DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, December 22, 2008

Wacana Politik Transformasi Negara - 'Kesayangan' Nik Aziz VS Menantu Pak Lah



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana berjaya manganjurkan sesi debat Wacana Politik Transformasi Negara di Kelantan dua hari lepas.. Melihat suasana yang dipaparkan menerusi televisyen, ramai juga ahli PAS dan ahli UMNO yang memenuhi Balai Islam Lundang, Kota Bharu di mana tempat wacana tersebut diadakan.. Alhamdulillah suasana tempat berlangsungnya acara tersebut berjalan lancar walaupun penyokong UMNO dan PAS kelihatan berada di bawah satu bumbung..

Namun, apa yang ingin dipaparkan pada ketika ini ialah intipati mengenai sebahagian daripada apa yang disampaikan oleh Datuk Husam Musa dan Khairy Jamaluddin sebagai panelis dalam wacana tersebut.. Antara petikan yang menarik daripada Datuk Husam Musa ialah:-

Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan - Husam Musa

Walaupun terus-terang katalah, majoriti umat Islam di negara ini sudah lali dan muak dengan janji-janji kosong oleh Lebai PAS, namun Datuk Husam Musa tetap menyuarakannya apabila dicabar oleh Khairy.. Ada bermacam-macam PERSEPSI yang timbul akibat kenyataan Datuk Husam Musa seperti di atas.. Bagi pihak UMNO, dah tentulah mereka akan mempersendakan kenyataan tersebut kerana terbukti PAS sanggup 'membuang' HUDUD semata-mata hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat..

Bagi pihak PAS pula, dah tentulah kenyataan tersebut disambut dengan HANGAT walaupun mungkin keRIUHannya sekadar dalam Balai Islam pada hari itu sahaja.. Yang nyatanya, KOMITMEN dan NAWAITU Lebai PAS memang dah berputar 100% berbanding perjuangan parti mereka sebelum ini.. Bukan main lagi pihak MEDIA khususnya TV3 (mungkin kerana faktor 'HINDU GOD MUSLIM PRIEST') memberikan KREDIT kepada Khairy di atas keberaniannya mencabar Datuk Husam Musa sedangkan semua maklum akan jawapan yang akan keluar dari mulut Datuk Husam tuh.. Bukan Lebai PAS le kalau tak SEBUT perkataan 'HUDUD' tuh! HE!HE!HE!

Khairy juga ada petikan menarik yang dikemukakan semasa wacana tersebut berlangsung:-

Dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik. - Khairy Jamaluddin

Nampaknya JELAS sekali hasrat Khairy untuk merealisasikan sistem dua parti di negara ini seperti sistem yang ada di US (Republican & Demokrat) dan juga di UK (Buruh & Conservative).. Itulah pegangan dan KEPERCAYAAN politik yang dipelajari di Oxford agaknya.. Sedangkan di Asia, hampir kesemua negara yang mengamalkan demokrasi seperti India, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Malaysia sendiri mengamalkan sistem pelbagai parti..

Adakah dengan merombak susunan parti politik sedia ada merupakan HASRAT tersembunyi Menantu PM kita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada usia 40 tahun? HE!HE!HE

Corak bentuk PEMIKIRAN yang sama jugak boleh dilihat menerusi perkembangan mutakhir dunia korporat negara sejak akhir-akhir ini.. Contohnya penggabungan Sima Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi entiti perladangan terbesar, usaha untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dengan Kumpulan News Straits Times Press yang ditentang hebat dan baru-baru ini usaha Sime Darby untuk menswastakan Institut Jantung Negara..

Nampaknya berdasarkan pemikiran Khairy yang diTONJOLkan menerusi sesi Wacana Politik Transformasi Negara, mungkin kita boleh MENGAGAK siapa 'DALANG BELAKANG TABIR' yang 'mengocakkan' dunia korporat negara kita seperti yang diPAPARkan di atas.. Jangan lepas ni bila berlakunya sistem dua parti, ada 'MALAUN' yang makan KOMISEN jugak, sudah le!

Apa pun, ini hanyalah sesi wacana antara wakil kumpulan ERDOGAN dalam PAS dengan wakil kumpulan SETIAKAWAN dalam UMNO.. Secara keseluruhannya tiada apa pun yang ISTIMEWA kerana luahan-luahan yang sama juga boleh kita dapati menerusi ucapan kata-kata atau tulisan 'MAKHLUK TUHAN' yang menjadi 'IDOLA' kepada kedua-dua kumpulan ERDOGAN dan SETIAKAWAN tuh! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS