DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, February 14, 2010

Tahun Harimau - Bila MCA dan GERAKAN akan kembali menjadi HARIMAU untuk BN?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selamat Tahun Baru Cina..

Gong Xi Fa Chai

Tahun ini mengikut kalendar Cina adalah tahun HARIMAU.. Bersempena dengan tahun Harimau ini, apa kata kalau kita tengok sekejap NASIB dua buah parti berteraskan kaum Cina dalam BN iaitu parti MCA dan Gerakan.. Adakah dua parti ini masih KUAT atau sudah menjadi harimau tidak bertaring? Adakah mereka sudah TIDAK mampu membantu BN atau BN sendiri sudah TIDAK sesuai menjadi platform untuk kedua-dua parti ini?

PERSATUAN CINA MALAYA (MCA)

MCA sebenarnya mempunyai hubungan yang paling AKRAB dengan UMNO.. MCAlah parti yang pertama sekali menjalin hubungan dengan UMNO dan membentuk perikatan dengannya.. Hubungan AKRAB yang terjalin inilah membentuk ASAS kepada Parti Perikatan seterusnya apa yang kita LIHAT pada hari ini yang bernama Barisan Nasional.. Hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama saling memberi FAEDAH kepada kedua-dua belah pihak.. Namun, setelah bergenerasi, akhirnya hubungan antara kedua-dua parti ini semakin renggang dan kadangkala belaku juga ketidaksefahaman antara mereka..

Pada hari ini, MCA bergolak dengan bermacam jenis skandal yang melibatkan partinya.. Ada skandal PKFZ, skandal SEKS dan banyak lagi.. Skandal-skandal ini telah mengurangkan sokongan kaum Cina kepada MCA dan memBOLEHkan saingan MCA iaitu parti 'RACIST' DAP meraih sokongan kaum Cina khususnya golongan muda.. Malah, MCA seperti juga UMNO dilihat sebagai parti untuk golongan ELIT dan perasan ELIT yang semakin menjarakkan hubungan mereka dengan rakyat marhaen yang lain..

Parti MCA sebenarnya bergantung sokongan kepada UMNO dan jugak orang Melayu yang menyokong UMNO.. Rata-rata wakil MCA yang menang dalam pilihanraya UMUM lepas semuanya kerana undi dari orang MElayu yang masih SETIA kepada UMNO.. Jika UMNO diLEMAHkan seperti apa yang kita LIHAT hari ini, maka MCA jugak akan turut LEMAH kerana DAP akan mengatakan kepada pengundi Cina yang MCA tidak memperjuangkan nasib kaum itu lagi sebaliknya menjadi 'PAK TURUT' kepada UMNO..

Untuk meraih sokongan pengundi Cina, maka MCA terpaksalah menunjukkan sedikit penentangan dalam beberapa ISU contohnya isu pendidikan walaupun ianya tidak disenangi oleh UMNO.. Segala hubungan SEJARAH sejak bergenerasi lamanya yang terjalin semenjak zaman Tan Cheng Lok, H.S Lee dan Tun Tan Siew Sin telah pun diLUPAkan semata-mata untuk menunjukkan MCA masih relevan kepada pengundi Cina.. Maka tidak HAIRANlah jika UMNO yang masih bergelumang dengan isu POLITIK WANG sedikit sebanyak turut menjejaskan MCA dan parti lain.. Orang Cina tak akan kisah dengan skandal SEKS pemimpin tetapi mereka akan peduli jika skandal itu melibatkan WANG.. Inilah isu yang masih membelenggu MCA pada ketika ini..

PARTI GERAKAN

Parti Gerakan sebenarnya 2X5 dengan DAP.. Walaupun Gerakan seperti juga dengan DAP mengatakan bahawa parti mereka adalah berbilang KAUM, namun kaum yang DOMINAN dalam Gerakan adalah kaum Cina.. Kalau dulu ada TOKOH bukan Cina dalam Gerakan seperti Rhina Bhar yang pernah menewaskan Karpal Singh dalam pilihanraya, hari ini tokoh-tokoh bukan Cina dalam Gerakan seolah-olah tidak ada peluang bersuara untuk menunjukkan Gerakan ini parti berbilang kaum.. Akhirnya Gerakan terpaksa menjadi seperti DAP dalam Barisan Nasional walaupun pendirian ini tidak disukai oleh UMNO dan orang Melayu secara amnya..

Kita sering mendengar para pemimpin DAP menempelak pemimpin Gerakan khususnya di Pulau Pinang dengan memanggil kerajaan Pulau Pinang sebelum ini di bawah TS Koh Tsu Koon sebagai 'KERAJAAN UMNO'.. Inilah MODAL atau LABEL yang dimainkan oleh DAP untuk memperlekehkan Gerakan.. Tambah pulak bila UMNO dilanda oleh masalah POLITIK WANG, maka LABEL sedemikian sedikit sebanyak memberi kesan terhadap Gerakan hingga mereka hilang semua kerusi DUN di Pulau Pinang pada pilihanraya umum lepas.. Malah, sehingga hari ini Ketua Menteri DAP yang 'berlakon' KONONnya sebagai Khalifah Umar Ibn Aziz sentiasa memainkan sentimen sedemikian untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu di sana..

Yang peliknya, Gerakan seolah-olah TIDAK berbuat apa-apa pun untuk menyerang DAP seperti mana mereka diserang atau di'LABEL'kan.. Sedangkan bukan main banyak lagi isu atau MODAL untuk Gerakan menyerang kepimpinan DAP di Pulau Pinang terutamanya apabila melibatkan hubungan antara kaum di sana.. Baik isu 'High Chapparal', isu perobohan gerai-gerai, isu Kampung Tanjung Tokong, isu kuari haram dan banyak lagi semuanya TIDAK diberi perhatian oleh para pemimpin Gerakan.. Mereka jugak tidak membantu UMNO pun untuk menyerang kepimpinan DAP kerana Gerakan sebenarnya bergantung harap kepada sokongan kaum Cina untuk survival mereka..

Inilah DILEMA oleh dua buah parti sempena tahun baru Cina ini.. Tahun Harimau tidak akan memberi apa-apa SIGNIFIKAN kepada BN selagi kedua-dua buah parti ini masih meneruskan TEMPO kepimpinan sedia ada.. Walaupun kerjasama antara parti dalam BN lebih KUKUH berbanding dalam Pakatan Rakyat, namun ini TIDAK direalisasikan dalam erti kata yang sebenar apabila kita melihat peranan kedua-dua buah parti berTERASkan kaum Cina ini..

Wallahualam..

2 comments:

Dal said...

Salam Tuan;

MCA mungkin boleh jadi harimau kembali. Gerakan? Payah sikit nak cerita.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kedua-duanya perlu kembali jadi HARIMAU..

Kalau MCA saja jadi HARIMAU tanpa Gerakan, dikhuatiri MCA akan makan Gerakan..

Yang paling kita TAKUT kalau Gerakan menjadi HARIMAU bersama DAP..
Memang MCA tinggal tulang aje kena baham..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS