DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 13, 2010

Kalau dah tau PKR bukan memperjuangkan nasib Melayu, kenapa masuk jadik ahli?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita hairan dengan SIKAP beberapa pemimpin Melayu dalam PKR khususnya di Pulau Pinang.. Kita HAIRAN kerana mereka dilihat seolah-olah CUBA menjuarai NASIB orang Melayu di sana menerusi platform perjuangan PKR.. Sedangkan PKR berikat dengan DAP yang terang-terang menunjukkan SIKAP tidak senang dengan POLISI pro-Melayu.. Malah PKR sendiri sebenarnya adalah sebuah parti yang bukan bersifat nasionalisme Melayu.. Sebenarnya PKR adalah DAP versi bukan CINA.. Dah memang SIFAT mereka untuk bersikap anti-Melayu pun.. Jadik, adakah serasi perjuangan beberapa pemimpin Melayu ini dengan parti yang mana mereka bernaung?

PKR dari dulu lagi sebenarnya bukan parti Melayu atau parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu.. Walaupun ramai orang Melayu dalam PKR sebenarnya adalah bekas ahli-ahli UMNO, namun perjuangan PKR bersifat INDIVIDU atau lebih tepat lagi parti ini CUMA memperjuangkan NASIB seorang bekas TPM yang dipecat oleh UMNO yang pada masa itu tidak mahu diKAITkan dengan kegiatan 'menJUBOR' bekas TPM ini pada tahun 1998 dahulu.. Malah pada hari ini, keanggotaan bukan Melayu dalam PKR semakin bertambah berbanding dengan keanggotaan orang Melayu.. Jadik, apa GUNAnya memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam PKR?

Hari ini MP PKR Bayan Baru, Datuk Zahrain mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana berKRISIS dengan Ketua Menteri DAP bernama Lim Guan Eng.. Dia mengatakan bahawa keputusannya itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya CAUVINIS dan berfikiran KOMUNIS.. Datuk Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-PAS-DAP..

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Datuk Zahrain yang asalnya bekas Ketua UMNO sudah tentu 'terBIASA' dengan corak perjuangan UMNO yang telah dianggotainya sebelum menyertai PKR.. Oleh itu adalah mustahil untuknya mencari 'KESERASIAN' dengan parti DAP yang CAUVINIS lagi KOMUNIS.. Dengar cerita, ramai lagi pemimpin Melayu dalam PKR yang sudah 'PANAS' dengan DAP.. Mungkin selepas ini gilirang MP Kulim pulak?

Seperti yang kita katalah.. Jika anda menyertai PKR untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, anda JAUH tersasar.. Kalau nak memperjuangkan NASIB sekutu Yahudi ZIONIS Neo-CON mungkin tepat jika masuk PKR.. PKR awal-awal lagi dah meletakkan partinya sebagai parti bukan Melayu, jadik salah SIAPA kalau "DAH TAU ITU SARANG GAY TAPI ANDA MASUK CARIK PENYAKIT JUGAK?" Salah sendiri le jawabnya.. Lagi pun, jangan TAK tau yang ketua peguam Penasihat PKR dalam KES 'menJUBOR'nya kali ini adalah dari DAP! Dah tentu diorang tahu banyak perkara 'SULIT' hinggakan Penasihat PKR tunduk dengan kehendak DAP macam orang termakan 'NASIK KANGKANG'!

Apa pun, keputusan Datuk Zahrain mungkin meRUGIkan PKR namun tidak jugak TEPAT kalau kita katakan mengUNTUNGkan UMNO.. Ini kerana dia memilih untuk menjadi MP BEBAS, yang kini menyaksikan jumlah MP BEBAS dalam Parlimen telah menjadi 4 orang.. Jika dia BENAR-benar ikhlas untuk membela nasib orang Melayu khususnya di Pulau Pinang, mungkin TEPAT keputusan sedemikian.. Namun keputusan pemutus terletak di tangan rakyat yang mengundinya kelak..

UMNO pulak harus menilik parti mereka sendiri kenapa para MP ini lebih cenderung menjadi wakil rakyat BEBAS daripada menganggotai semula UMNO.. Mungkin ada MUSLIHAT, mungkin jugak mereka melihat UMNO pun TIDAK dilihat memperjuangkan nasib orang Melayu? Almaklumlah, dalam UMNO pun bukannya tak ada KONCO-KONCO yang berSEKONGKOL dengan Penasihat PKR untuk menjayakan MISInya.. Nanti LEPAS DARI KANDANG GAY, MASUK PULAK KANDANG BISEKSUAL -> Tak ke NAYA tuh? HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Saya respect zahrin kerana berani dan tak banyak berpolitik tentang pendiriannya. Harap Zulkifli dari Kulim ikut jejak Zahrin kerana Zulkifli dah buat riuh satu kampung.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Riuh-riuh mereka pun masing-masing masih mengaku 'KAWAN' dengan Penasihat PKR..

Ada apa-apa ke?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS