DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 23, 2010

Wang EHSAN -> Tok Pa sibuk jumpa RAKYAT bagi penjelasan, Pemuda UMNO Negeri pulak buat apa?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada banyak SEBAB untuk kita KAGUM dengan Datuk Mustapha Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.. Beliau dan Dr. Awang Adek adalah CONTOH di mana seorang anak Kelantan yang asalnya keluarga bukan orang SENANG tetapi berusaha GIGIH hingga berjaya dalam pendidikan.. Mereka berdua memBUKTIkan bahawa Kelantan mempunyai pakar EKONOMI yang terbaik dalam negara.. Tok Pa pernah menjawat Pengerusi MTEN semasa zaman gawat tahun 1998 manakala Tok Awe pulak pernah menjadi Timbalan Gabenor Bank Negara..

Namun, dalam POLITIK orang yang berpenDIDIKan tinggi dan pakar dalam sesuatu bidang TIDAK semestinya mempunyai karier POLITIK yang panjang.. Tun Daim Zainuddin, Dr. Mashithah Ibrahim, Dr. Abdullah Md Zain dan ramai lagi TOKOH yang pakar dan diakui dalam bidang masing-masing akhirnya dipandang SEPI dalam persada POLITIK negara.. INI kerana dalam POLITIK, orang DUNGU dan BODO akan lebih disanjungi.. Contohnya, apa kelulusan AKADEMIK Penasihat PKR yang boleh dikagumi? Begitu jugak dengan Mahfuz, Husam MUSA dan Mat Sabu, apakah kePAKARan mereka selain 'MENGEBAS' dan 'KELENTONG'?

Apabila Tok Pa mengambil INISIATIF untuk menjelaskan kedudukan sebenar perihal Wang EHSAN atau 'ROYALTI' menurut istilah lidah Lebai PAS kepada rakyat Kelantan, kita dapat RASAkan cabaran yang maha SUKAR akan ditempuhi olehnya.. Selain beliau diLABELkan sebagai 'pemBELOT' dan sebagainya oleh GENG ERDOGAN dalam setiap ceramah mereka di Kelantan, Tok Pa jugak seolah-olah DITIKAM DARI BELAKANG oleh orang UMNO Kelantan sendiri.. Sedangkan beliau cuma mahu menerangkan HAKIKAT sebenar apa yang diKATAkan 'ROYALTI' itu sahaja..

Kita bukan sahaja meRUJUK kepada tindakkan Ku-Li apabila mengatakan sedemikian, malah kita jugak meRUJUK kepada keseluruhan Badan Perhubungan UMNO Kelantan secara AMnya.. Selain Tok Pa dan Tok Awe, SIAPAkah lagi dalam UMNO Kelantan yang diLIHAT bersungguh-sungguh dan TURUN padang untuk bersama-sama memberi penJELASan berhubung SOAL pemberian Wang Ehsan ini? ADA? Yang kita NAMPAK pun balik-balik mereka berdua aje.. Malah, Datuk Ibrahim Ali lagi diLIHAT lebih berSUNGGUH membantu memberi penjelasan berbanding orang-orang UMNO Kelantan sendiri..

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100220234138/Article/index_html

Antara ketiga-tiga SAYAP UMNO Negeri iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri, yang mungkin nampak RAJIN sikit pun untuk bagi penerangan ISU ini cuma Puteri UMNO dan Wanita UMNO negeri aje.. Itu pun mengikut kemampuan FULUS.. Pemuda UMNO Negeri? Dok tengah mengira berapa banyak lagi KERETA MEWAH milik peribadi nak ditayangkan kat rakyat negeri ini kot? Almaklumlah, dengar CERITA ramai AJK Pemuda UMNO Negeri dan Bahagian di Kelantan yang 'MASYUUUK!!' sejak PESALAH POLITIK WANG tuh dipilih jadik Ketua Pemuda UMNO hari tuh.. Tuh hok puok-puok tuh pakat dok naye(tayang) keto mewoh tuh!

Semua MAKLUM bahawa Pemuda UMNO peringkat Bahagian di Kelantan antara yang banyak memberi pencalonan kepada PESALAH POLITIK WANG tuh semasa pemilihan UMNO tahun lepas.. Kalau PILIH ketua pun TAK RETI, apa lagi yang boleh diharapkan? Jadik, anda semua BOLEH bayangkanlah sendiri setakat MANA kesungguhan diorang tuh nak membantu Tok Pa dan Tok Awe bersama-sama memberi penjelasan ISU Wang Ehsan ini.. Bila Lebai PAS dan GENG ERDOGAN ke sana-sini berceramah dan menyelewengkan FAKTA, ada TAK sesiapa nampak siapa-siapa dari Pemuda UMNO Negeri yang TAMPIL untuk memperBETULkan fakta sebenar?

ISU Wang EHSAN atau 'ROYALTI' ini KOT mana pun akan diKAITkan dengan POLITIK jugak.. Itulah MODAL Lebai PAS sejak dulu hingga sekarang -> Semua perkara akan diPOLITIKkan! Tambah pulak dengan SIKAP Pemuda UMNO Negeri yang 'LEMAU', LEMBAB dan nak keje SENANG aje, alamatnya makin bertambah le BEBAN Tok Pa dan Tok Awe.. Sikap sebeginilah yang memberi keUNTUNGan besar kepada PAS selain BUDAYA 'CAH KETING' yang berleluasa dalam kepimpinan UMNO Negeri.. KONONnya UMNO nak tawan Kelantan dengan slogan 'PADE DOH' tapi tak nak USAHA sebaliknya dok kuat berangan?

Kita memang KASIHAN dengan Tok Pa dan Tok Awe, tapi inilah HAKIKAT yang berlaku dalam UMNO Kelantan.. PRK DUN Manek Urai hari tuh kalau bukan kerana hari-hari Tok Pa tunjuk muka masa berKEMPEN, UMNO memang jadik 'LAUK' dah.. Nak harapkan Ketua Penerangan UMNO yang tak reti berLAKON tuh? KAH!KAH!KAH!

Memang TEPAT kata Tun Mahathir yang UMNO sukar nak menawan Kelantan kembali.. HARI ini budaya yang dibawak Pemuda UMNO Negeri akibat pengaruh BUDAYA Barat OX-BRIDGE dalam Pemuda UMNO akan menyukarkan keadaan.. 'PENYAKIT' yang diBAWAK oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG nih memang menyusahkan ramai orang.. Jangan LUPA antara sebab orang mempeSOALkan pengagihan Wang Ehsan ialah apabila melihat 'PROJEK PATRICK BADAWI' saudara angkat dia di Terengganu tuh! INI penyakit jenis nak SENANG cara main DUIT aje tapi buat kerja TAK MAU!

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

meh aku nk cerita sikit...
pasal kelantan ni,,,

1.ketua pemuda kelantan di lantik oleh KJ(kera jamban)
2. Bekas ketua pemuda negeri Dali pun orang KJ (Kaki Judi)
3.Dali pun sekarng ni dok kbas duit bahagian dia je, ngan duit negeri buat bayar hutang masa pemilihan tahun dulu dulu.
Apa yang Ketua pemuda dok buat? dok buat hapa, dok perabis duit peruntukan je lah.

cadangan saya kepada pemimpin umno pusat, lebih baik duit peruntuka umno untuk di agih kan ke umno bahagian, lebih baik di salurkan kepada umno jeli sahaja, kerana tok pa memang menjalankan kerja dengan ceemrlang, ramai pengudi jeli dari Bn, kalau nk harap di bachok pn hampeh, guan musang lagi la si pelir mambar tu (Ku Li)

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau tengok GELAGAT orang UMNO kat Kelantan terutama gelagat pemimpin Pemudanya, lebih KURANG aje dengan tengok BEROK Pok Leh panjat pokok nyor kat Perkampungan Hadhari (rujuk iklan perkampungan hadhari kat TV dulu)..

Wallahualam..

AntiKJ said...

Salam bro,

Kuda Jew tu buat kerja ikut cara Anwar Al Juburi.

Semua Ketua Pemuda diletak adalah kroni diri-sendiri.

Kuda Jew burukkan UMNO klik sini

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS