pun untuk Malaysia bahkan trek rekod yg merugikan belaka. Batal jambatan bengkok, batal landasan berkembar dan bermacam2 batal lagi, walhasil bayar pampasan 1.2 billion tanpa dapat apa2. Itulah kerja Pak Lah.

Malang sungguh rakyat negara ini kerana dapat pemimpin yg bodoh dlm masa 5 tahun ni.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS