DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 20, 2010

Habis satu NEGARA dilibatkan dalam KES 'menJUBOR'nya -> Kalau RASA negara ni takde keadilan, SILAlah tukar keRAKYATan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita NAK tanyalah kepada para penyokong Penasihat PKR..

Korang TAK rasa JIJIK ke melihat kelakuan dia yang TAKUT nak masuk MAHKAMAH untuk menghadapi KES 'menJUBOR'nya? Jelas sekali DIA takut nak masuk MAHKAMAH untuk menghadapi perbicaraan.. Tanyalah sesiapa yang MAHIR dalam 'BODY LANGUAGE', psikologi atau TERAPI, pasti mereka akan berSETUJU apabila melihat kelakuan dia.. Sebenarnya dia bukan orang yang seLAYAKnya menjadi pemimpin pun.. Kalau dengan KES 'menJUBOR' ini pun dia enggan masuk MAHKAMAH untuk buktikan dia tidak berSALAH, adakah dia LAYAK menjadi pemimpin sebuah negara seperti Malaysia?

Anda TELITI sendiri berbagai USAHA dilakukan olehnya untuk mengalihkan perhatian UMUM atau mengelakkan dia dari berSOAL-jawab dalam mahkamah:-

1) Dia ENGGAN pun berSUMPAH laknat seperti 'MANGSA'nya sebaliknya dok sibuk mempertikaikan SUMPAH orang lain?

2) Siapa yang telah men'DELAY'kan tarikh perbicaraan hingga lebih 20 kali dan dah masuk setahun lebih? Bukan dia ke?

3) Baru perbicaraan berlangsung beberapa HARI, dia melalui peguamnya telah meminta supaya HAKIM tu sendiri diPECAT? Ini RASAnya pertama KALI berlaku dalam sejarah kehakiman negara.. Malah, tak pernah pulak dengar berlaku perkara yang SAMA kat negara lain?

4) Dia menyalahkan Utusan Malaysia KONONnya kerana laporan TIDAK tepat.. Namun, apa yang ditulis Utusan Malaysia ada tercatit dalam prosiding mahkamah masa tu? Yang Suara Keadilan dan HARAKAH tu pulak langsung tak tulis berdasarkan FAKTA pun boleh diDIAMkan pulak?

5) Kalau perbicaraan KES 'menJUBOR'nya dahulu, dia ditahan dalam LOKAP.. Sekarang dia BEBAS ke mana-mana hinggakan boleh buat 'ROADSHOW' sampai tahap keSALAHan MENGHINA MAHKAMAH.. Ada ke mangsa dia diberi peluang yang SAMA?

6) Dia mintak NEGARA asing seperti Australia dan US campur tangan mendesak KES men'JUBOR'nya digugurkan.. AIK? Boleh macam tu? Ingat Malaysia nih negara taklukkan ke?

7) Baru-baru ini, KAWAN dia Penasihat parti 'RACIST' berkata perlu ada sidang khas Parlimen bagi menetapkan pendirian terhadap perbicaraan KES 'menJUBOR'nya yang kini menjadi bahan JENAKA masyarakat dunia.. KAH!KAH!KAH!

Dah dia sendiri yang BUAT lawak dalam PROSIDING kesnya, apahal pulak nak dikaitkan dengan Parlimen? LUPA ke dia orang yang MULA-MULA sekali mengatakan dia 'menJUBOR' adalah PEGUAM OKUnya sendiri semasa sidang Dewan Rakyat tahun 1997?Karang MAKIN banyak pulak yang terDEDAH nanti kang? KAH!KAH!KAH!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KITA tanya sekali lagi.. INI ke orang yang menDAKWA dia layak menjadi PEMIMPIN Malaysia?

Negara ini ada undang-undang, ada MAHKAMAH dan ada HAKIM.. Kenapa dia masih lagi TAKUT nak masuk perbicaraan? Semua maklum ada berapa banyak PEGUAM dia untuk KES 'menJUBOR'nya kali ini sedangkan 'MANGSA' dia cuma mampu bayar seorang peguam sahaja? Itu pun TAKUT nak masuk MAHKAMAH lagi?

Selepas ini SIAPA pulak nak dilibatkannya untuk mengelakkan diri dari masuk MAHKAMAH? Majlis Raja-Raja? Majlis FATWA Kebangsaan? Atau PBB pulak? Kalau TAKUT masuk MAHKAMAH tuh cakap aje la terus-terang..

MAAF KATALAH, KALAU KITA TENGOK KELAKUAN DIA SENGAJA MELENGAHKAN PERBICARAAN KES 'MENJUBOR'NYA INI, SEMAKIN HARI SEMAKIN KITA PERCAYA YANG DIA NIH MEMANG MELAKUKAN AKTIVITI SEDEMIKIAN!

Terus-terang katalah, orang seperti Penasihat PKR tidak LAYAK pun menjadi pemimpin NEGARA ini.. Jauh sekali nak diSAMAkan seperti Mandela, Ghandi, Arafat dan sebagainya yang pernah masuk PENJARA.. Pemimpin lain masuk PENJARA pasal membela rakyat tapi dia masuk PENJARA pasal KES 'menJUBOR' rakyat? Macam pemimpin Israel aje? Dah tu SIAP lari masuk kedutaan Turki pulak tuh? KAH!KAH!KAH!

Kalau Penasihat PKR meRASAkan sistem keHAKIMan negara ini TIDAK adil untuknya, dia boleh BUANG KERAKYATAN negara ini, cari SUAKA POLITIK kat negara-negara yang disukainya dan PINDAH saja ke sana bersama-sama anak-beranaknya.. Kat negara tuh, mungkin dia TAK perlu TAKUT untuk masuk MAHKAMAH kerana AKTIVITI 'menJUBOR' orang.. Cuma jangan masuk MAHKAMAH kerana isteri 'Makan HATI berULAMkan jantung', dah le..

OH YE! JANGAN LUPA KALAU PINDAH NANTI BAWAK SEKALI 'PEMBAWAK PASSPORT'NYA YANG DOK JADI KETUA PEMUDA UMNO TUH.. BOLEH DIA JADIK 'MODELLING' KE APA KE KAT SANA NANTI.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

2 comments:

airman_1 said...

aku tak mau tukar kerakyatan...la bodoh...aku nak jadi pm kat sini....kah..kah...

VoidDance said...

Ntah.. sesedap rasa nak suruh orang tukar kerakyatan. Engkau tu siapa? Tuan tanah sini? Eh pakcik, ini bukan budak2 la nak ugut perkara bodoh macamni. Mengkhianati UMNO pun bukan bermakna mengkhianati negara. Kalau UMNO parti politik melayu sudah tidak reti nak jaga hak orang melayu, kebajikan orang melayu dan nasib orang melayu, apa guna sokong lagi? Untuk biarkan terus pemimpin atasan terus kaya raya dan hidup mewah sedang kita terus menerus tunduk 'horma' kerana mereka pemimpin? Itu bukan demokrasi namanya. Itu feudalism. Orang melayu jangan terpengaruh dengan feudalism mainan sesetengah pemimpin UMNO. Saya sudah muak dengan senario kita perlu hormati wakil rakyat sedang mereka itu kita yang pilih. Patut mereka hormat kita sebagai pengundi. Sampai masa kalau orang sudah benci, parti apa pun di belakang takkan berguna. Sudah, berhenti beretorik kononnya berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Nampak hampir semua pemimpin UMNO sekarang dan hampir semua ahli politik (tidak kira apa pun parti politik mereka) hanya berkepentingan peribadi dahulu, kemudian baru fikirkan mengenai nasib rakyat.

Mungkin lari dari tajuk. Tapi sedar sikit. Buka mata luas-luas. Tak faham juga, tak boleh nak cakap apa dah.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS